Nov 22, 2011

Kerana patahnya sayap garuda, mengaumnya harimau dan Bonai yang sinetron

Hai.
ehem ehem tumpang lalu sambil tunduk pada Ultras Malaya sebab nak pinjam lagu ni.
"selamanya selamanya selamanya Harimau Malaya"
"selamanya selamanya selamanya Malaysia"
lagu ni Joe Flizzow dengan altimet nyanyi semula.

so where to start?
segala organ, sendi, urat aku adalah tengah gembira dan bangga dengan kejayaan harimau muda mematahkan sayap garuda muda.
well, sekarang dah boleh berlagak.
warga you-know-who boleh duduk dendiam di sana.
seperti selalunya, aku layan bola di mamak.
ekceli malas. ingat nak tengok kat rumah je.
tapi adalah loser bila tengok bola sensorang kan.
so marilah kita menyibukkan diri di mamak.
sampai-sampai je dah penuh dengan brader-brader. penuh giler. nasib baik sha dah pergi awal.
aku biasalah. dah dekat nak stat baru sampai.
ini adalah corat coret aku sepanjang bola malam tadi.

1. meja kami sebelah meja brader-brader yang memang tak reti diam mulutnya. setiap kali aku nak snap pic, mesti muka dorang ada sekali.

2. aku rasa Bonai tu boleh berlakon cerita sinetron. ok, aku sebagai penonton yang tak tau tentang bola merasakan dia banyak berlakon la. kejap kejap jatuh. kejap kejap pegang kaki. dah tu setiap kali indonesia dapat free kick ke, corner kick ke, mesti dia nak pegang jaring gol kita. apakejadahnya? kau jampi apa sebenarnya? ok, kau berdoa cara kau. ok boleh terima.

3. ok, lupakan cerita sensasi apek. dia memang goalie yang hebat. macam ada magnet kan tangan dia. tiba tiba je bola dah melekat kat tangan. tiba tiba je dia dah tepis bola. ajaib.

4. 120 minit aku tahan jantung aku dari nak meletup. my gosh. tengok bola boleh buat jadi meroyan. tiba-tiba hilang keayuan i tau. tiba tiba je aku dah melompat-lompat. tengok gak simen mamak tu kot-kot retak. kahkahkah. sakit tangan aku tepuk-tepuk. sakit tekak aku jerit-jerit. hilang sifat-sifat wanita itewww.

5. 120 minit telan neskape tak terasa apa di tekak. macam telan pasir. perghhh. giler ah penangan bola ni.

6. ok, wan zaharul nizam dengan shahrul azwari (betol ke namanya) tak main kan sebab cedera. takde penyeri i. kahhh. dasarrrr pompuan.

7. setiap kali tv fokus pada penyokong indonesia, we booed them macam kan dorang dengar boo kami. booooo boooo indonesia.

8. bila last penalti by baddrol, mula-mula macam tak masuk then bola terlepas then bergolek. sejibik macam dalam filem hero macam nak kalah tiba-tiba ada magik boleh menang pulak. macam slow motion. gegak gempita mamak.

9. hasilnya, brader-brader tu telah selamat dengan jayanya mematahkan dua biji kerusi dengan memecahkan meja. not good ok. tapi yelah, bila dah seksaited, kita tak sedar apa kita buat. jangan terpeluk sudah. kahkahkah.

10. balik rumah, satu badan dengan baju dengan seluar bau asap rokok. 

aku rasa setahun kita tak boleh lupa game ni kan. sebabnya banyak sangat saat-saat cemas kan. setiap saat tak bosan walau aku tahan dari nak ke toilet. takpe. aku rela. 

yela, aku bukanlah minat sangat bola. nak layan tengok boleh. tapi kalau nak gigih ingat nama player tu idak lah teman kan.
tapi sejak sea game ni dah boleh la ingat 3,4 player.
kalau tak, jangan harap la.
pic banyak malam tadi aku and sha snap.
cuma tak upload lagi.


sekian

2 comments:

Azlan Strider said...

hahaha..bonai tu bingai..shin pad pun tak pakai mana tak sakit setiap kali jatuh..hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

hahah. oh eh? dia tak pakai eh? patutlah kejap kejap sakit. sangat choi