Dec 12, 2011

Kerana Kampung Teroh Karak, durian dan hari-hari hujung minggu yang membahagiakan

Hai.
macamana dengan cuti sabtu ahad korang?
best tak?
aku? of coz la best sebab aku balik karak. cer kalau kat sini je, mau meroyan kot aku.
aku tak tau la kan sekarang ni musim durian ke apa kan. sebab dulu aku rasa payah betol nak jumpa durian. kalau tiba musimnya, memang meriah sangat-sangat. 
tapi sekarang ni kat karak, bersepah cina jual durian. ke memang musim dia? 

the best thing about karak kalau aku balik adalah apabila aku ke rumah pusaka arwah atok yang sekarang diduduki oleh makteh.
terletak di Kampung Teroh. best tau kat sini sebab memang 100% suasana kampung. ada ayam. ada itik. memang betol-betol rasa suasana kampung tu. 
tak jauh pon dari rumah aku. cuma 7-10 minit je naik kereta/motor. 
rumah makteh tu dikelilingi pokok dan ada bukit yang dinamakan Bukit Dinding.
aku pernah lari ke rumah makteh masa aku ada masalah dengan dia.
aku tak pergi kerja (masa tu aku kerja swasta)
pergi rumah makteh dengan mata bengkak menangis. sangat poyo bila pikir.
nasib makteh tak banyak tanya.
tapi disitulah tempat untuk aku rasa tenang dan damai.

hari sabtu tu aku, ibu dan adik-adik ke rumah makteh. sebab memang tu la rutin harian kalau balik karak.
akan melawat makteh, borak-borak dan bertanya kabar.
sampai je rumah tu, pakcu (adik abah) dah hulurkan durian. ada pulak rambutan.
perghhh. aku kan hantu durian. terus tak pikir apa dah. hahaha.








kau tengok. masih berdaun lagi buah durian itewww. bermakna baru gugur dari pokok.
sebab pokoknya ada dekat je dengan rumah makteh. yummeehhhh. 
memang aku tak pandang dah kiri kanan. adik-adik sedara kat belakang pon aku dah lupakan.
aku suka durian yang ada rasa pahit pahit sikit. heaven giler



kau tengok pemandangan belakang aku tu. bukit kan? sangat mendamaikan.


ironinya, kami berdua ada gambar macam ni, di lokasi yang sama, kedudukan yang sama masa aku berumur  7 tahun dan farah 3 tahun. cuma time tu aku rambot ala-ala zaiton sameon kan. nanti aku cari pic tu. 


yup.
aku suka bila aku dikelilingi family aku.
sebab sentiasa riang ria.
macam lupa segala masalah yang ada.
sebenarnya dulu, hubungan aku dan adik-adik aku tidaklah berapa baik dengan pakcik makcik aku.
adalah hal personalnya.
but then masa arwah abang aku masih hidup dia ada kata dekat aku dan ibu
"abang nak sangat tengok satu hari nanti, family kita semua berbaik, berkumpul dan bersatu hati"
and yes. impian dia jadi kenyataan. DI HARI KEMATIAN DIA!
masa tu Tuhan je tau betapa gembiranya hati aku bila kami semua bermaafan selepas abang dikebumikan.
memang jadi kenyataan tapi dia tak sempat tengok :(

but that's ok.
kita yang hidup ni kena teruskan hidup.
al-fatihah untuk abang.

so, ahad tu pulak pepagi lagi aku dah buat sarapan.
aku goreng cekodok je.
nasi lemak beli kat kedai.
aku kalau masak kan, aku kena duduk je dekat dapor.
jangan la ada tumpuan lain. sebab hasilnya akan jadi macam ni






yang bahagian bawah tu bila aku dok je ngadap kuali tu.
yang atas tu bila aku ke depan sebab tengok tv sebab masa tu lagu Next to you (chris brown) favret aku
tengah tayang kat 705 astro. lupa yang aku tengah goreng cekodok. dah macam kaler chris brown tu je :)
so siapa nak makan yang tu? aku jugakkkkkk.

sekian

6 comments:

faizal mohd said...

nak gi umah makteh la, kutip durian. HAHA.

cantik cekodok tu. :)

Reena Kamarudin said...

makteh mesti suka kalau ada yang datang rumah dia :)
cantik kan cekodok aku? hehehe

Cik Rai @SeriGala said...

owh, begitu rupanya suasana bukit dinding =)

Reena Kamarudin said...

Farah:
tqah and uteh pernah datang rumah makteh masa abang aku meninggal.

nur said...

~~ teringat arwah....=(
suka baca =)

Reena Kamarudin said...

aida:
thanx sudi baca.
mintak tolong sedekah alfatihah ye kalau teringat.
kami merindui dia lebih dari segalanya :(