Nov 23, 2011

Kerana cinta kau dan aku dah berlalu tapi eh,tetiba je kita terserempak.

Hai.
see the tajuk? korang dah putus ni dengan si dia tapi tetiba je terserempak di rumah kawen cik bedah, di kedai runcit ammutha, di cyber cafe, di mana-mana saja lah. acane?? 
bayangkan, kau dan si dia sudah memadu kasih (puiii, ayat menyampah aku), selama bertahun-tahun, tapi yelah, jodoh tak memihak pada korang kan. so terpaksa berpisah. or dia dah tawar hati dengan kau, maka kau terpaksa berundur. macamana reaksi kau? ekceli, aku dapat idea tulis entri ni selepas jadi pemerhati kepada kawan-kawan aku yang dah pernah melalui situasi macam ni. wink wink.

1. say hi saja dan berlalu pergi. pergi dekat dia and say hi dan terus chow. tapi kena tengok keadaan la. kalau dia sorang sorang boleh la nak say hi. kalau dia dengan awek baru, baik tak payah la kot. kang tak pasal-pasal bergusti pulak dia dengan awek dia dalam kereta.

2. senyum. aku rasa ni yang paling mudah la kot. senyum je. tak perlu kata apa-apa. ceewah. tapi make sure senyuman kau tu tak fake ok. senyuman fake tu hanya aku je yang boleh buat. sebab adik aku selalu cakap aku senyum tak ikhlas dan pelesuuu. 

3. tegur. haa, ada berani? tegur dia tanya "eh, awak buat apa kat sini, tunggu awek baru ke"
"oh, awak bina mahligai bahagia dari airmata saya eh". "eh, kenapa saya rasa awak loser ni?". "hey hai. tak sangka jumpa awak kat sini. cd k-pop saya bila awak nak pulangkan". dan teruskan dengan senyuman fake kau.

4. tak payah buat apa-apa. nampak je dia kat depan terus berpaling atau ambik jalan lain sebab dah tak sanggup nak tengok muka dia. sebab bila tengok hati tiba-tiba jadi sakit. so, baik tak payah tengok.

5. mulakan dengan lakonan kau yang kengkononnya kau dah sangat bahagia sejak kau dan dia berpisah. kalau ada kawan lelaki dengan kau lagi bagus. kalau tak pon, pura-pura bercakap dalam telefon sambil lalu sebelah dia dan cakap dengan "orang" dalam telefon tu kuat kuat "hai, hello sayang, u kat mana ni? i dah sampai ni. cepat tau sayang, i rindu u la. mmuuaaah". but make sure telefon kau tu dalam mood silent ok. kang tak pasal-pasal tengah berlakon, telefon berbunyi. kan dah malu terkantoi menipu.

6. tersipu-sipu sahaja. aku rasa ni aku kot. sipu sipu je macam kau lah wanita melayu terakhir gitewww. nak buat apa serba tak kena. nak nak lagi kalau dia pon pandang kan. so haruslah gabra. tapi jangan terlalu tersipu sipu ok. satgi, dia pikir kau nak goda dia semula.

7. ada aku kesah? aku rasa yang ni paling bagus. ada aku kesah jumpa pakwe lama? dah putus, putus la. tak payah nak beria sangat la. bukan ada apa sangat pon. heh! eh tetapi, betol ke kau tak kesah?? cer pikir kau dan dia pernah ada kenangan manis ok. so boleh ke kau pura pura tak kesah jumpa dia padahal dalam hati bergelodak jiwa raga. eh, lantak la. ha, begitu kan.

8. buat muka sayu. tiba-tiba in the middle of nowhere, kau terjumpa dia. dia terpandang kau dan kau terpandang dia. kau dengan otomatik, terbuat muka sayu macam dalam drama tu. macam nak nangis tapi tak nangis. oh so dramatic queen kan. jangan nangis ok. tahan air mata. kau mesti taknak dia pikir kau tak boleh hidup tanpa dia kan?. so bertahan. 

9. buat sign peace. ni aksi spontan kawan aku. entah dari mana tiba-tiba dia boleh buat sign peace kat ex dia. nasib buat sign peace. kalau dia buat sign middle finger, acane?

10. muka takde perasaan. neutral. mesti best sebab nanti mesti dia tertanya-tanya sama ada kau dah betul-betul lupakan dia ke tak. paling best bila dia buat conclusion, yang kau memang dah move on tanpa dia. tahniah sebab dah buat dia rasa macam tu.

itu saja 10 points yang aku dapat.
ya, manusia ni kan tak lari dari cinta cinta ni semua.
sama ada kenangan cinta kau manis atau pahit.
ianya tetap cinta kan.
dia pernah buat kau rasa bahagia kan. tiap kali kau rasa sakit hati, 
kau kena ingat dia pernah buat kau bahagia.
kalau dia dah ada pengganti kau.
doa kan dia.
doakan dia bahagia ke akhir hayat dengan yang baru.
doakan supaya yang baru tu takkan terima nasib macam kau.

lagi rare kalau satu hari kau dan dia terjumpa bila masing-masing dah berkeluarga.
so sweet kan.

sekian.

2 comments:

Azlan Hasan said...

no 9 tu menarik buat peace jer..hehehe..sit back relax and enjoy..benda dah lepas..walaupun dalam hati panas membara depan orang kita kena cool..hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

hehehe. tau takpe.let bygone be bygone. huhuhu