Dec 5, 2011

Kerana zaman bujang single mingle ni best oh!!!!

Hai.
ada tak yang setuju bila aku kata, zaman bujang paling best?
aku tak dapat la kan nak buat comparison since that aku masih bujang lagi.
bagi yang bujang then dah kawen, mungkin dapat la kan buat perbandingan. 
but still aku yang masih bujang ni kata hidup bujang memang best.
siapa yang tak setuju sila duduk tepi. kahhhh.
memang lah ramai member yang dah kawen kata "rugi tak kawen awal" tapi ada aku kesah?
ok, tak baik kejam.

baru-baru ni ada member sama umur dengan aku kata dia jeles dengan aku yang bujang ni.
umur dia dah 26 tapi dah ada 4 orang anak. gila hebat kan?
tapi aku yang bujang ni pulak cemburu dengan dia yang dah ada anak-anak yang comel.
tapi dia cemburu dengan aku.
acane? 

nah. aku bagi poin kelebihan hidup bujang.

1. time cuti boleh bangun sesuka hati. ni la yang paling best. hahaha. yelah, memang la ada yang dah kawen boleh bangun lewat jugak, tapi sampai bila kan? laki kau nak makan apa pagi-pagi? dia buat sendiri? makan luar? eh, kau tak takot ke term makan luar tu? ahaks. ok, gurau je. 

2. time kerja boleh bangun pukul 6.30 pagi then malas-malas ambik towel, pasang radio dulu, gosok baju lambat-lambat, mekap belek belek muka. kalau ada anak? bersilat kot aku rasa.

3. boleh keluar ke mana saja. nanti bila dah bersuami (katanyaaaa) aku mesti rindu saat aku bebas nak kemana saja aku suka tanpa mintak kebenaran suami. cuma mintak kebenaran abah. selalunya abah kata ok (kecuali nak ke air terjun, daki gunung tu memang payah la sikit). bila sabtu, tiba-tiba rasa nak balik Karak, zapppppppppp dah siap-siap nak ke Karak. heaven.

4. tak payah dukung anak. cuma dukung lemak. nak pergi mall, boleh lenggang kangkung jalan catwalk tak nampak lubang.

5. buat keputusan on the spot. tak payah mintak kebenaran sesiapa nak beli baju kot la baju tu terseksi sikit dah kena marah dengan suami. nak pergi mana-mana pon ok je. eh, macam poin nombor 3 je. gasaklah. boleh buat apa saja tanpa buat repot "abang, ayang di sini, abang, ayang di sana bla bla bla"

6. boleh tengok wayang. ni Kak Nora yang cakap tadi ni. dia kata, sejak dah ada anak, dia dah payah nak tengok wayang. lalalalala. jeles la tu kan aku selalu tengok wayang. 

7. ada masa untuk diri sendiri. boleh fokus pada diri sendiri. terlalu fokus tu yang berlemak-lemak tu. kahhh. maknanya, kita lebih fokus pada hati dan perasaan kita sendiri la kan. tak payah nak fikir perasaan suami atau anak. 

8. boleh lebihkan family sendiri. dapat gaji boleh belanja duit kat family sendiri tanpa rasa takot suami terasa ke apa ke. atau ungkit ke. 

9. boleh beli apa saja yang kita nak tanpa fikir suami dan anak. kot kot lah duit cukup cukup untuk beli seketul beger. tapi tekak teringin sangat nak makan. so boleh je beli tanpa fikir anak kat rumah. seorang ibu, bila dia nak makan, mesti dia akan fikir anak dia makan apa lah kan. so, yang bujang, TAK PAYAH fikir. 

10. boleh makan apa saja/ tak payah masak. macam bujang, kita boleh masak megi bila time malas masak. memang la bila dah ada suami, takkan kita nak malas lagi kan. so faham tak apa poin aku? hidup bujang boleh malas-malas. kahhhhh.

11. macam aku, aku adalah seorang yang degil. huhuhu. so orang degil ni selalu kena bebel, betol tak? so cukup lah ibu and abah je bebel kat aku buat masa ni. aku ulang, buat masa ni. nanti nak jugak suami bebel-bebel manja kat aku. 

12. tak kongsi duit gaji dengan suami/anak. gaji kita cuma untuk kita saja. bayar bil semuanya kita. ala, duduk bujang berapa la sangat bil nya kan. sebab kata Kak Shima, ada segelintir suami yang memang akan ambik kesempatan pada isteri yang bekerja. semua nak letak atas bahu isteri kan. segelintir je la. 

sebenarnya nak kata hidup bujang pon tak la best mana. ecewah. ayat desperate ni.
bagi yang dah bersuami, ada tempat mengadu pinjam bahu abang-kan-ada-untukmu
dan rasa selamat tu lain macam sikit kan.
sebab kita tau, dia ada untuk kita.
so, aku tak boleh nak kaat hidup bujang memanjang best kan.
dua-dua zaman, kalau kita lalui dengan orang yang betol, pasti manis. betol tak?
so, soalannya disini, bila aku nak tamatkan zaman bujang aku?
okbye.

sekian.



6 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

erm No Komen la... saye pun Bujang lagi

faizal mohd said...

mode jiwa kacau ni. HAHAAHA

Reena Kamarudin said...

faiz: enjoy ur bujang's time :)

Reena Kamarudin said...

pejai: kau jiwa kacau ke? hahaha

Serigala Maroon said...

the good things takes time .. mungkin ini masa nya untuk kau rasa betapa best nya membujang, hihihi

Reena Kamarudin said...

eh. kau pon bujang jugak kan. hahaha