Dec 2, 2011

Kerana comelnya perangai dia dan kami budak bujang

Hai.
aku kan tidor kat rumah Sha lagi kan.
belum tidor di rumah baru lagi.
tak kesah la. rumah aku and Sha satu blok je.
sha tingkat 11.
rumah baru aku tingkat 4.
so nanti turun naik lif je la kan main awcakkk awcakkk dengan dia.
rumah sha ada kawan sha, aku panggil Zu.
so, kawan sha jadi kawan aku la jugak kan.
bila dah satu rumah dengan sha baru aku tau, budak ni sangat perempuan ok.
gigih dia masak untuk dinner.
untuk sarapan.
kalau aku? ok, tak payah cakap, kau tau la sendiri kan. tsssskkkkk
untuk pertama kali selepas aku tak duduk serumah dengan Endang (tak silap dah setahun)
aku rasa sangat hepi sebab ada kawan-kawan untuk berborak, gelak and gosip.
rumah lama?? what to expect kan kalau dah mula-mula masuk pon pertama kali tu budak rumah lama tu kata 
"kat sini buat hal masing-masing"
so takkan aku nak ketok pintu bilik dorang ajak borak kan.
so duduk la aku dendiam buat hal masing-masing.
masak pon sendiri-sendiri. ok, masak megi je.
malam tadi sha ada kata kat aku yang pagi esok (hari ni) dia akan masak mihun untuk dibawak bekal.
so dia kata, aku kena bawak jugak bekal.
sangat mak-mak ok ^___*
so, pagi tadi aku bangun je, aku tengok dia tengah masak mihun.
terus rasa dia macam ibu.
yela, kengkadang (aku kata kengkadang ok bukan selalu) kat karak, bila bangun lambat,
terus pergi dapur tengok ibu tengah masak ^____^
tapi bukan selalu ok. selalu aku yang akan masak. ahaks.
so, pagi tadi after aku dah siap nak pergi kerja,
aku tengok ada dua bekas mihun.
satu untuk aku and satu untuk Zu.
sha dah keluar awal sebab dia masuk awal opiz.
ohmygod
sangat macam ibu-ibu kan?
siap letakkan dalam bekas makanan and letak atas meja.
terus ambik letak dalam paper bag dan terus kata "saya pergi sekolah dulu, mak"
hahaha.









so, inilah dia.
inilah dia mihun itu.
bila sampai opiz boleh berlagak macam aku yang masak.
kahkahkah.
tapi mereka tau bukan aku yang masak. nampak wajah curiga mereka kalau aku kata aku yang masak.
sangat jahat.
so, aku katalah, sha yang masak.
ya, memang sha pon. tskkk tskkkk


itu baru aku menumpang je kat rumah dia.
kalau aku duduk terus, tak tau la macamana kan.
harus aku beli bahan masak je hari-hari and masak sama-sama dengan sha.
hikhikhikrasasangatloser.




kiri adalah sha. kanan adalah zu.

so hari ni jimat duit tak payah beli makan pagi. 
thanx darling, nanti buat lagi ok.
kak nora kata sedap.

itu saja laporan dari saya-yang-malas-nak-masak-sarapan-tapi-suka-kalau-ada-orang-yang-masakkan.
hehehehe

sekian

1 comment:

faizal mohd said...

Kalaulah housemate aku macam tu. HAHA :D