Dec 21, 2011

Kerana sia-siaMU mencintaiKU, setia padaKU, percayakanKU. retak hatiMU.

entri ni mengandungi kata-kata berunsur syok sendiri, jiwang dan penuh dengan luahan hati. agak-agak taknak muntah balik yang korang makan lunch tadi, jangan baca.

Hai

Taip padam. taip padam.
sekarang ni, jiwa hati perasaan aku ada sikit macam marsmallow la.
macam lembut.
sikit sikit nak touching.
sikit sikit nak sentap. 
dengan ofismate pon aku boleh sentap dan touching dan moody.
contoh tadi Din panggil-panggil aku (dia ni memang suka panggil-panggil aku lepas tu tanya soklan tak relevan)
selalunya aku layankan je loyar buruk dia.
tapi hari ni, aku lalu depan dia, dia panggil aku, aku buat tak tau je.
terus dia kata aku marah kat dia.
tak aku tak marah kat kau la din.

aku ni manusia biasa jugak *dah tu kau manusia luar biasa ke, reena*
memang dengan kawan-kawan aku lah banyak mulut, merapu semua.
tapi adakalanya aku pon kenal erti "diam" dan moody *aku memang kaki moody. sekarang dah kurang kot*

tadi mesej-mesej dengan dia (mantan kekasih gua yang sekarang dah jadi kawan)
lama kot tak mesej-mesej dia.
but yes. aku mengaku *ni live ni aku mengaku* aku masih sayang kat dia. sebagai sahabat. *kaver haktui*
gila apa tak sayang dengan lelaki yang pernah jaga aku 4 tahun maaa.
dia je yang tahan perangai aku. moody aku. sentap aku. gila-gila aku. happy go lucky aku. kuat nangis.
HANYA DIA.

honestly aku cakap, dia memang orang senang. mintak apa je, memang akan dapat la.
setiap tahun dua kali jugak la aku tukar henfon.
kemana aku nak pergi dia bawa.
apa-apa urusan semua dia uruskan.
hari pertama aku kena lapor diri di Putrajaya ni pon dia yang hantar bawa abah dan ibu.
dia yang hantar aku jalan kaki ke depan pintu pagar JPM ni.
sekali jumpa yang nak lapor diri sekali, terus berkenalan. dan terus aku halau dia pergi ke kereta.
kahkahkah. dia kata "dah jumpa geng, terus halau kita". hahaha.

lepas tu kena orientasi apakejadah tu pulak selama 2 hari. tak dapat lagi rumah sewa.
kau tau dia buat apa?
dia bawa aku balik karak pada hari tu jugak,
then esoknya pagi-pagi dia hantar aku ke putrajaya.
dan petang pukul 5 dia dah tercongok depan JPM ni ambil aku.
hari kedua pon macam tu. 
hari ketiga dah dapat rumah duduk dengan geng.
but still every friday dia ambil dan ahad dia hantar selama 1 tahun lebih dia buat macam tu tak pernah fail!

and yes,dia memang senang tapi ada juga time susah.
bila bisnes dia tak seperti selalu.
tapi keluar tetap keluar. wajib. kalau tak aku meroyan. hahaha.
bila duit kurang, kitorang just lepak mamak *yes, masa dengan dia lah aku start lepak mamak. Mamak Tawakal Bentong tu,dah kenal dah kitorang ni*.

kitorang selalu makan di industri di temerloh. sebab mihun dia sedap. order sepinggan dan share.
awwww. romantik la konon.
bila lepak, takdelah kitorang nak berjiwang 24jam. selalunya aku akan bercerita pasal aku, apa yang aku buat seharian, kerja dia, masalah bisnes dia, masalah pekerja dia yang pemalas dan sehinggalah hal-hal yang berlaku di tempat kami.

dulu dia selalu cakap
"kamu kalau pakai tudung mesti cantik"
lepas tu aku buat muka
"yelah, yelah. sekarang tak cantik la kan"
dia akan jawab
"kamu memang cantik di mata kita. tapi kita nak sangat kamu bertudung"
aku jawab
"hmmm". hahahaha.

aku memang suka masuk kedai aksesori.
beli skaf, beli sepit rambot. beli getah rambut.
dan dia akan layan je aku.
kedai aksesori kegemaran kami adalah di Mentakab sebelah pizza hut.

