Dec 19, 2011

Kerana pagi ini aku dapat berita yang menyedihkan :(

Hai.
1st of all, aku nak tarik nafas dulu panjang-panjang.
dapat mesej dari adik sedara, Abi namanya.
"Ngah, makteh jatuh bilik air. kaki patah"
terus tak cakap banyak, airmata bergenang. Ya Allah, harap makteh tak apa-apa.
ingat makteh tak? yang aku cerita pergi makan durian rumah dia, tiap-tiap petang kalau balik Karak, aku akan lepak rumah dia kat Kampung Teroh? DALAM ENTRI INI

makteh adalah ibu kedua  aku selepas Ibu. sebab masa aku kecik (mungkin sampai sekarang),
makteh yang jaga aku dan adik beradik.
sebab Ibu kerja, Abah kerja. 
masa kecik, makteh yang akan jalan kaki hantar aku ke sekolah tadika.
makteh yang sikat rambot, tocangkan rambot, basuhkan baju.
aku akan jadi sangat wangi dan bersih.
masa aku darjah 1-4 kalau aku kena naik pentas ambil hadiah Anugerah Cemerlang,
makteh yang akan datang sekolah.
sebab Ibu dan Abah kerja.

aku membesar dengan didikan makteh.
dulu masa kami kecil, makteh garang.
selain Ibu dan Abah, makteh juga ajar aku solat dan mengaji.

aku terlalu sayangkan makteh.
ohya, makteh adalah adik kandung abah.

sebab itu, bila ada orang menyakitkan hati makteh, melukakan hati makteh,
aku akan jadi sangat marah.
sebab aku tau, makteh sebatang kara.
dia takde siapa-siapa. suami pon takde.
anak pon takde.
dia cuma boleh menumpang kasih sayang kami adik-beradik.

and yes, setiap kali membicarakan pasal makteh,
hati aku akan tersentuh.
bukan aku saja.
malah adik-adik aku pon sama.
kami sayangkan makteh seperti mana kami sayangkan Ibu dan Abah.
aku tau, aku wajib jaga makteh sampai bila-bila.
sebab aku anak sedara sulung dia selepas arwah abang aku.

sekarang ni, hati aku gusar.
risau.
and yes, makteh adalah OKU.
kaki sebelah kanan dia tak macam kaki kita. kaki kanan dia kecik macam kaki budak berumur 7-8 tahun. 
bila aku jalan dengan makteh, orang akan pandang pelik kat makteh.
aku akan pandang semula orang tu sampai orang tu tunduk. cungkil bijik mata, tau lah.

istimewanya makteh sebab dia penyejuk hati aku (selain Ibu)
nasihat dia buat aku tenang.
nasihat paling utama "jangan tinggal solat ye Ngah"

Ya Allah, kalau betol kaki dia patah seperti yang Abi cakap,
aku mohon kau permudahkan lah segalanya.
semoga makteh takde apa-apa.

terasa macam nak terbang balik Karak sekarang :(


Makteh dan adik aku.


sekian

8 comments:

sekamar rindu said...

salam...

saya mendoakan mekteh awak tidak mengalami kecederaan yang serius...banyakkan bersabar atas dugaan Allah ini...

Reena Kamarudin said...

sekamar rindu:
thanx ya :)

nur said...

~~ saya penah jumpa mkteh..masa arwah bawak pegi rumah awak...sabar yer...kita doakan kaki makteh xteruk sangat...insyAllah..

Reena Kamarudin said...

miss aida aphet:
yeke pernah? hehehe.
kaki makteh patah :(

::FAIZ:: said...

semoga semua ok...

Reena Kamarudin said...

faiz farish:
thanx :)

Cik Rai @SeriGala said...

ic .. moga semuanya dilindungi Allah swt

Reena Kamarudin said...

serigala maroon:
amin.
thanx :)