Jan 18, 2012

Kerana kerja lah!

Hai.
sebagai seorang pekerja yang cemerlang dan terbilang (tangan di bahu), ofkos la Isnin hari yang paling dinanti-nantikan (mata keatas). bila dah tiba ahad malam, terasa semangat nak mulakan isnin tu lain macam (mata pusing-pusing). itu yang selalu terlajak bila isnin sebab terlalu excited kan nak pergi kerja. hehehehe.

as a civil servant, aku masuk kerja 7.30 dan balik 4.30. sepatutnya lah. tapi sebab sekarang tidak lagi. aku masuk 7.30 belum tentu balik 4.30. selalunya 5.00 or 5.30. ya, masa untuk aku yang aku aturkan masa masuk tahun baru berkurangan sejam kerana kerja. takpe, saya yang menurut perintah :)

mari tengok apa yang akan berlaku kepada aku or wanita berkerja diluar sana bila waktu bekerja isnin-jumaat.

1. setiap hari pecah kepala fikir nak pakai baju apa. ya, kami bukan seperti lelaki yang senang memilih kemeja dan seluar slack untuk dipakai. sebab kami taknak dikatakan eeuuwwww kenapa dia pakai baju yang sama tiap minggu. tapi aku jenis selamba. baju yang aku senang gosok, baju tu la yang aku akan pakai. yang payah nak gosok aku letak dalam beg akademi fantasia. tapi still aku tetap pecah kepala nak fikir pakai baju apa setiap hari! nak matching kan dengan tudung lagi. arghhhhhhhhh bisa meroyan. aku ada 3 kain pasang yang belum dihantar dan dua helai baju yang belum siap di kedai.

2. pagi-pagi tak tau nak makan apa. ni hari-hari terjadi ok. even kawan-kawan aku pun sama. hari-hari dok bincang, dok tanya "makan apa eh". adoi. 

3. yang ni aku tak tau lah orang lain. but as for me, lately, aku adalah sangat payah nak bangun pagi. ya Allah, please lah! bercinta nak bangun. menyampah. kadang-kadang bila dah bukak mata, rasa nak nangis pun ada. haha. tapi bila ingat aku harus mencari rezeki halal, so, kuatkan semangat jugak.

4. bila dah lewat bangun, ofkoz la akan lewat jugak ke ofis. maka untuk mengejar punch kad, aku akan buat semuanya selaju mungkin. tak ketinggalan jugak kawan-kawan aku. selalu je kami akan bekejar-kejar untuk punch. macam kelaka pun ada. kalau dapat punch sipi-sipi tu, memang bangga tahap dewa lah.

5. kalau pagi tak tau nak makan apa, tengahari pun sama! percayalah. itu adalah dilema aku dan kengkawan. 

6. aku kan balik pukul 4.30. tapi sebab aku tanggung kerja kawan yang bersalin, maka aku pun tak tau dah nak balik pukul berapa. ekceli, boleh je aku balik pukul 4.30 tapi bos kecik aku la. bising je kalau aku balik awal. pantang tengok aku angkat beg, mula lah "ha azreena, jangan balik awal ye". kalau dah siap kerja, takkan aku nak melangok je? so terpaksa lah aku balik 5.15-5.30.

eh. itu jelah
malas dah nak fikir.

sekian

2 comments:

S H I T E Q said...

setuju2 especially part makan & baju nak pakai. sbb pmpuan ni lebih versatile dari laki. kot la. hehe

Reena Kamarudin said...

hahaha. tau takpe. hari-hari dok berzikir dalam hati baju apa nak pakai ni. heheh