Dec 1, 2011

Kerana perihal pindah dah tamat :-)

Hai.
selamat pagi khamis.

siapa yang dah lega dah pindah?? AKU.
siapa yang dah boleh senyum lebar-lebar macam talam?? AKU.
siapa yang sakit tangan kaki pinggang sebab angkat barang?? AKU.
siapa yang boleh tidor lena handphone terdail nombor orang pon tak sedar sampai zero kredit?? AKU.
siapa yang pagi tadi bersiap nak pergi kerja sambil nyanyi-nyanyi?? AKU.
ya, aku la tu yang dah boleh tarik nafas lega sebab hal pindah dah setel.

tapi aku tak masuk lagi rumah baru.
sebab budak yang aku akan duduk bilik dia tu tak keluar lagi *eyes-rolling*
katanya sabtu baru keluar.
so aku tidor rumah Sha.
tapi ok la kan.
dekat je dengan rumah baru aku tu nanti.

ni muka pagi semalam masa ku angkat barang ringan-ringan. muka penat dan malas. kahhhhhh


barang semasa di rumah lama. nampak tong gas tu? penuh lagi tau. ehem ehem. almaklumlah aku  kan "rajin" masak. so aku bagi kat Sha tong gas tu. 

ni rupa bilik aku yang dah kosong. sedih pulak nak tinggalkan bilik ni. bubye bilik :(


Sha dengan Mr. Hulk. kalau takde dorang ni, tak tau la aku. peluk sha kuat-kuat. Mr. Hulk dok jauh-jauh











ok, apa yang aku nak tunjukkan adalah rice cooker tu.
so, itu bukti aku MASAK ok.
kihkihkih.
nampak macam sikit kan barang aku?
tapi sebenarnya, PUTUS nyawa bila nak mengangkat.
nasib ada Mr. Hulk dengan Sha and Adeq.



belanja Mr. Hulk dengan Adeq makan selepas tolong angkat barang. tapi dorang taknak makan katanya kenyang (jimat duit aku). tapi aku pulak yang makan. ni siapa yang angkat barang sebenarnya ni? hehehe

kau tau tak antara kenangan paling best kat bilik lama adalah bila aku berjiwang rindu kat dia? 
giler hebat tau penangan cinta ni.
siapa kata dia biasa-biasa je time bercinta jangan tipu, aku lempang kang.
mesti ada something yang buat kita senyum sorang-sorang kan?
aku ada.
nak tengok buktinya???

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



ukiran di dinding. kahkahkah. ya, nama dia yang selama ni banyak  diceritakan dalam blog ini adalah ROY. roy, roy, hati kau keras. kahkahkah. aku ukir ni masa aku bercakap dalam telefon dengan dia. teka dengan apa? dengan pisau potong sayur. kenapa pisau ada dalam bilik aku? itu senjata aku. kita tak tau kan apa yang akan berlaku time tidor. so, ada pisau, zassss. 


malunya aku tunjuk korang rahsia aku.
tapi aku tak kisah.
sebab ni kenangan aku kan. selagi aku boleh share, aku share la.
so, sesiapa yang duduk bilik ni, adalah tanda tu nanti.
hakhakhaktuiiinyampahdengandirisendiri.

so, aku nak ucapkan terima kasih pada Sha (mmuaaaahhhh), Mr Hulk @ Rizal, dan Adek sebab tolong aku pindah.
besar jasa dorang pada aku. sob sob sob.
dan pada Farah Raihana juga yang tolong arrangekan rumah baru untuk aku. sayang kau.

sekian.

4 comments:

Serigala Maroon said...

yeah! aku pernah tido bilik itu .. kenangan jugak tu ..

yeah! aku nmpak ROY REENA tu, tp aku buat diam jek, aku paham2 sendiri ...

muaaahx, sayang kau jugak ...


Yang Benar,

-Farah Raihana-

faizal mohd said...

ada bilik kosong lagi tak? hehehe :)

Reena Kamarudin said...

farah: alamak. kau nampak? hehehe. malunya saya :p

Reena Kamarudin said...

faizal: ada, ada. kecik je biliknya. bilik air. huhuhuhu