Jan 16, 2012

Kerana macam-macamlah yang terjadi dan yang buat hati tak menentu :)

Hai.

1. serius aku sakit perot. apa entah aku makan sampai kejap-kejap ke toilet. aishhh. penat dah acik nak ulang-alik ke toilet. kalau sekali ulang jumpa adiputra takpe jugak. ni din je yang ada depan kaunter :p din tumpang lalu. kau hensem hari ini :)

2. dah seminggu lebih aku tak makan nasi tetiba hari ini Kak Shima ajak pergi Cafe baru bukak kat Blok 6. so pergilah aku. maka aku makan lah nasi. maka sekarang aku menyesal. maka sekarang aku rasa nak bersenam. 

3. tak sabar nak tunggu jumaat ni sebab aku nak balik Karak since that minggu lepas aku tak balik pun.

4. sepanjang sabtu dan ahad aku duduk sensorang kat rumah. so, perasaan tu bercampur baur. kata tak takot tu memang penipu la kan. aku dah tau dah kenapa aku lebih takot dirumah ni berbanding rumah lama. sebab rumah lama (blok A) kiri kanan ada je orang memekak, memasak, bercakap, menyanyi. tapi rumah baru ni (blok C), sebelah kanan tu memang rumah kosong. rumah kosong tu rumah transit. i mean, sesiapa nak sewa untuk sehari dua untuk jenjalan di Putrajaya ni, boleh lah sewa disitu. boleh berjiran dengan aku. heheheh. so bila sunyi, memang takot la kan. ada je menda jahat dalam kepala otak aku. tu yang tak boleh tidur tu. tiba-tiba je dah tertidur. tiba-tiba je dah siang.

5. kadang-kadang, penat kan nak jaga hati orang walhal hati kita pun terluka dan orang tu langsung tak tau nak jaga hati kita. hmmmm

6. kau tau tak, memang ujian Allah kot. sejak dua menjak tiga menjak ni kan, banyak betol aku kawan dengan mereka yang patah hati. hai, kadang-kadang seronok juga dengar luahan hati mereka. tapi kadang-kadang mak penat noks. hahah. eh, macam kau tak penat dengar luahan hati aku kan. yelah. aku suka apa dengar masalah orang. tapi paling aku tak suka bila dia start buat ayat "sudi tak awak ubati luka saya" wakluuuuuuuu. hahahaha. nak ubati pakai iodin boleh la. meh aku tepek kat hati kau.

7. kenapa hati kita payah nak bahagia? kenapa jiwa kita kacau? jawapan yang aku baca-sebab kita jauh dari Allah. kalau kita dekat dengan DIA, insyaAllah, kebahagiaan milik kita. so, from now on, aku nak ingatkan terutamanya diri aku sendiri supaya jangan terlalu mudah mengeluh dan meratapi nasib diri (amboi ayat) tiba-tiba ingat cerita ratapan anak tiri :) solat jangan tinggal, jauhi maksiat, dan jangan mengumpat. kalau kita taknak orang mengumpat kita, kita jangan mengumpat orang. memang payah kan nak stop dari mengumpat sebab itu aktiviti masa lapang dan pererat hubungan sesama kawan. kahkahkah. tapi cuba lah. insyaAllah, jiwa akan tenang.

8. dan satu lagi. hmmmm. ramai tanya aku bila lagi nak menyusul adik aku. maksudnya bertunang la tu. amboi kau. straight to the point dah la. cer terus tanya "kau bila nak kawen". ni nak guna "menyusul menyusul" segala. aku sampai dah tak terjawab dah soklan gitu. ada ke orang bercinta taknak kawen? ada ke? unless kalau kau just nak main-main dengan pasangan kau. so bila tak kawen tu maknanya, jodoh belum sampai. ada cakap aku memilih. memilih tang mana? habis tu takkan aku nak tangkap muat je. "kau cinta aku?". jawab lelaki "ya, aku cinta kau". so mariiiii kawen. macam tu? cannot maa. kawen pilihan keluarga? aku rasa ibu pun takot nak carikan jodoh kat aku. takot perkara berbangkit di masa depan. so pada aku, biar. bukan aku tak cari. ada yang datang untuk melamar, tapi aku bukan jenis tangkap muat. aku taknak perjudikan nasib aku. maybe, dengan kuasa Allah, aku terima dia yang dah menunggu tu, siapa tahu. tapi aku harap dia tak menunggu. sebab aku taknak dia kecewa :)

9. so cukuplah saya meroyan disini. apa yang aku nak adalah, aku nak perbaiki diri aku. cuba untuk menjadi wanita muslimah. insyaAllah.

10. saja nak cukupkan 10 sebab aku tak suka nombor 9

sekian

No comments: