Dec 2, 2011

Kerana CINTA aku terseksa. Kerna CINTA membara.

Hai.
so hujan hujan ni apa korang buat?
sejok gila oh opiz.
tak tau la kan kenapa sejok sangat.
tapi aircond plus hujan memang terbaik la. tak payah susah susah pergi kutub utara. meh datang SPP.

so, saja je la nak merepek nak merempan hari ni.
kali ni nak cakap pasal cinta.
asyik tulis pasal pindah rumah je. muntah dah korang kot.
tapi pasal cinta pon muntah jugak kot.
sebab aku ni bukan suka nak tulis pasal cinta ni. ehyeke? huhuhu

takdelah nak bagi nasihat ke tips ke cara-cara pikat pasangan ke. tak tak.
korang jangan risau. hahaha. aku tak layak semua tu.
cuma aku nak tanya, masa zaman-zaman jahiliah korang (read: zaman remaja ke, zaman sekolah ke or sekarang la), pernah tak korang buat macam ni?

1. pernah tak kalau kau gaduh dengan gf/bf kau, dan dia merajuk atau kau merajuk, kau saja-saja tersalah hantar mesej seolah-olah kau hantar dekat orang lain? macam Limah gaduh dengan pakwe dia Leman. lepas tu Limah kengkonon hantar mesej 
" hai Dolah, jom keluar. lama tak jumpa. rindu la". 
kengkonon nak hantar kat Dolah tapi terhantar kat Leman. tak sampai seminit, Limah hantar lagi dekat Leman "ops sori salah hantar". padahal Leman tak kata apa pon. hahaha. pernah tak? kalau pernah, bawa-bawa lah insaf. taktik kotor namanya tu. hahaha. konon nak bagi jeles letewww

2. pernah tak bila gaduh, kau tutup henfon. tapi tak sampai seminit buka semula. then tutup semula. konon nak tunjuk kau betol-betol marah dan sentap la kan. padahal, pihak sana cool je. dah tu bila pihak sana buat tak tau, boleh pulak hantar mesej kat dia, "kenapa diam".
la, bukan kau tengah marah ke? kalau tengah marah, baik kau diam dan dia diam untuk cool kan keadaan. sila jadi matang ok. hahahahah.

3. pernah tak dia janji nak ambik kau keluar pukul 2 petang tapi pukul 2.30 dia baru on the way ke rumah kau. dan kau pon marah-marah la kan sebab lambat. ayat klimaks kau
 "dah la, tak payah keluar. malas dah. hilang mood di bawa angin lalu". 
dia pon jawab "ala, janganla macam ni. saya tertidor tadi". 
tapi kau kan ego. kau balas lagi " ah, malas malas malas. awak keluar je sensorang". 
then dia pon jawab dengan nada sedih " ok lah macam tu saya patah balik la".
dan kau pon menggelabah "ok la ok la. cepat la sikit".
la, kau dah kenapa ni? buang tebiat ke? 

4. pernah tak bila gaduh dalam kereta, kau takkan pandang depan atau dia. yang kau pandang hanya tingkap sebelah kiri kau je. ni untuk perempuan je la kan. takkan lelaki nak buat gini. buruk benor. kahhhhh. then tugas kau adalah alih-alih siaran radio or next-next kan cd lagu then bila jumpa lagu yang sesuai, kau kuatkan volume. nak pulak kalau lagu yang kena dengan situasi kau dan dia time tu rasa macam nak cakap kuat-kuat "ambik kau sejibik". 


ada lagi la kot eh benda-benda diluar jangkaan kan bila time bercinta.
ni aku perhati bebudak bercinta la ni (taknak ngaku). hahaa
bagi yand dah melepasi usia remaja tu, jangan la bercinta gaya gini. buruk perangai. 
sila jadi matang ok.
untuk bebudak baru nak kenal cinta barulah alolololo comel je merajuk gaya gini.
cer kalau aku yang buat perangai gini.
agak-agak boleh je kau lempang aku.

sekian

2 comments:

faizal mohd said...

HAHA. Aku tak pernah!!! :D

Cik Lia Lomi said...

ku tak pernah.ngehhhhh..