Nov 29, 2011

Kerana Sireh Junjung Siti Hawa Mohd Zainudin

Tarikh: 26 November 2011.
Tempat: Taman Seri Bayu, Karak Pahang
Masa: 12.00-2.00 Petang

Siti Hawa adalah kawan baik aku sejak sekolah rendah. walaupon dia bukan dalam geng aku dari sekolah rendah, tapi kami baik. masa sekolah rendah Hawa adalah pengawas yang skema. makanya aku rasa dia adalah sangat berlagak. hakhakhak. ala, bebudak kan. what to expect.

well, akhirnya sampai juga jodoh dia dengan kekasih hati dari Melaka. sama cantik dan sama padan. boleh pulak adik aku cakap "suami kak Hawa macam Shahrul Azwari (harimau muda) lah". nehiiiiiiiii. tiada siapa boleh rampas shahrul dari aku. ok, poyo. kahkahkah.

aku datang majlis ni dengan ibu, abah dan Farah. farah yang baru balik kerja dipaksa olehku untuk datang. dengan pakai baju kerja lagi. hakhakhak. so, disana, aku ketemu sama dengan Tiqah and Farah Raihana. ohya dan juga Pak Jabit. Pakjabit adalah teman aku satu waktu dulu. perlu ke cerita. tak payah la kan. dia pon dah bertunang. 

ohya, ada cerita disebalik sebelum kenduri Hawa ni. malam tu masa ibu ambik aku dekat bentong, ibu bagitau, baju kurung aku hanya sepasang je siap. kau bayangkan, dari bulan 6 aku hantar, tak siap-siap sampai sekarang. apa lagi, dah la penat, dapat pulak khabar berita tu, panas hati la aku kan.

selama ni aku tanya, jawapannya makcik tu dah siap. bila tiba ibu nak ambil, dia kata tak siap. apakejadahnya? kau dah buat kain lap ke baju aku tu makcik? dahlah aku tak bawa selai baju kurung pon balik. nasib la yang biru tu siap. tapi aku tak suka baju biru tu. buat aku lagi nampak gemuk. tskk tskk.

tapi terpaksa jugak pakai sebab dah takde baju lain. takpelah, atleast, aku datang juga ke kenduri Hawa dan meraikan hari berbahagia dia. selamat pengantin baru Hawa, semoga bahagia ke akhir hayat :-)




haruslah kena ada gambar pembuka bicara. masa ni ibu dan abah dah balik. tinggal aku dan adik aku, farah dalam rumah Hawa menunggu diva dua orang tak sampai-sampai.


Hawa yang sangat gojes pada hari itu. betol la kan, bila orang yang tak selalu mekap ni, sekali dia mekap, muka akan nampak lain dan cantik. 


Hawa lagi. dah kawen dah, Hawa.


pelamin yang sangat suci. 


cer tengok bunga telur tu. unik kan.





saling berpaut tanda hubungan sudah halal. awww, sooo sweet.




















Farah, suami hawa,hawa,aku,tqah. (farah dan tqah adalah diva itewww)


smile bebeh


cik, tumpang tanya, jalan nak ke pangkal jalan kat mana ya?


bila tengok orang sanding atas pelamin kan, aku macam, eh tak malu ke dia ye semua pandang-pandang dia?
time aku nanti tak tau la macamana. 
kahkahkah.
mesti aku malu-malu kat atas pelamin.
eh, malas la pikir.
seram.
ok, hawa. semoga dapat menjalani hidup sebagai seorang isteri dengan jayanya.
kontrol sikit brutal kau tu ok.
boleh pulak time pakai ayu macam tu hawa ni gelak besar dengan kitorang.
laki dia tengok je dia.
ok, mungkin laki dia dah terbiasa. kahkahkah.
hawa, hawa.
dah kawen dah kau ye.
dah besar panjang dah kau.
lepas ni buat anak ramai-ramai ok :-p

sekian.

2 comments:

Cik Rai @SeriGala said...

hawa x tunjuk pun arah ke pangkal jalan .. damn

Reena Kamarudin said...

hawa dah tak peduli dah kat ko bila dah dapat laki.