Dec 12, 2011

Kerana kejanggalan yang susah nak diceritakan

janggal 1

Minah : muka aku sekarang terok oh. dah tak dapat beza jalan tar dengan muka aku ni
Timah : ala relax la. jangan gelabah bebeh. cuba kau pakai jenama XYZ tu. aku pakai yang tu la
Minah : ok ke kau pakai? ada apa-apa perubahan tak?
Timah : *tskkk tskk tskk*

pernah tak kena macam tu. kita cuba bagitau dia jenama apa yang kita pakai then dia boleh tanya kita semula. poinnya disini  TAK NAMPAK KE PERUBAHAN DI WAJAH AKU TULUS MULUS LAGI SUCI NI?
bila ditanya macam tu, terus rasa "ala, takde apa-apa perubahan ke eh, aku pakai XYZ ni?" rasa loser tau, loser. heheheheh

janggal 2

lalu mesin tiket/pagar scanner (apa ke namanya aku tak tau lah)  ERL/LRT.
orang lain boleh je lepas masuk kad terus boleh lalu. tapi bila tiba time kau, kad tak boleh masuk. cuba jugak dekat 2 minit still tak boleh (selalu terjadi di ERL transit sebab kad dia kertas nipis). terpaksa ke mesin sebelah tapi kena start berator semula. then tiba-tiba orang dibelakang kau di mesin yang pertama tadi tu senang-senang je boleh masuk kad. dan kau? dan kau kena tunggu lagi dan lagi. sangat menguji kesabaran kan.

janggal 3

bila dah terlambat bangun, terlambat bersiap nak pergi kerja.
ada je halangan yang boleh jadikan lagi lambat. contoh, payung tak lipat lagi, dah kunci pintu teringat pas tertinggal dalam bilik, duit syiling tak korek lagi dari tabung. selalu ok, selalu. sebab malam kau leka kan, reena? dok melepak sampai lupa. nak jadikan lagi best epik datang lambat kerja, bila driver bas bawak lembap la pulak. bukan selalu kau bawak laju bila time aku lambat rasa macam nak pergi jerit dekat telinga dia tolong bawa laju sikit sebab saya taknak punch card saya kaler mewwah (baca: merah).

janggal 4

bila kau tak turun beli lunch sebab rasa kenyang selepas makan roti gardenia pukul 12.30.
dan orang akan berpusu-pusu tanya
"tak lunch ke"
aku jawab "tak"
"oh diet la tu. reena diet eh"
ye, diet la sangat. asal tak makan je, diet la eh? yang kau tak nampak aku dah bedal roti gardenia tadi?

janggal 5

bila orang potong Q
ok, ni aku. heheh
hari jumaat tu time aku nak beli tiket ERL ke tasik selatan, aku berator belakang minah ni.
aku tengok dekat skrin tu transit ke KL sentral lagi 2 minit. 
dalam hati aku "gerenti lambat ni nanti"
sebab minah tu terkial-kial cari duit dalam beg.
aku tengok, beg nya tak la besar mana pon.
aku ni serba salah. nak potong ke tak
yang kaunter pon salah jugak.
ada dua kaunter. bukaknya satu. 
demi memastikan aku kena juga kejar bas ke bentong pukul 7 maka yes, aku telah pentingkan diri sendiri.
aku potong Q minah tu.
nak cari duit dulu, sila ketepi.
sori ^___^

janggal 6

bila kita dah mula lupakan dia.
tapi kenapa kita masih fikir tentang keselamatan dia?
kenapa tak boleh lupakan terus?
sangat janggal. sangat sangat sangat.

janggal 7

bila mempunyai kawan yang macam chipsmore.
aku cuba untuk tak jadi terlalu concern pada kawan aku.
tapi aku kan mudah risau.
sekali aku hantar mesej tanya kabar dia tak balas then ok aku anggap dia takde kredit.
kali kedua aku hantar pon sama.
kali ketiga aku dah malas nak ambil peduli.
sedangkan dalam fb dia boleh pulak poke poke aku.
ok bila dia online fb maknanya dia ok, ye tak?
aku bukan apa.
sifat risau aku ni menebal.
semua menda aku nak risau.
sangat choi!


8 comments:

faizal mohd said...

janggal 4 tu solusi dia, ko hempuk orang tu dengan roti gardenia. HAHA

Cik Rai @SeriGala said...

janggal 2 tu solisi dia (tiru ayat faizal mohd), erl punye scanner mmg lambat sikit nak telan tiket .. ko kena tunggu lama dis itu .. masuk kan tiket tu betul2, pelan2 .. jgn laju2 .. cam lrt biasa hihihi

Reena Kamarudin said...

faizal: apa rasa hempuk dengan roti? macam hempuk manja-manja je. heheh

Reena Kamarudin said...

Farah:
marah mak noks. bengang je. masuk-masuk tak boleh. grrrrr

::FAIZ:: said...

no 2 hahaha....

Reena Kamarudin said...

Faiz farish:
rasanya ramai yang alami no.2 tu kot. hehehehe

Azlan Strider said...

hehehe..yang no 5 tu xde laa salah mana..kalau orang tu ade sivik dia akan beri laluan dekat yang lain sementara dia cari duit..hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

azlan hasan:
kan? apa punya orang la tekial-kial cari duit. kita nak cepat jadi lambat. hehehe