Dec 13, 2011

Kerana magiknya seorang IBU

Hai.
hari ni mood adalah neutral ye.
mood tu tengah-tengah.
kerja pun ada banyak ni. tapi rehat jap. dah berpinar mata ni ha.
malam tadi, aku tidor sangat lena di bilik baru. hoyeahhhhh!
entahlah. mungkin penat sangat kot. sebab tu lena.
kalau tak, mungkin payah jugak sebab aku adalah sangat payah nak tidor di tempat baru.
suasana tu jadi lain. tapi malam tadi, perghhh gua tidor banyak lena. bangun-bangun tengok jam dah 6.45.
terus zuppp zappp zupppp zapppp bela tudung agak lama, zasssss pergi kerja.
circle yang sama tetiap hari. tak pernah berubah. and yes, aku hargai hidup aku macam ni ^__*

aku nak bagitau ni. aku nak jerit kuat-kuat ni *stail Faizal Mohd*
yang aku tetiba, out of nowhere RINDU kat IBU and ABAH.
ya, aku RINDU.
entahlah. baru je kot balik dari KaraK.
aku ni ada satu sifat, kalau aku RINDU, RINDU tu jadi tak tertahan *ayat memang dasar nak kena lempang*
rasa macam, masa ni juga nak balik KaraK. weeehuuuu.

dengar suara IBU rasa sangat tenang.
apatah lagi tengok muka dia.
sebenarnya, semua tak tau termasuk adik-adik aku yang aku adalah stalker IBU and ABAH.
hehehehe.
maknanya, bila kami tengok tv, aku bukan pandang sangat tv tu. aku akan tengok je muka IBU. muka ABAH.
dan berdoa dalam hati (yelah takkan nak kuat-kuat pula karang adik-adik aku kata aku buang tebiat. adik aku mulut ala-ala chef wan sikit) adakah aku dah cukup bahagiakan diri mereka berdua?
cukup ke apa yang aku balas atas jasa mereka walau mereka tak minta dibalas?
sempat ke mereka tengok anak-anak aku *kahkahkah hover*
berdoa supaya ALLAH panjangkan umur mereka.
berdoa supaya rasa kasih sayang mereka kekal ke akhir hayat.
ABAH tak boleh kemana-mana tanpa IBU.
begitu juga IBU.
sebab IBU adalah pelengkap ABAH.
ABAH melengkapi IBU.
ABAH takkan mahu kemana-mana tanpa ditemani IBU.
begitu juga IBU.
setiap yang berlaku dalam keluarga, ABAH lah penguat IBU.
IBU penyokong setia ABAH. tak kira masa dan situasi.
dalam futsal, bola sepak dan badminton.

IBU penguat aku.
pelembut hati aku dikala hati aku panas membara.
ABAH pelindung aku.
penyelamat hati aku dikala aku hampir hanyut.

aku tak kisah kalau aku tak bahagia.
asalkan IBU ABAH dan adik-adik aku bahagia.
itu yang paling utama.
aku tak kisah korbankan segala-galanya untuk mereka.
sebab meraka adalah NYAWA aku.
tanpa mereka aku seolah-olah lumpuh *wah hover*

sekian

6 comments:

Unknown said...

anak yang baik..:)

Reena Kamarudin said...

diana:
hehehe.
saya pernah lalui zaman berontak,
buat hal sendiri, tak dengar kata. zaman remaja :)

Azlan Strider said...

wah..so much love untuk ibu dan abah...hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

azlan hasan:
hehehe. tiba-tiba je rindu tak tertahan. hehehe

::FAIZ:: said...

ibu adalah yg terbaik

Reena Kamarudin said...

faiz farish:
ibu adalah terbaik dan segala-galanya :)