Dec 7, 2011

Kerana ketagihan Nescafe kalau tak dapat minum bad mood

Hai.
korang suka minum kopi/nescafe tak?
aku mengaku aku adalah penggemar nescafe.
pagi aku akan macam hampeh kalau tak minum nescafe at least se-mug.
gila kan?
then akhirnya.
aku perasan. kulit muka aku makin kering. memang la tak nampak, tapi kalau kau pandang dekat dekat,
memang akan nampak kulit kering dan ada macam mengelupas sikit.
so, aku pon tertanya-tanyalah. adakah sebab aku hari-hari minum nescafe buat kulit jadi macam ni.

so, aku buat kajian sikit. kajian katanya. 
takdelah.
aku jumpa pakcik google je.
cari sikit sikit sumber yang aku boleh faham.
so aku dapat dari sini www.prn.usm.my

aku stat minum minuman ada kafein ni masa stadi dulu.
katanya nak stadi sampai larut malam.
ye la sangat kan stadinya.
tengok VCD banyak la kot. 

Kafein ni rupa-rupanya sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun or biji beberapa jenis tumbuhan. dadah? so aku ni penagih dadah la kan? kihkihkih. kafein juga boleh dihasilkan secara tiruan. yang ni maybe macam perisa tiruan tu la kan. ianya boleh ditemui dalam biji kopi, daun teh dan biji koko. oh ya, baru aku tau, minuman berkarbonat kola juga ada kafein. huhuhu. selama ni tidaklah aku tau ^___^

so, kesan kafein ni memang boleh rasa selepas kita telan. ikot jumlah yang kita ambil la kan. as for me, kalau aku minum se-mug besar tu, memang terus rasa la yang aku jadi bertenaga, tak ngantuk dan yang paling best, aku jadi aktif semacam. serius. aktif gila kot. tak boleh duduk diam. pernah sekali aku ambil milo, macam apa entah jadinya. aku jadi lemau. tapi orang kata sebenarnya berkaitan mindset kita. kalau kita dah set dalam otak ambil nescafe akan ceria macam kanak-kanak terlebih gula, so ceria la kita kan. eh entahlah. 

dah kata macam dadah kan. so kafein ni ibarat dadah perangsang pada tubuh badan manusia. ianya merangsang otak dan sistem saraf pusat then bertindak ke jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. 

oh ya, ianya juga boleh menyebabkan dehidrasi. yang ni betol la kot. atenye aku kejap kejap ke toilet. dah tu aku lupa nak topup badan aku dengan air masak. oh ok. now i know kenapa kulit aku kering!!! adoi, tu pon payah ke nak faham, reena. suruh belajar sains kelas cikgu latiff kau main-main kan. eh, tapi cikgu latiff yang banyak main-main. suka cerita menda serong kat kitorang. tapi apa yang dia cerita yang sx sx tu aku boleh ingat pulak. sangat choi.

kafein juga akan sebabkan ulser akibat asid yang terdapat didalamnya. ok, ni mungkin betol juga sebab everytime aku minum, perot akan terasa pedih. hohoho. 

jantung jugak akan menjadi tak menentu. berdegup pantas, rasa macam nerbes tak tentu pasal dan tak selesa. jantung akan jadi laju kan. 

so, sesiapa yang ketagih kafein tu harap dapatlah dikurangkan sebab bila kita dah terlalu bergantung dengannya, then bila one day kita tak minum, kita akan jadi lesu, mengantuk dan sakit kepala di mana ianya memang betol-betol jadi kat aku.

aku memang nak sangat-sangat kurangkan pengambilan kafein. atleast tak minum nescafe hari hari. tapi asal nak buat kerja je, mesti kena ada nescafe. kalau tak, aku macam mati laki *____^

bila tak dapat minum nescafe, dapat makan gula-gula kopiko pon aku menjadi.
gila tak gilanya.

kesian kulit muka aku.
kesian kat aku.

so, kena berubah lepas ni.
so, mari kita habiskan dulu nescafe dalam mug ni dulu.
then esok jangan minum lagi.
lusa pon jangan.
tulat pon jangan.
isnin depan baru boleh.

sekian.

6 comments:

konde said...

tak bagus caffein

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Azlan Hasan said...

my ex-bos dulu addict nescafe..kalau dia datang takde nescafe memang angin jer satu badan..dia sanggup suh staff beli nescafe kat kedai mamak dari minum air lain..hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

konde: hehehe. i know that. tapi degil kan

Reena Kamarudin said...

azlan hasan: hehehe. sampai macam tu sekali kan. ketagihan yang melampau tu.

faizal mohd said...

satu lagi adalah sebab ko duduk dalam bilik ber aircond. punca kulit kering.

Suara Kalbu said...

Salam Reena,

Aisehman,.akak ni peminum nescafe tegar sejak remaja. Dah macam-maca orang cakap kafein tu tak elok, tapi tak berjaya juga kurangkan ketagihan akak. Tapi akak tengok yang nasihat akak tu lagilah hampeh.. penagih McD tegar. Lagi teruk utk kesihatan dan kewangan tentunya hahaahhhaaa