Nov 21, 2011

Kerana kenduri kawen cousin aku dan soalan-soalan yang klise

Hai. (tadi dah hai, ni hai lagi) tak boleh ke bagi salam,reena?

ahad lepas adalah wedding cousin yang rapat dengan aku. umur dia tua la dari aku tapi kitorang boleh jadi kamceng. ekceli dia cousin tiri. ayah dia adik tiri abah. perlu ke kau nak terangkan salasilah keluarga kauuuu,pompuan??


1. well yes. seperti yang dah diduga soklan-soklan yang bisa buat jantung berdegup kencang dan disertai dengan cacian dalam hati aku adalah soklan "kau bila lagi" "turn awak bila ni". ye. itulah dia yang kita cari. eh, aku ok. memang saja aku tunggu soklan tu. aku tak marah, maria (eh, kebetulan nama mak pengantin a.k.a mak sedara aku tu, maria. tapi aku tulis maria ni bukan tuju pada makteh maria aku tu. tapi macam kelassss kau maria). ok, dah merepek.

tengah cedok nasi dalam pinggan mak sedara aku boleh soal "awak bila lagi ni". oh, terus letak lauk banyak-banyak dalam pinggan. wakakaka. dan terus makan tanpa toleh kiri dan kanan. ok, kena toleh sebab tau ada bekas jejaka disitu. ok, itu baru orang pertama. takpe, aku tunggu untuk orang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. ok, aku berjaya mengumpul orang yang bertanyakan soklan keparat keramat itewww.
tepuk-tepuk.

fine, fine. dikalangan sedara, aku la paling glamer. matik la perasan sendiri. *tumpang lalu mokde, pokde, pakcik, makcik*
dan mereka sangat concern pada aku *tumpang lalu sepupu sepapat*
dan aku sangat mengasihi mereka *tumpang lalu adik-adik sedara*

so, tentulah mereka yang bertanya tu mahu aku bahagia kan. ok, bila mereka tanya, selalunya aku akan jawab    doa-doakanla, dimulut. tapi dihati aku akan jawab kau-sibuk-nak-tanya-tolonglah-carikan-jodoh-untuk-aku. ok, tak baik berkurang asam ya. abah tak pernah ajar.

2. bekas-bekas kekaseh ada disitu. kau faham tak erti cinta monyet? masa zaman jahiliah, kau jumpa orang tu dan minat dan kapel. tapi kau tak faham pon erti cinta sebenar. macam just nak main-main. tapi aku tak tau la mereka -mereka yang kapel zaman sekolah bawak ke nikah. tu memang hebat la kan. semalam masa kenduri adik aku cakap "kakak, tu pakwe 3,4 hari awak". aku macam owh ok. wakakaka. 3,4 hari katanyaaaa. tiba-tiba terasa hell diri ini bila kapel cuma 3,4 hari masa zaman jahiliah. bukan sorang ok tapi 2,3 orang.

apakebangangnyalah aku rasa bila ingat semula zaman-zaman tu kan. then, bila terjumpa semalam, terus senyum sipu-sipu-tak ikhlas kat dorang. boleh pulak dorang datang sama-sama. oh matik la, mesti dorang ngumpat aku tuh. 

macamkan lawa sangat nak kapel-putus-kapel-putus kan. tak bangga ok. perangai ni jangan dibanggakan. tak baik mengecewakan orang nanti akan kena pada diri sendiri. 

3. and yes, antara topik lain adalah topik saiz aku. muahahaha. nasib tengah gigih diet. adalah a few yang dah lama tak jumpa tanya kenapa makin sehat. aku jawab, senang hati kot (sambil buat senyuman palsu). ohdemmm. kena lagi giat diet ni. 

so itulah antara poin yang selalu aku terkena bila pergi rumah kenduri kawen. nasib aku ni jenis selamba. part paling best jumpa kengkawan la kan. part paling tak best nak tunggu pengantin sampai. mau meroyan tunggu. yelah, pengantin mesti nak sempurna kan.

sabtu dan ahad ni kawen kawan-kawan baik aku. baju takde lagi. so, matik la lagi sekali. haruslah kena vogue kan. kawan tu kawen sekali seumur hidup (InsyaAllah). 

ohya, malam ni harus tengok bola. 
harap harimau muda boleh bagi kenangan manis untuk Malaysia.
malaysia boleh!
*sambil nyanyi lagu gemuruh suara*

sekian

4 comments:

Cik Rai @SeriGala said...

oh matik!

Yaya said...

huhuu kena tepis dan tepis soklan begitu..kak yaya dlu pun camtu..salu org tnya, gi pun kak yaya kawen lewat..29 thn baru kawen hehehe

Reena Kamarudin said...

farah: matik la gua

Reena Kamarudin said...

kak yaya: dah tepis tepis guna perisai dah. hehehehe