Dec 20, 2011

Kerana kau ku masih di sini

Hai.

1. hari ni pertama dalam sejarah hidup sarapan makan nasi kerabu. itu pon orang belanja. nama aku nak beli? idak lah. semalam pon nasi lemak ada orang belanja. Alhamdulillah. kalau lah pagi-pagi sarapan ada orang belanja, alangkah indahnya dunia. kahkahkah. dapat aku beli henbeg seketol.

2.MAKTEH! semalam telefon makteh

Aku : makteh macamana boleh jadi macam ni (suara dah nak nangis dah)

Makteh : benda nak jadi Ngah. elak macamana pon, kalau Allah kata nak jadi, jadi jugak. Ngah jangan risau la. kerja macam biasa

Aku : macamana tak risau. siapa jaga makteh?

Makteh : Makcik jaga makteh. Ngah jangan risau, ramai je melayan makteh kat sini. Ngah kerja je macam biasa ya. nanti Ngah balik jumpa makteh ya.

Aku : mestilah jumpa. Makteh jangan lupa makan ubat ye. doktor kata apa?

Makteh : doktor kata patah 2 bahagian. doktor kata kalau dalam sebulan tak ok jugak, ganti simen (aku tak ingat makteh kata apa. something like that la). kalau tak bercantum lagi.

Aku : jangan lupa makan ubat ya.

Makteh : Ngah solat, doa makteh cepat sembuh ya.

itulah makteh. mulut tak lekang ingat kan aku pasal solat. makteh, makteh, risau aku dibuatnya.

3. aku setuju dengan kata sorang member aku, syifa' (seperti status dia dalam FB). bila gaji, selera makan pon menurun. bila tengah sengkek, macam-macam tekak nak makan. mengada kau ni kan tekak? kadang-kadang, tengah nak berjimat tu la tekak ni nak makan zinger beger la, egg tart la, chicken rice shop la. time gaji masuk, kau tengok lunch ni aku makan apa? roti gardenia 70sen ni je. mengada-ngada kan.

4. Minah kawan dengan Leman. leman meluahkan dia suka sangat dekat Minah. sayang sangat dekat Minah. tapi eh, bukan kau berdua baru kenal ke? Minah yang memang jenis dah SUSAH nak percaya cinta ni, berhati-hati sangat. bila Minah ni balik kampung, Leman akan SMS kata rindu la apa la. macam kan tak dapat jumpa lagi. one day, Leman approach Minah ajak kapel sekaligus nikah. tapi Minah kata, "maaf, hati i bukan untuk u". then, kecewalah Leman. 

sampai dalam FB pon dah tak layan Minah. tup tup selang dua minggu lepas tu, keluar pic Leman dalam FB dengan perempuan lain yang dia claim as a girlfren. gotcha! Minah ni boleh tahan dia punya teknik stalker. rupa-rupanya dia terus kapel dengan girlfern dia tu after Minah tolak cinta dia. tapi mereka berdua dah kenal lama, sebelum Minah kenal dengan Leman lagi. the point here is that, Minah ni adalah di antara dua pilihan si Leman ni. Dia ada Minah and ada girlfren dia sekarang. once Minah say no to him, zasssssss terus dia sambar girlfren dia. dah tua bangka, bila tiba bab bercinta jadi macam bebudak. tak faham aku. ok, tak payah faham. abaikan.


5. tahukah anda, sejak 2 tahun aku duduk Putrajaya ni, tidak pernah sekali pon aku pergi buat lawatan muhibbah ke Taman Botani, Wetland dan apa lagi tempatnya di sini. dan tahukah anda, tempat yang paling banyak aku lawati adalah ALAMANDA dan MYDIN untuk beli barang dapur.

sekian.