Jan 5, 2012

Kerana mulut, bukan setakat badan binasa, aku juga binasa!

Hai.
semua ok ke? aku rasa ada pelangi atas kepala aku. sebab aku rasa tenang dan happy.
after that stupid thing malam tadi. nak tau ke? tak payah la kot. eh nak tau jugak? memang dasarrrr la korang ni. eleh, padahal sendiri yang dasar kepochi. huhuhuhu.

cerita dia macam ni.
ok ada dua watak. aku namakan Timah and Bedah. tak habis habis nama Timah and Bedah ye dak? aku suka nama tu :)
Timah and Bedah dua-dua housemate aku. then last week Bedah keluar pindah. 
ok the story began pasal something yang aku tak boleh nak dedahkan *eh dah macam chef wan dah rojakkan bahasa. ah, gasakkkkk*

and then berbalas-balas mesej. then abang kepada Bedah masuk campur.
bila lelaki dah masuk campur maka terjadilah peperangan mulut. si Timah ni pun balas. then abang dia balas. aku diam je sebab aku takut lah kan dengan macam-macam hal berlaku sekarang ni.
so malam tadi abang Bedah datang dengan seorang lagi lelaki serang rumah aku. aku masa tu dalam bilik bila aku dengar orang menjerit dan gedegangggggggggggg pintu gril and tingkap macam nak runtuh. blah blah blah gaduh mulut then dua lelaki "budiman" tu mengugut yang melibatkan keselamatan kami berdua. aku dah macam cuak la kan. apahal pulak kan.

then kami buat laporan polis. so sekarang serahkan pada polis la kan.
itu je aku boleh cerita. malas nak cerita panjang lebar.
aku tau, lelaki tu takkan apa-apakan aku.
sebab dia tau aku dah buat laporan polis.
kalau dia buat juga, hmmmmm. tak retilah makcik.

eh, dah lah nak makan pulak. lapar seh.
dah lah malam tadi tak dapat keluar makan sebab polis tak bagi keluar.
takot lelaki tu ada lagi kat bawah.

sekian