Dec 6, 2011

Kerana bilik tidor dan mamak bernama Kurus dan Bombay

Hai.
ada dua isu disini untuk dibincangkan. poyo.


1. bilik rumah baru aku pemandangan nya amatlah menyedihkan. huhuhuhu. sebab mengadap landasan ERL. tingkat 4 kan rendah je. so, nak nikmati pemandangan lampu lampu neon feeling duduk penthouse tu idaklah teman dapat. tiba-tiba teringat kes bunuh kat landasan ERL tu. *gulp* telan air liur.

2. kan aku selalu lepak mamak kan. ada dua mamak yang dah kenal aku and the geng. yang sorang aku panggil Kurus, yang sorang Bombay. malam tadi sempat lah aku inteview si Kurus tu. sebab Sha la tegur dia mana dia beli iphone (Kurus pakai iphone). then...

Mamak Kurus :  "London beli". 

aku Gemuk Cun : serius u beli kat London?

Mamak Kurus : yalah. London beli

aku: buat apa u di London?

Mamak Kurus : sana saya study Bisnes juga. Diploma bisnes.

aku : really (masa ni aku dah buat nada macam gila hebat kau ni). Kolej apa nama dia?

Mamak Kurus : Britannia college sana London. UK, UK

aku : (yelah, aku tau la London tu kat UK). oh, hebat la u ni.

Mamak Kurus : bulan satu nanti saya fly to Canada kerja sana. syarikat sana panggil kerja.

aku : so, nanti u pergi Canada la ye?

Mamak Kurus : yah, yah, Canada. sini pon gaji tarak mahal. 

aku : oh i see (kena lah speaking kan kata belaja London kauuuu). parents u mana?

Mamak Kurus : tinggal Gujerat India.

aku : oh ok. Bombay ada sini lagi tak nanti bulan 1?

Mamak Kurus : dia pon pergi Canada juga

aku : oh really. 



ok, motip aku nak cerita nya adalah.
jangan judge orang tu kerja low maka pemikiran dia juga adalah low.
kalau dia tipu, maka tipu lah aku ni ha.
tapi aku rasa dia mungkin betol kot.
sebab aku dapat rasa keikhlasan dia masa dia cerita tu.
kahkahkah. 

aku ni mengata diri aku sebenarnya.
yela, selama ni, aku fikir Kurus and Bombay tu ala-ala je.
sekali kau ada diploma ke ijazah ke aku tak ingat la.
aku google jugak Britannia College tu sebab yelah, kot-kot la dia tipu aku nama college tu.
eh, ada kau.
so, maybe betol la kan.
nanti takdelah Kurus dan Bombay lagi.
dua mamak ni sabar je melayan kerenah aku and the geng.
kejap kejap mintak tisu.
then tak lama lepas tu mintak sudu garfu.
tak lama lepas tu mintak ais.
memanjang mintaknya.

ok cerita pasal mamak pulak ye tak.

sekian

4 comments:

Azlan Hasan said...

owh...berpelajaran gak rupanya mamak tu..hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

kihkihkih. kan? saya pon tak sangka. dia kata dia nak cuba nasib kat sini :)

faizal mohd said...

ko speaking jela dengan mamak tu.

Reena Kamarudin said...

pejai: itu dah semestinya. berhabuk ok english dia. aku pulak yang terkial-kial dengan slang british dia. huhuhu