Dec 22, 2011

Kerana aku merinduinya, 2011 tahun hell dan azam yang tak berapa baru lah.

Hai.
lagi berapa hari nak masuk tahun baru 2012. phewwww *sambil lap peluh*
rasa macam cepat sangat 2011 berlalu.
tapi memang nak cepat pon berlalu.
sebab pada aku, 2011 tahun yang sangat hmmm, macamana nak cakap ya.
tahun yang tak best sangat-sangat.
takde yang best untuk dikenang. hanya biasa-biasa.
mungkin boleh dikata tahun airmata kot.
aku kan ratu airmata. hikhikhik *boddo gelak macam ni*

dimulakan dengan Februari dimana aku berpisah dengan dia. 
aku dah melepasi tahap sengsara itu. tahap dimana bila malam je, 
rasa sakit hati tak boleh duduk dendiam dalam bilik. hahaha. 
mula-mula payah sangat nak terima hakikat.
sebab rutin harian tu dah berubah. 
tapi bila dah masuk Disember aku macam, eh aku dah ok lah.
serius aku dah tak kuasa nak melayan hati yang jahat tu. ^___^
memang betol kata seseorang tu, aku tak rindukan dia.
aku cuma rindukan apa yang aku buat dengan dia.
once aku dah terbiasa tak buat apa yang aku buat dengan dia, aku dah jadi ok.
ok ayat pening. hahaha.

Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober takde apa sangat kot.
biasa-biasa je.
November tuan rumah mintak keluar rumah.
then bila aku dah booking deposit rumah baru, aku lega la kan. boleh la goyang goyang kaki sambil makan lolipop.
tapi bila tiba saat aku kena keluar rumah lama, budak rumah yang aku booking tu kata dia tak jadi keluar.
terus stop goyang kaki dan tercampak lolipop ke longkang. hahaha.
hell gila perangai kau kan. last minit baru cakap tak jadi keluar.
zasssssssssss aku meroyan dalam fb dalam blog kata tak dapat rumah lagi.
tapi Alhamdulillah. a good samaritan named Farah Raihana tolong aku cari rumah member dia.
thanks Farah Raihana tuan punya blog biru ini. sayang kau. 

apa ya azam aku sempena 2012 ni?
takde yang spesifik la.
just that aku mendoakan dan berharap Ibu Abah adik-adik panjang umur, murah rezeki dan bahagia ke akhir hayat.
aku dapat kumpul duit untuk ke Itali. wink wink. jom pergi dengan aku.
beli basikal sebab malas dah nak jogging asyik balik lambat je dari opis. 

walau tahun berganti, jam berlalu, detik bergerak laju, 
ada seorang lelaki yang takkan hilang rindu aku padanya
takkan pernah lupa padanya.
sentiasa merinduinya.
setiap detik dan waktu.
setiap saat.
takkan pernah hilang.
dia adalah Kamarul Azreen, arwah abang aku. satu-satunya abang aku.





maafkan ke-pink-an dimuka aku. miss you, abang. so much!












macam-macam gaya ye tak.
dia memang macam ni.
arwah ni memang seorang yang kelaka.
rindu dengan keletah dia.

tapi sekali dia mengamuk.
berbirat la badan syera dengan getah paip sebab degil sangat.
jangan tak tau, dia garang.
kenangan.

nanti la aku up satu entri pasal arwah.
supaya ada kenangan untuk aku bagi anak-anak aku baca nanti tentang
paklong diorang.
kahkahkah.

sekian

No comments: