Dec 28, 2011

Kerana serba tak kena, balik Karak sangat heaven dan botol arak

Hai.
phewwwww *tiup rambut berjuntai*
cuti yang panjang. sangat happy dapat habiskan masa dengan family.
habiskan masa dengan Mieya Ezzara. rindu dia.

tiba-tiba mood nak menaip hilang. tadi kemain lagi semangat. heheh.
aduhai. biasalah. bila tengok kengkawan ramai cuti krismas bawa ke new year sedangkan aku di ofis lagi buat kerja, memang rasa nak balik rumah je.
tapi kerja tetap kerja kan. mana boleh malas-malas.

aku balik sabtu 24.12.2011
so pergilah aku tunggu bas di pekeliling. aku memang tak pernah beli bas tiket tu.
naik bas yang bayar kat dalam tabung tu.
so, sementara nak tunggu bas datang pukul 10, aku duduk je lah dekat kerusi sambil baca paper.
ya, sila lah tiru aksi ni, sebab membaca amalan mulia kan ^___^

sebelah aku ada couple.
yang perempuan bertudung. lelaki tu macam muka mat rempit *sori, maksud aku dalam cerita rempit*
aku harap, couple tu dah nikah lah sebab aksi dia sikit lagi nak buat aku maki dia.
boleh pulak dia peluk-peluk awek dia ke bini dia aku tak sure la takkan aku nak minta sijil nikah or kad nikah tu kan.
yang perempuan tepis-tepis tak mau padahal tepis-tepis manja je sambil cakap
"jangan la. malu lah kat orang". hoi kepalahotak kau malu!
aku pandang-pandang je diorang. yang perempuan pandang aku semula sambil menjeling.
aku balas semula. lelaki tu lagi kuat miangnya. dia main cium-cium pulak pipi perempuan tu.

aku ambil paper sambil kipas-kipas muka aku.
kahkahkah.
kalau kau laki bini pon kau tetap tak boleh tunjuk kemesraan macam tu kan di khalayak ramai.
tak lama lepas tu diorang naik bas ke temerloh. good. orang pahang rupa-rupanya.

dah la malas aku nak cerita. mimpi ngeri.
mengalahkan aksi edward cullen dengan bella je. kalau edward cullen dengan bella tu, selera la jugak aku nak tengok. eh???

sampai je rumah, misi untuk mempersiapkan pertunangan adik aku, Farah.
esok Ahad krismas tu terus zasssss ke temerloh cari barang.
mula-mulanya impian Farah tu, nak buat kecik-kecik je.
pihak lelaki datang sarung cincin makan-makan dah siap.

tapi bila dah masuk makcik-makcik pakcik-pakcik (adik-adik abah)
menda tu jadi besar.
dari takde kambing, tumbang kambing.
ikan patin lagi. ayam lagi.
semua di sponsor oleh pakcik-makcik aku yang pemurah.

so, terpaksa jugak lah pasang khemah bagai.
door gift pon ada.
yelah, ke laut la impian Farah tu rasanya.

takpe lah, biar lah aku je yang realisasikan impian kau tu Farah.
janji kau selamat bertunang dan kawen.
so majlisnya 1 jan ni.
tak dapat la aku nak mengajak korang sebab ni bukan majlis aku.
Farah jemput kawan-kawan dia je lah. takkan aku nak menyemak jemput kawan aku kan.
yang datang pon sedara mara je and jiran terdekat.
sebab buat kat rumah makteh.

yelah, rumah makteh kawasan kampung.
so, luas sangat-sangat.
kalau buat kat perumahan, celah bedah mana lah nak pasang khemah kan.

ohya.
aku nak cerita ni.
aku kan ada satu sifat buruk suka pandang serong dekat orang tanpa usul periksa *betol ke ayat ni*
satu malam tu, aku ke kedai aci india dekat perumahan lain di karak tu.
so, perumahan tu memang ramai india la kan.
kedai tu ada jual minyak motor sekali.
so bebudak melayu selalu lah beli minyak kat situ kalau malas nak ke karak.
masa aku nak beli top up, ada budak melayu ni pon nak beli barang.
bila dia dah order, barang tak dapat lagi, dia dah ke motor dia.
so aci tu panggil la dia.
kau tau apa?
botol arak!!!

aku pon cakap kuat-kuat
"ni siapa punya arak ni???? tak malu langsung. huh!!!"
sambil menjeling budak melayu tu.

budak melayu tu pon *juga kawan Farah*
ambil botol tu dan tuang dalam tangki minyak dia.
damnnnnn. rupa-rupanya tu minyak motor.
aku dah tersalah sound.
eh, tapinya, memang salah la kan?
menda tu boleh mendatangkan fitnah.
apakejadah letak minyak motor dalam botol arak?
ok, tak boleh salahkan aci india tu dia bukan tau halal haram orang Islam.

betol lah orang kata.
kalau kita masuk club walaupun kita tak minum, still orang akan anggap kita minum arak
sebab tempat tu sinonim dengan arak.
kalau kita ke lorong haji taib just saja-saja nak lalu,
mesti orang ingat kita "melanggan" disitu.
so apa yang kita boleh buat adalah MENGELAK supaya tak terjadi fitnah.

lebih-lebih lagi orang macam aku yang suka buat
andaian melulu.
cuma sekarang ni je aku dah pandai kontrol and pikir rasional.
kalau tak dulu-dulu, aku lah yang paling hell sekali.
memang selalu bergaduh pasal tuduhan melulu.
padahal dulu si Roy tu lambat ambil aku sebab dia nak berry.
tapi aku cakap dia curang.
huhuhu. jauh sangat andaian aku ni.

ok lah. nanti aku sambung semula.
mood kurang lah.
tadi dah "hujan" dalam toilet
masuk je, Din tanya kau nangis ye.
tak lah din, aku saja masuk air dalam mata aku ni :p

sekian.

4 comments:

Serigala Maroon said...

sebab apa "hujan" dalam toilet?

::FAIZ FARISH:: said...

Sory to say ek, u taip sgt rajin.... its like Cerpen ready... hehe

Reena Kamarudin said...

serigala:
saja je bagi hujan toilet tu :)

Reena Kamarudin said...

Faiz farish:
hahaha. memang niat nak jadi novelis.
tapi malas :)