Jan 9, 2012

Kerana aku dan polis dan balai polis

Hai.
selamat pagi yang tak berapa nak pagi sangat la kan.
semua sehat? ok, i just love huruf E. suka eja something jadi E. contoh kaseh, chenta, chantek, sehat. entah apa-apa, i know. tak payah bagitau. maybe sebab nama aku rEEna kot. tak relevan? forget it.
saja nak merapu.

well last week was a tough week for me.
kes serangan rumah lah. kes pak itam aku lah (adik abah)
semuanya satu kejutan budaya untuk aku. wah gitewww. 
kes pak itam masih dalam siasatan.
so no komen. wah.

hari jumaat tu pergi IPD bentong, pahang.
nak setel kan hal pak itam tu lah.
well pity him la kan.
entahlah, mungkin ni bahagian dia. ujian untuk dia.
kami redha. kepada that perempuan, watch out.
ibu dan abah memang dah pesan kat aku dan adik adik jangan masuk campur.
sebab kalau aku masuk campur dengan adik-adik, memang masak perempuan tu kami kerjakan.
bukan nak tunjuk hebat la kan. tapi memang ibu dan abah risau je aku dan adik-adik buat bukan-bukan kat perempuan tu.
mendidih je darah aku. rasa nak tumbuk je. tapi sebab ada abah, so aku sabar lagi :)

so kat balai polis tu sementara nak tunggu setel aku suruh adik aku snap pic aku.
dia malas nak layan. ibu cakap

ibu : mana boleh ambil pic kat dalam balai ni
Farah : entahnya. eii malas lah aku
aku : ala, boleh je. bukan nampak sekeliling. muka je kot. ambik lah cepat pic aku
ibu : kakngah ni degil betol.
Farah : entahnya. cepat la sikit *ambil fon muka tak ikhlas*
aku : *tetap posing. tapi hasilnya mengecewakan. ceewah*
ibu : jum duduk kat pondok luar tu. bosan la pulak duduk dalam ni
aku : jum lah ibu. takde yang hensem pun kat dalam ni.

boleh? yelah. atleast, boleh jugak buat penyegar mata kan.
atenya, yang aku jumpa dalam tu semua dah tua-tua.


ni lah hasilnya kalau si tukang snap tu tak ikhlas.
patutnya muka aku boleh lagi cun tau. kahkahkahkah


pipi aku makin tembam la.
bukan takat pipi kembang. semua lah.
so hari ni 09.01.2012 aku dah nekad untuk on diet.
hoyeahhhhhh!

aku, Farah ibu dan abah lepak pondok.
masa tu anggota polis ada buat latihan untuk apa entah.
kami pakat gelak.
entah, kelakar kot. 
kebanyakkan polis tu aku kenal sebab ada yang dari karak.
so macam kelakar la kan tiba-tiba kau jerit-jerit tengah panas pukul 3 petang.
kalau aku kena berjemur, harus aku menangis dah.
tetapi mereka relaks je. memang aku salute la polis-polis ni. sayang polis *tetiba*


Farah dan Reena. anak sedara aku, Willy yang snapkan. pandai willy ambil pic. bukan macam mak uda (Farah) awak tu.

Farah bangga dengan jersi kelantan nya walau anak jati pahang. 

Farah sedang kerja bila aku arahkan dia kerja sekerat hari sebab aku nak dia temankan aku ke IPD. gila aku sorang-sorang takde kawan gelak-gelak kat IPD tu. nak gelak dengan ibu abah boleh tapi kejap je la. sebab ibu abah malas layan kepala gila aku.


kami yang jadi mangsa
Pakcu dan Willy. see, bukan aku je yang gila bergambar.

bila pak itam dah keluar.
semua muka sayu.
bila dia nampak aku dan Farah, terus dia peluk kami.
hmmm. takpelah. kami tetap sokong pak itam.

dah setel semua, pak itam pon dah naik kereta dengan pakcu
so kami berempat (aku, farah ibu abah) ke the store cari barang
alahai.
aku dah macam apa dah kot.
tapi aku gagahkan jugak.
kahkahkah. ayat poyo.

sabtu ada kenduri tahlil/doa selamat keluarga aku.
so after isyak majlisnya.
kecik je majlisnya. abah je yang jadi ketua.
so biasalah, bila dah di dapor dengan makcik-makcik (adik abah)
maka aku kena tolong masak.
nak siang sotong.
aku macam eh, macamana ye.
honestly aku cakap, aku bukan tak pandai.
cuma kengkadang aku confuse, eh sotong ni nak potong macamana ye, dah lupa.
eh carrot ni macamana pulak?
alahai, bunga kubis kita kerat-kerat je kan?
ok ok, ni nak taruk kicap ke tak ni.
memang mendapat la kan aku dari makcik makcik aku.
dengan ibu aku boleh la nak lepas sebab ibu memang tak pernah paksa aku memasak.
makcik aku pulak dah tahap memaksa.

jom tengok apa aku masak


goreng kacang

sayur campur.

dah siap masak, masa makan aku kemain berlagak.
eh, makanlah kacang tu, kita masak
eh, ambil lah sayur campur tu, kakngah yang masak.
kahkahkah.

penat kan jadi suri rumah.
so, sesiapa yang jadi surirumah ni, aku tabik sangat-sangat.
ingat senang ke nak masak, kemas rumah, jaga anak ni?
mencabar tau.

sekian

No comments: