Dec 5, 2011

Kerana dah memang jenis tak boleh duduk diam di rumah

Hai.
salam isnin korang yang manja jelita kacak semua.
weekend camne?
syok?
best?
loser?
keseorangan?
happening?
well, aku biasa-biasa je la. nak kata happening setahun tak boleh lupa tu, idak lah.
cuma sepatutnya aku balik Karak. but last minute jumaat petang tu, boleh berubah hati pulok.
terus tekan loceng stop kat rumah aku.
tak terus ke sentral.
entah, tiba-tiba je berubah hati. so, motipnya, hati aku cepat berubah tapi bukan bila bercinta. ok, motip bagitau kau tak berubah hati time bercinta, loser????

sabtu tu just like the other saturday la kan. bangun lewat. lewat tak lewat la dalam pukul 9 pagi. selalunya pukul 11 terlajak. aku cakap terlajak ok. bukan saja-saja lajak. kuikuikui *gelak gatal*

so, bila malam menjelma, mulalah kepala ni plan nak keluar je kan.
duduk rumah macamkan duduk dalam penjara. 
so, plan plan dengan Sha, lepak kedai je la. minum minum je.
nak pergi mana lagi kan. janji keluar.
tiba-tiba Mr Hulk kesayangan Sha *ahakssss ahakssss* kata dia nak join sekali.
dia bawa Adeq sekali.
so lepak la kami berempat kat kedai makan tu. 
macam biasa lah. Mr Hulk buat lawak boddo dia. 
boleh pulak dia cerita dia jumpa pocong. ah, siot betol. rasa nak lempang je dia time tu.
jahat betol Mr Hulk Sha ni. 

so, Sha kata jum pergi Uptown Kajang. eh bukan banjir ke? eh, banjir dah habis kan?
nampak benor tak update isu semasa. 
then we decided ke Uptown Mines je la. sebab Sha nak beli jersi Harimau Malaya katanya.
so zassssss la kami ke Uptown Mines. tapi seriuslah, aku takot gila ok time mamat tu bawak kereta.
macam nak tercabot nyawa. tapi Choi lagi hebat la kalau bawa kereta.
kenapalah lelaki suka bawa kereta macam pelesit eh?


aku kan, memang suka anak ikan tau. aku suka tengok ikan warna warni macam ni. tapi nak beli RM15 kauuuu. dulu aku beli kat central market RM 8 je kot sekali dengan akuarium mini comel dia kaler pink. warna purple ikan aku nama Helena.

aku teman Sha pergi toilet. sekali ada budak kecik ni. aku ingat kenapalah kan. rupanya dia tunggu kakak dia masuk toilet. dia pegang je seluar kakak dia. kahkahkah. lawak betol adik ni. dah la comel. cium sikit.

comel kan?? aku tak boleh betol nampak benda comel ni.

aiskrim potong namanya. aku mintak coklat. tapi bila makan rasa macam kacang merah tu. then terus ngomel-ngomel dekat sha. tengah-tengah makan, aiskrim jatuh. padan muka. 

comel.

comel lagi.

memang dah lama aku nak makan menda ni. dah lama kot aku tak makan. 

makan makan borak borak then balik.
balik je rumah, basuh kaki muka segala, then terus tak sedar dunia.
ahad pulak pagi duduk diam je la kat rumah kan.
nak ke Jom Heboh bajet macam lari sikit sebab pindah rumah kan.
Sha dan Zuria pon sama.
so duduk je lah rumah.
kebetulan kawan Zuria datang tidor rumah sha and zuria tu.
so happening la kan rumah. 
dalam pukul 3 macam tu, Ju (kawan Zuria) ajak tengok wayang.
aku ok je.
cuma kau tau la kan. aku mana nak berjalan kalau duit kurang sebab gerenti aku akan shopping jugak.
kahkahkah. mana boleh tak beli apa-apa kan.

Zuria and Sha pon cakap takde bajet kan. so duduk dendiam kat rumah.
bukan takde duit cuma kitorang taknak membazir. banyak lagi nak guna kan.
tapi Ju kata nak belanja kitorang bertiga. terus segar bijik mata perempuan bertiga ni kan.
boleh tanya Ju banyak kali, betol ke ni kau nak belanja, betol ke? muahahahaha. perangai keji.
orang dah nak belanja lagi banyak bunyik. karang dia kata tak jadi, melepas la kan.
so, zuppp zappp zuppp zappp baju ni ok tak, tudung ni ok tak? dah. siap.
sampai GSC alamanda, pergi kaunter, punya lama bincang nak tengok cerita apa. motip nak tengok Ombak Rindu. tapi full kot. then minah kaunter tu mintak kami berbincang kat tepi dulu sebab nak bagi orang lain pulak beli tiket.

bincang punya bincang sambil buat bulatan *ok tipu.
maka kami decide untuk karok je la. ok fine, jom lah kita karok.

tunggu driver ambik. aku tak faham kenapa kita kena keluar time panas macam ni. oh sebab Ju belanja kan? kahkahkah

L-R (Zuria, Reena Adiputra (kuikuikui), Sha)

sebenarnya kami tak tau pon time tu ada Aaron Aziz datang GSC ni untuk jumpa fans dia. tapi ada aku kesah? eh, tapi tak kesah kesah tu ambik juga pic dengan dia.............punya poster.

entah, tebiat kot

disini lah. ya disini, kami akan asah bakat tanpa rupa ni. 

cer tengok Sha. serius doh. sha sila ke belakang. bukan kau yang bayar. Ju,tumpang lalu ya *sambil tunduk*

hidup aku tak bermakna kalau tak ambil pic penuh skrin.

Zu, jangan nak Kilaferi sangat ok.

Reena Adiputra dengan Zuria____ *letak sendiri

nyanyi sampai lebam la weh

kau mampu posing macam aku. kahkahkah. macam harrr

ok, selepas pic ni akan ada lagi pic dekat pokok ni and aku tak tau apa motip ambik pic dekat pokok ni bebanyak. aku tak tau dan jangan tanya aku. 

jangan nak menjeling sangat lah Sha

masa ni macam, cepat sha ambik pic i sebelum guard tu datang. klik klik. done. 

kan aku dah cakap. pokok lagi

lagi

lagi
dan lagi *sigh*. hmmmm tak faham aku. 

so, makan la kita sebab lapar kan


and yes. semalam memang ramai gila ah manusia dia Alamanda. 



antara lagu yang kami dendangkan, kebanyakan lagu nada tinggi bajet ziana zain sangat kan.
gila tarik sampai perit tekak aku.
lagu Azie-kau tetap dalam anganku, pelamin anganku musnah *bukan setakat musnah, hancur lebur dah*
Putra-kain cinta putih ke cinta kain putih tajuknya. *ni lagu zaman jahiliah ni*
Amelina. mas idayu *lagu wajib sha kalau karok. minah ni minat dangdut*
Cokelat-karma *ni lagu wajib aku. memang macam meroyan la kalau nyanyi*
EYE-satu nama tetap di hati *lagu pertama kali karok. Farah Raihana, nanti kita nyanyi lagu ni ok*
Taylor Swift-back to december *penuh perasaan aku nyanyi weh*
Aishah-janji manismu
Aris-lamunan terhenti
Nike Ardila- ku takkan bersuara *gila hebat lah siapa dapat nyanyi lagu ni tanpa sakit tekak*
dan banyak lagi la. kitorang bukan nyanyi sampai habis pon. habis korus next next next je la kerjanya.
atenye 2 jam kan. mana cukup beb. paling kurang 4 jam kalau berempat. 

bila dah keluar dari situ, eh hujan lebat ok.
lebat kemain.
so tu yang lepak Burger King tu.
ok itu saja lah aktiviti berfaedah saya di hari minggu.
akhir kata, hidup bujang memang best la.
dan inilah muka minah bujang tersebut untuk tatapan anda seisi keluarga.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
kahkahkah. ok diam.
sekian


p/s: thanx Ju belanja kami. nanti next time kau belanja lagi. eh tak. nanti next time kitorang pulak datang KL belanja kau ok. 

5 comments:

Cik Rai @SeriGala said...

kat Mines ada uptown! macam best jek sana .. dah bosan dengan uptown danau kota ...

uit, pokok misteri barangkali tu ..

Reena Kamarudin said...

tak best sangat kot uptown mines. tapi cer la try kan.

tu la. pokok gatai namanya

faizal mohd said...

peh! karok tak ingat. lagu sume mantop-mantop. HUUHU

Reena Kamarudin said...

jom karok dengan aku sampai sakit tekak, nak? huhuhu

Cik Rai @SeriGala said...

jum la karok wey!