Jan 18, 2012

Kerana THE WAY HOME, filem yang buat airmata aku berlinang.

Hai.
masa zaman belajar dulu, memang tak dinafikan aku and roommates (syifa', tity, dayah dan syikin) adalah sangat suka menonton VCD and DVD. pantang malam menjelma, terkocoh-kocohlah kami memasang cd di laptop. bekalan cd kami sewa dari seorang student yang memang buka bisnes menyewa cd. hebat kan.
yelah, kami dah penat study (katanya) maka tak salahkan kami mencuci minda dengan menonton filem-filem hebat di masa itu.

ya. kami juga tidak terlepas dari membuat kesilapan menonton movie yang salah di waktu yang salah. antaranya Bicara Hati yang sekarang ni asyik menjadi bahan lawak antara kami. tak gelak ke tengok Zamarul Hisham menyanyi macam shahrukh sambil tayang ketiak di atas batu di tepi pantai? loser kan? filem murahan lagi tak membawa apa-apa erti melainkan mengajar student form 5 untuk jatuh cinta dengan guru english. rubbish. tapi entah kenapa, kami bertabah dengan menontonnya sehingga tamat. atau kami terpukau? atau kami memang nak buktikan yang kami memang terlalu bosan di hostel? mungkin. segalanya mungkin.

tetapi! ha, ada tetapinya! kami juga tidak bodoh dalam berterusan memilih filem bodoh sebab kami juga bijak dalam memilih filem yang bijak. persembahkan filem bijak yang ditonton oleh kami yang juga bijak. taraaaaaaaaaaa. drum pleaseeeeeeeeeee.



inilah dia cerita bijak itu. cerita menyentuh perasaan membuat dada sebak dalam masa yang sama membuat kami ketawa. tajuknya THE WAY HOME. filem korea. 
sinopsis serba sedikit Sang-woo (budak kecil comel) dihantar oleh emaknya untuk tinggal dengan nenek nya yang berumur 75 tahun. neneknya bisu tapi tak pekak maka bahasa isyarat adalah medium untuk mereka berkomunikasi. dahlah bisu, bongkok tiga pulak tu. maka terjadilah insiden lucu yang mencuit hati, insiden sebak yang membuatkan airmata bergenang. 

yelah dah duduk kawasan pedalaman dengan serba kekurangan, sedangkan sang-woo dah biasa tinggal di bandar (seoul), maka dia tak dapat menyesuaikan diri. 



scene di atas bila sang-woo meminta nenek membelikan nya KFC. puas la dia buat isyarat ayam supaya neneknya faham. dia siap buat "cooo cooo kuuu kuuu". hahah. sangat comel. maka, neneknya faham. so, nenek dia pun pergilah ke pekan. bukan dekat woo. jauh jugak. kena naik van. nak tunggu van tu pun punyalah lama. 

muka berlagak sang-woo bila melihat nenek dia meninggalkan dia untuk ke pekan dengan harapan malam itu dia dapat makan KFC. tapi kau tau apa nenek dia bawa balik? AYAM yang hidup tu. hahahah. tapi masa nenek dia dah balik bawa ayam, sang-woo tertidur. so nenek dia pun masak lah dulu. ayam tu kalau tak silap, nenek dia rebus dan ada sos pencicah.



sang-woo menangis sebab apa yang dia nak, lain yang dia dapat. dia marah nenek dia. kesian nenek dia. hahah. so dia pun taknak makan la kan. tapi bila tengah malam dia lapar, dia makan jugak ayam tu dengan lahapnya. hahaha. cute!



everytime nenek dia nak menjahit, sang-woo la jadi mangsa untuk masukkan benang dalam jarum. mula-mula disuruh, marah jugak dia. siap menjeling nenek dia. tapi lama-lama dah terbiasa. so, bila dia dah nak balik bandar seoul, ada satu scene, dia masukkan banyak banyak benang dalam jarum so that, ada bekalan untuk nenek dia untuk menjahit bila dia dah takde nanti. tacing ni!



sang woo dah jatuh hati dekat budak kampung. so dia mintak nenek dia potong rambut kasi pendek sebab nak pikat budak perempuan tu. tapi end up, nenek dia potong rambut macam tempurung tu. hahaha. siap menangis lagi.



so bila budak perempuan tu datang rumah nak ajak dia bermain, dia tutup kepala macam kat atas ni.



kat atas ni, sang woo ajar nenek dia menulis.



ni masa sang woo dah nak balik ke seoul. serius masa ni bergenang air mata aku. sangat tacing. sang woo siap lambai-lambai nenek dia bila dia dah dalam bas. 

so itulah antara serba sedikit (sikit ke perempuan???) sinopsis dan scene dalam the way home ni. cerita dia sangat best. dengan pemandangan kampung yang sangat indah dan setiap scene adalah sangat bermakna dan tak membosankan. kau kena tengok. aku paksa ni!

tapi sang woo dah besar. tak silap umur dia dah 18 kot. nak tengok muka dia bila dia dah besar???




cute kan? haih, dah besar dah budak ni.

so, pergilah cari movie ni sebab kau takkan menyesal. dari tengok filem rubbish, baik tengok cerita yang ada nilai kasih sayang kekeluargaan macam ni. seriusly, bila tengok cerita ni teringat arwah nenek aku.

sekian

6 comments:

Suara Kalbu said...

Mak oiiii..mcm dah lama sangat umur movie ni Reena.

Ada lagi ke jual CD ni :-)

Reena Kamarudin said...

hehehe. tengok kat youtube je kak. ada full movie

ummu muhammad said...

sebenarnyekan reena, tu cd aku kan? nyesal aku tak simpan cd tu. rindu amat!

Reena Kamarudin said...

tu lah. kalau tak boleh kau tengok dengan anak-anak kau

CikPuanHaLia said...

terus akak rasa cam nk gi cari CD tu..haishh

Reena Kamarudin said...

CikPuanHalia:
hehehehe. mungkin ada kot lagi cd ni. dalam youtube pun ada