Jan 18, 2012

Kerana Facebook: kau tak suka kau boleh block or remove.

Hai.
dalam hidup ini, jangan banyak merumitkan keadaan. betol tak? benda simple, so jangan bagi nampak macam payah sangat nak setel. Allah bagi otak, so kita boleh berfikir.

dalam hal FB. kalau tak suka seseorang tu, just remove. kalau lagi menyampah, block kan aje. tak payah nak memaki hamun di wall kau. ye tau, wall kau, hak kau. so you can write anything la kan. but please, jangan bagi orang judge anda tak bijak. jangan jadi hamba perasaan. kenapa? sebab nak tunjuk anda hebat dengan memaki orang tu? nak maki boleh, tapi dalam hati je la. as simple as that.

aku? bukan takde yang datang menganggu. ada. siap stalk bagai. ye, aku tau, nampak macam aku ni hebat sangat kalah fazura sampai ada nak stalk bagai. tapi itu realiti. even dia kawan aku, tapi bila dah sampai stalk, aamaaaigaaaadddd, sangat menakutkan. yelah, aku pun bengong, kalau boleh segala aktiviti nak tulis dalam FB. padahal, tak payah la, reena. macam aku tulis "aku jogging sorang-sorang di tasik di flat hijau". tak perlu ok! kalau ada yang berniat jahat, macamana? senang-senang je dia jumpa aku kan.

so, game dia senang je. kalau ada insan yang boleh mengancam hidup sosial kau di laman sosial, remove dia. block dia. supaya kau tak sakit hati dan tak meroyan. easy kan. unless sebenarnya kau suka dia menganggu kau dan kau maki hamun di wall tu saja-saja supaya orang tau kau hebat.

ingat, di FB la orang boleh judge kita macamana. even kita sebenarnya tak macam tu pun tapi bila kita terlalu marah, tak dapat kawal kemarahan, maka mencoret sesuatu yang tak sepatutnya, tidakkah kita akan di cop sebegitu?

dalam FB, aku suka baca hampir semua status kawan-kawan aku sebab status mereka kalau yang happy tu buat aku happy sama. macam tadi aku baca status Hawa kata dia dah pregnant, dengan aku sekali happy. status kawan-kawan aku kebanyakkannya comel-comel je dan aku LIKE semuanya.

sekian

1 comment:

Azlan Strider said...

hehe..gunalah laman social dengan bijak..hehehe...

Regards,
-Strider-