Dec 9, 2011

Kerana Ombak Rindu

Hai.
salam jumaat korang.
hari kedua tanpa nescafe. mari kita tengok sama ada dapat taip entri dengan ok ke tak ^___^
nyampahnya aku dengan aku sendiri. huhuhuhu.
semalam aku tengok Ombak Rindu.
ya, aku pon terjebak sekali.
sebab Sha yang ajak.
kalau tunggu aku, memang tak la kan. 
aku memang kurang cerita ala-ala drama macam tu.
macam lagenda budak setan, nur kasih semua tu, memang bukan makanan aku la.
ececewah.
kalau hantu kak limah ke, KL gangster ke, ha, memang aku suka la layan.
ni aku coretkan serba sedikit pasal Ombak Rindu.

1. aku and Sha dapat seat tengah tapi kerusi dua dari tepi. ada suami isteri nak masuk. isteri masuk dulu. then baru suami. boleh pulak suami dia nak jatuh atas aku. kau faham tak macam mana. macam nak jatuh tapi tak jatuh sebab try nak balance badan tu. aku dah "eh,eh" dia pon sama "eh,eh". hahahaha. tak balance betol abang ni. lepas tu isteri dia marah suami dia sebab tak hati-hati. suami dia duduk sebelah aku. berkali-kali juga suami tu mintak maaf kat aku. aku cakap "it's ok". dia mintak maaf lagi. aku jawab "eh, takpe. faham gelap-gelap ni".

2. aku tak faham kenapa Maya karin tu pakai tudung macam tu. macam apa entah. fine dia nak gambarkan perempuan kampung. tapi hello, perempuan kampung pon pakai tudung cun-cun tau *terasa ni*. Sha kata "geram i nak pergi bela tudung dia ni" nak bela macamana yang oi, dalam filem kan. 

3. Aaron aziz bawa watak haris memang ok la kan. memang rasanya takde siapa lagi yang sesuai bawa watak tu. tapi kalau Adiputra yang bawa lagi la aku melekat dekat skrin tu. muahaha. "kalau aku mintak, kau kena bagi". muahahah. dialog tak boleh blah betol. huhuhuhu. tersipu-sipu aku tau. bukan apa, malu sebab aku kan tak kawen lagi *poyonya*

4. ramai woo lelaki yang tengok semalam. dan ramai jugak budak lelaki dalam usia 14-17 tahun semalam. ber-grup grup tau. datang nak tengok apa dik? 

5. watak Lisa, ok la. boleh la tahan. menjadi jugak eh dia bawa watak macam tu. kesian dia kan. dia cinta sangat dekat haris tu. "i'll make sure, that one fine day, you'll be deadly in love with me". tu dialog dia yang aku ingat sebab masa dia cakap dialog tu kembang kempis hidung dia. hahaha. tapi dia memang lawa sebab aku pernah jumpa dia kat KL sentral. memang natural beauty. tapi aku tak suka dia. aku suka fazura.

6. Haris tu masa sebelum dia jatuh cinta dekat Izzah, asal celik mata, datang rumah Izzah akan panggil-panggil Izzah. boleh tak cari dulu? ramai yang dalam panggung tu sok sek cakap "cari la dulu baru panggil" hahaha. macam la filem tu tengah buat dan kami pengkritik. 


7. azizah mahzan. aku tak suka betol dengan slang dia. serius tak suka. haha. geli aku dengar.

8.  itu je lah yang boleh aku komen. tunggu astro first pon ok jugak :)

Sekian.

7 comments:

faizal mohd said...

azizah mahzan. aku tak suka dia. HAHA. :)

Suara Kalbu said...

Salam Reena,

Sana sini orang cakap pasal OR ni. Akak belum terbuka hati lagi nak ke panggung. Biasanya cerita adaptasi ni jarang berjaya kalau diangkat ke versi filem.

Tambah tambah lagi dah ada Astro First ni. Bayar RM15 satu kampung pun akak angkut datang rumah wakakaka. Lepak depan TV je boleh baring-baring, makan makan hihihihi.

Azlan Hasan said...

2 dari dah??bagus!!!teruskan usaha anda...heheheh

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

faizal: hahaha. sakit jiwa aku dengar dia bercakap :)

Reena Kamarudin said...

suara kalbu:

hehehe. kawan belanja kak. kalau nak tunggu reena, memang takkan tengok la.
tunggu astro first ok la. boleh baring-baring :)

Reena Kamarudin said...

azlan hasan/strider:

hoyeahhhhhh. dah dua hari dah. clap clap clap. hehehe. (tapi murung je)

Serigala Maroon said...

hahaha .. terjebak pulak dah kau