Jan 3, 2012

Kerana terikat kasih Farahanim dan Mohd Akemar

Hai.
01.01.2012 pertunangan adik aku.
pic adalah banyak. so aku masuk mana yang sempat jelah.
tunang dibuat di rumah makcik (depan rumah makteh) mengambil kira faktor keluasan.
kalau buat kat perumahan, celah manalah nak masak bagai kan.
menu adalah ikan patin masak tempoyak (pihak lelaki kata tak pernah makan ikant patin. dan diorang kata sedap. memang abah nak jamu diorang dengan ikan patin masak tempoyak sebab diorang orang selangor mungkin tak pernah makan kan. rupanya, yelah. tak pernah makan)
kari kambing.
umbut.
ayam goreng
pucuk paku. (tak sempat nak snap pic sebab cepat sangat habis)
peria.
ikan masin.
sambal tempoyak

so tema kami adalah purple.
yang datang ada dalam 200 kalau tak silap.

aku ada bagitau kan sebelum ini kami sekeluarga (ibu abah aku dan adik-adik aku) nak buat kecik je.
tapi bila dah masuk adik adik abah menda tu jadi besar.
so nak taknak kena lah juga jemput orang kan.
atenye, kalau tak jemput, siapa yang nak makan kan semua tu.
maklum lah adik aku tu kesayangan ramai :)

pihak lelaki ada bagi kain pasang dekat aku sebagai adat diorang.
abah dah pesan tak payah la adat langkah bendul ni kat pihak lelaki masa merisik.
dah diorang nak bagi, aku ambik je.
adik bongsu bakal mak mertua Farah tu tanya aku kat ibu. 
dia kata anak dia ke anak sedara dia ke aku tak ingat la ada kosong lagi.
dia nak lah bermenantukan aku. aku yang kat sebelah ibu ni termalu-malu la kan.
makcik makcik pihak lelaki yang lain menyokong.
but pada aku, idaklah teman.
tak bersedia lagi nak dijodohkan ni. entah lelaki tu pon dah ada awek. takut agaknya nak bagitau mak dia tu yang macam mak datin tu. eh termengumpat bakal mak mertua. kahkahkah.

ok pic adalah tunggang langgang ok.
sebab aku malas nak susun.

dan ada jugak yang kabur sebab aku parkinson time tu.
gila penat time tu sampai aku ingat nak start kereta lari balik rumah aku dan tidor dan bertunang la kau sensorang di sana. tapi sebab aku kakak yang bertanggungjawab, maka aku stay ^____^


.
Ibu my queen, Farah and her friend, Nini

Mereka lagi

Ibu dan anak





Ibu dan bakal besan





Purple dari kami. merah dari pihak lelaki

cincin merisik sekali dengan cincin tunang. lepas tu dah setel majlis, aku cakap kat Farah, jom pergi gadai cincin kau tu lepas tu kita shopping. bengang je member tu





bakal mak mertua farah ni banyak kali pesan kat ibu masa dia nak balik supaya pesan kat farah, jadi jugak kawen jangan tak jadi sebab dia dah sayang sangat kat farah. takpe makcik, kalau tak jadi, saya heret dia kawen jugak dengan anak makcik tu.



















abah tengah bincang dengan jurucakap dari pihak lelaki. gila hebat tok imam ni pandai speaking london

baju maroon tu jurucakap pihak kami. sepupu abah

pihak lelaki




pihak lelaki baru sampai. nasib lah korang tengok pic tunggang langgang

kami menyambut hantaran dari pihak lelaki. aku macam oh begitu eh kena sambut-sambut bagai ni. melopong kejap.





Abah, my hero. susah ok nak ambil pic dia. kejap aku tengok ada kat sana, kejap dah hilang





eh, tetiba pic nak mekap. pekejadah la kan.





kari kambing. pakcu support sekor kambing dan dia yang masak. pakcu adik abah memang pandai masak.

ni la ayam yang aku goreng start pukul 10 malam sampai 2 pagi tahun baru. atenye 20 ekor ayam. tapi tak laku pun sebab dah banyak lauk lain

ha, ni la penyebab ayam goreng aku tak laku. ikan patin masak tempoyak. sponsor oleh mak anjang adik abah. 30 kilo tuh. menangis aku nak membasuhnya.

ikan masin pon laku

peria favret akuuuuuuu

ni adalah umbut namanya. kalau kenduri kawen kat karak tak sah takde ni.


pondok tempat melepak petang-petang dirumah makteh menjadi tempat memasak

me and mieya ezzara

2 comments:

Cik Rai @SeriGala said...

gila banyak ayam smpai 20 ekor .. lebih bajet 200 org tu .. hihi

aku bajet 100 org je, ayam 8 ekor

Suara Kalbu said...

Pancit membasuh ikan sebanyak tu tapi puas hati kalau masak sendiri kan . Semagat kekeluargaan bila dapat gotong royong memasak sama sama