Dec 13, 2011

Kerana aku tak bisa luluhkan hatimu. dan aku tak bisa menyentuh jiwamu

Hai.
agak-agak tajuk atas tu boleh dapat pelempang tak dari korang?


balik kerja semalam, terus zupppp zappp ke rumah baru.
angkat barang sikit dari rumah Sha. sha takde tak balik dari kampung lagi.
takdelah banyak dah barangnya. cuma comforter dengan bantal je.
duduk je dalam bilik baru, alahai, terasa sunyi dan sayu.
but kinda like it la sebab bersendirian kan.



cantik tak? cantik tak aku ambil pic ni guna henfon je? *ok tipu. aku dah edit dah guna tenet. tapi serius cantik. dari tingkap bilik aku.


ok, yang ni yang ori tak edit lagi. serius cantik kan? Subhanallah. cantik sungguh ciptaan Allah. kagum aku. lama juga la aku duk termenung dekat tingkap. aku send pic ni kat FB.


masa aku tengah online FB ditepi tingkap ditiup bayu petang setelah sent pic ni ke FB tiba-tiba kawan aku, Faizal Mohd @ pejai komen.







aku terus tutup tingkap ok ^___^
aku bukan penakot ecececeh padahalnya nak keluar bilik fikir 18 kali kot.


ni pic lagi di tingkap bilik. aku pikir pokok tu je. tetiba cik pon bergayut kat situ. gila ah. hahahaha


tiba-tiba ERL transit lalu. hahaha. oh aku akan dengar ERL lalu di belakang bilik aku untuk hari-hari seterusnya :)


kat belakang flat aku ni ada bina macam litar ni. litar apa entah. tak sabar nak tunggu dia siap. kot-kot la dia buat litar go kart mau meroyan aku nak tidor :p

malam tu sha suruh datang rumah.
katanya mr.hulk dia belanja sate.
aku dah kenyang kot.
tapi boleh la nak 2,3 cucuk.
then sha ajak lepak mamak. zu join sekali.
kat mamak lagi menggila.
asyik gelak je. gelak tengok gelagat orang.
entah apa apa. tak tau kot orang lain pon gelak tengok kita.
tapi betol la kata sha, kami asyik gelak je, padahal masalah bertimbun dalam kepala.
bukan masalah cinta ok. masalah orang dewasa dah ni.



lepak mamak sama-sama tapi tangan ke henfon je. lepas tu borak sikit gelak banyak. hey, korang tau tak gelak banyak tak bagus? hati jadi bebal kau tau (pesanan untuk diri sendiri)


then ada lah brader ni duduk depan kami.
kemain lagi tangan usap usap dahi. macam ada problem besar.
mungkin betol la kan dia ada masalah besar.
yang kelakanya, jelas gila dia tunjuk muka bermasalah dia.
kerut kerut dahi. usap-usap dahi. usap rambut. duduk berteleku macam ni



ha, lebih kurang macam ni la dia malam tadi. so mesti kita pikir, oh dia ada masalah besar.


aku kan tak boleh tengok lelaki makan sorang-sorang.
akan rasa kesian teramat sangat.
dari dulu lagi macam tu.
kenapa entah dengan diri aku ni. huhuhuhuhu


mungkin lah dia dah perasan kotorang asyik tengok dia je,
dia terus pandang arah lain
(jangan tiru perbuatan ni. adalah biadap memandang orang tak tentu pasal. tapi kalau nak usha pakwe, dibenarkan.kahhhh)






kesian kan T____T
kenapa bang?
gaduh dengan bini ke?
duit takde ke?
masalah politik ke?
tak dapat ambil borang BR1M ke?
kesian tengok abang ni.
bukan apa nampak sangat muka bermasalah dia.
sekali tengok dia makan roti nan dengan ayam tandori bertimbun dalam pinggan.
ok, memang bermasalah la tu.
kenapa entah malam tadi abang tu jadi tumpuan kami.
mungkin sebab dia terlalu tunjuk dia ada masalah kan.
kesian. itu je mampu cakap. nak ajak lepak sama nanti, datang bini bawa parang pulak.

malam tu tidor lena tak hingat dunia punya.
sebab penat gila babas.






puas cari lampu ni dalam kotak yang tak berkemas lagi tu.
aku nekad, kalau takde lampu ni, aku akan pasang lampu bilik sampai subuh.
lantak.
kalau bilik lama aku pasang tv sampai ke subuh T___T
tapi tv kat rumah Sha tak angkat lagi.
cari cari selongkar selongkar, jumpa jugak lampunya.
terus pasang.
baca apa-apa yang patut, terus tak sedar.

sekarang pukul 1.45 petang ni aku rasa high gila.
lalok sebab makan ubat alergik.
balik ni sah sah aku tidor sampai malam.
kau tau ubat alergik tu lagi kuat dari ubat batuk
tak tahan la gatal gatal dah mata aku ni semua.
terpaksa makan jugak ubat tu.
so merana la aku nak tunggu pukul 5 ni nanti.
best betol kalau dapat baring sekarang ni.

sekian.

2 comments:

faizal mohd said...

Eh. Eh. patutla ada 120 orang add fb aku. HAHA

wah! ada litar go kart. Leh r cuba nanti.

senang la ko balik naik erl, tekan loceng, benti depan rumah. HAHA

Reena Kamarudin said...

faizal:
hehehe. bukan sebab aku follower kau bertambah :) sebab blog kau best.

tak tau la tu litar go kart ke tak

hahaha. kalau ada loceng, kan senang. belakang rumah je kot. tapi nanti kau dengar la berita perempuan mati kat ERL. ops. hahaha