Dec 23, 2011

Kerana Ice Room, Manjaku dan fikiran dah entah kemana

Hai.
lately, aku macam dah tak tau nak makan apa bila tengah hari.
sudahnya makan roti gardenia je la kerjanya.
bukan nak cakap aku dah bosan dengan makanan.
tak baik.
budak afrika tu lagi lah kan.
cuma yelah, nasi tu terlalu biasa dah.
memang jarang sangat aku turun tapau nasi.
either aku makan roti or kuih je *tapi tak jugak kurus kan T____T. ya, aku sedar diri*

jumaat kan rehat lama. 12.15-2.45
so either ke Alamanda, atau duduk lepak kat ofis.
tapi hari ni, Kak Shima ajak ke Bangi.
katanya nak cuba ice room.
aku pernah dengar pasal ice room.
tapi tak pernah try.
tutifruti tu pernah la jugak.
cuma aku ni je yang kurang gemar ice cream.
kalau ice cream mat kool tu aku suka lah.



kak shima. mango


Kak Reena. strawbeyi


adik reena. spageti bolognes macamana nak eja.

Kak shima. sedap. rasa pulut

Ice Room bangi?
mungkin sedikit lembap.
tapi boleh di maafkan sebab pelayannya sorang.
satu satu dia hantar.
dah nak tercekik makan baru hantar air.
ok fine.


spageti dia? dah makan pon kan. 
so telan je la.
lapar semua jadi sedap. huhuhu.


bila balik nampak kedai Manjaku.
jual baju baby.
terus kak shima ajak singgah.
padahal dah lambat ni.
cari laju-laju.
jumpa yang comel untuk Mieya.
kak shima untuk Safiyya.
terbang duit. tapi puas hati sebab cantik.


di edit supaya korang tak mimpi ngeri melihat wajahku. eh tapi dah kurang sikit kulit kering tu :)

masa dalam kereta.
dah lah jalan jem.
aku pulak dah tak tahan nak buang air kecik.
tahan je la.
hehehe.
kak shima boleh tahan jugak bawa kereta.
heheh.
cilok sana sini.
masuk ofis terus zassssssss ke toilet.
sampai je dalam ofis Kakak-kakak ni cakap tadi Encik M cari (gegat).
sebab aku masuk lewat 30 minit. 3.15 baru masuk. heaven :)
eleh. macam la aku tak tau.
dia dah kat airport kot.
yelah. bercuti ke obersi katanya. 
untunglaaaa dapat ke luar negara time krismas and new year ni.
mesti kalerful je.

eh. 
dah la.
mood dah takde ni.
fikir nak balik kampung je.

sekian