aku ingat lagi kali pertama aku try pakai tudung (kena ingat ya, masa belajar aku pakai. kira macam on off la. tapi what's the use pakai kejap buka kejap pakai kan. dosa tetap dosa)
masa tu aku kerja syarikat swasta.
aku ambil gambar, dan hantar MMS kat dia.
terus dia call aku
"comelnya awek kita ni" muntahhhhhhhhhh. hahaha

bila aku gemuk ni, aku salah kan dia la ni.
bila aku merajuk je, beli coklat. merajuk je beli coklat.
dah gemuk. ^____^

kenapa entah tiba-tiba aku nak cerita pasal dia.
mungkin sebab tadi kitorang mesej-mesej kot.
ohya, dulu, aku ramai lelaki.
bila aku dah dengan dia, aku tinggalkan semua kawan lelaki aku.
sebab dia kuat cemburu macamkan aku ni fasha sandha semua orang nak.
tapi yelah, lelaki mana suka tengok makwe dia melayan lelaki lain kan.

yang tak boleh blah, nombor telefon nak sama ni.
yang beza nombor belakang.
contoh 012-9774448
0129774447
macam tu lah. macam hell kan?
hahaha

bila aku salah sebut perkataan, esok lusa belum tentu dia habis gelak.
cuba kalau dia yang salah sebut mesti dia kata nak uji kot-kot aku ni pikap ke tak.
hell gila.
dah tu suka memperdayakan aku sampai aku percaya *sebab aku ni lurus sikit kot*

mungkin sekarang aku dah takde perasaan cinta pada dia.
yang tinggal hanya sayang sebab dia pernah bahagiakan aku.
mana mungkin aku menghilangkan rasa sayang yang selama ni ada dalam hati aku.
betol, sebelum adanya dia, ada juga aku bercinta dengan lelaki lain.
tapi tak sama. dan aku dah tak peduli pon apa jadi kat lelaki-lelaki lain tu
*wah macamkan ramai sangat. tolong lempang sikit*

oh kenapa tiba-tiba aku macam ni?
hahahah.
aku bukan manusia yang suka jaja kisah cinta.
sebab aku kan feeling artis.
kahkahkah.
dalam fb pon jarang sangat aku meluah rasa cinta. kahkahkahmenyampahnya.
kalau aku dah jatuh cinta 
ibu lah yang pertama tau.


tapi sekarang.
semua dah berubah.
kalau dulu aku terlalu dimanjakan.
sekarang aku dah berdikari.
bertuah siapa yang jadi laki aku lepas ni.
kahkahkah.
sebab ya, bila sesuatu berlaku pada kita,
either kita berubah kepada buruk atau baik.
dan aku rasa aku berubah baik kot. InsyaAllah.
aku jadi lebih berdikari.
jiwa aku lebih stabil *tak payah nak jaga dua jiwa. jaga satu jiwa pon dah cukup. tak sakit jiwa aku*
aku boleh bersosialise dengan skandal kawan aku tanpa perlu fikir eh dia cemburu ke?
aku dah tau naik pengangkutan awam.
aku jadi lebih berani.
dulu masa bercinta, jangan harap aku nak turun bawah pergi kedai, naik rumah tengah-tengah malam. 
dia dah siap-siap belikan aku air botol mineral berkotak-kotak.
bila sampai dari karak, nak mendaki tingkat 8 tu, dia yang hantar dalam depan pintu nak make sure aku selamat.

sekarang ni tak payah!!!!
pukul 2 pagi pon aku boleh tabah lagi naik rumah sorang-sorang walau jalan laju-laju sampai jatuh beg duit.
aku dah tak heran oh.

eh, tiba-tiba naik menyampah menaip macam ni.
nanti tiba mood jiwang aku taip lagi ok.
itupon kalau aku sendiri tak muntah la.

dah lah. penat dah.
sekian

4 comments:

miss aida aphet said...

jodoh pertemuan DIA yg tentukan...insyAllah kita(me too) akan jumpa jodoh tu kan...

Reena Kamarudin said...

miss aida aphet:
InsyaAllah :)

Suara Kalbu said...

Kalau sudah Allah takdirkan itu jodoh kamu, berpisah sementara pun kemudian bersatu semula.. itu pun boleh jadi kalau Allah mahukan begitu.

Jangan sedih-sedih ya dik. Pasti ada sesuatu yang lebih baik yang Allah mahu tunaikan untuk kamu atas setiap ujian dan rintangan yang kamu lalui

Reena Kamarudin said...

Suara kalbu:
Hehe. Kak,reena dah ok. Tp yelah,pyh kan nk lupe dia. Hikhik. Malu.