Nov 29, 2011

Kerana aku risau tahap dewa dah ni

Hai.
salam isnin semua.
hari ni, mood adalah ke laut.
so, muka macam cakcibung la sikit.
hmmmmm.
korang pernah tak tercakap something yang melintas dalam kepala korang tapi sebenarnya korang nak cakap menda lain. aku dah melalui situasi ni dua kali.

situasi pertama 

aku baru balik kerja. then aku nak beli keropok lekor kat bawah rumah aku tu. then, sebelum sampai gerai keropok tu, aku ternampak ada brader ni tengah hisap rokok kemain syok lagi. then bila dah sampai kat brader yang jual keropok tu aku boleh mintak..

aku : abang, rokok singgit.
abang jual keropok : apa dik?
aku: rokok singgit
abang jual keropok : hahahahaha
aku : (tengah loading kepala otak baru tau aku salah)
aku : eh, salah. keropok singgit (sambil tersipu-sipu. demmmmm)
abang jual keropok : terkejut abang tadi awk mintak rokok.
aku : (muka blur)


situasi kedua


ni berlaku semalam time aku nak beli tiket ERL transit di bandar tasik selatan. badan aku dah berlengas ya amat. muka pon dah berminyak. cari-cari tisu takde. so aku fikir, aku nak ke toilet lepas beli tiket ni nak ambik tisu toilet. sebab toilet dia kita kena lepasi pagar tiket tu dulu. bila dah sampai giliran aku..

aku : tisu tandas satu
brader kaunter : (pause. then gelak)
aku : eh, silap. putrajaya satu.
brader kaunter : ohhhh (sambil senyum)



ok, mood adalah kelaut sebab........


1. perut aku macam berangin je. aku dapat dengar angin tu pusing-pusing dalam perut ni. Ya Allah, sangat tak selesa ok. mungkin aku tak makan apa-apa sejak semalam. 

2. malam tadi aku tak dapat tidor sebab aku risau. aku dah sebulan deal dengan budak tu untuk masuk sewa rumah dia. tuptup semalam dia kata, dia tak jadi keluar dalam masa terdekat ni. dia akan keluar tapi mungkin dalam masa 2 minggu lagi. so esok owner sekarang nak aku kosongkan rumah tu. arghhhhhhhhhh. tensen guwe. ok kalau sesiapa nampak aku bergelandangan merata tu, jangan tanya kenapa. jangan tegur ok.


so nampak tak kaitan antara dua keadaan tu? siapa yang bila risau or takot perot akan sakit? aku selalu macam tu. bila aku stress, tensen, risau, mesti efek perot aku. 

aku harap adalah keajaiban untuk aku hari ni atau esok. sebab aku dah penat dah ni. eh, tapi ajaib la, aku dah tak menangis bila ada perkara kelam kabut macam ni. yelah, kau bayangkan. rumah takde lagi. tapi tuan rumah nak rumah kosong esok. aku ni nampak je relax. dalam hati Allah je tau. aku malas la nak kelamkabut. sebab nanti aku mengadu kat ibu. nanti ibu risau. so, aku harus relax.

tarik nafas dan relax.

rumah kau ada bilik kosong tak?

sekian

5 comments:

Suara Kalbu said...

Salam Reena,

Memang terserlah kecelaruan minda awak ni, hari ni hari Selasa ye dik. Bukan Isnin hihihi

Tergolek golek akak gelak part tisu tandas tu.

alaaa.... tak baik la org tu janji mcm tu. Nanti awak nak duk mana ? Takde sedara mara ke kat KL ni

Reena Kamarudin said...

hahahaha. ya Allah. memang kita lupa la hari ni hari selasa. wakakakaka. ok2. nampak benor kita risau ni kak ;-)

Reena Kamarudin said...

kat putrajaya ni, saya sorang je kak :-(

Serigala Maroon said...

alolo ... kompem tak serumah dengan kawan aku?

Reena Kamarudin said...

kompem. huhuhuhu