Nov 14, 2011

Kerana mereka keluargaku. so terima lah seadanya. LOL

Hai.
salam isnin. hip hip horayyyy. kena ceria-ceriakan diri sebab hari baru bermula.
hari ni just nak berkongsi pic je. pic family aku yang hmmm boleh lah dikatakan gila-gila la kan. dan sporting.
shhhhh. sekadar nak kongsi.

kita mulakan dengan abah. ye, abah aku memang garang sikit. tapi kalau kita tak buat salah, buat apa kita nak takotkan. tapi dia juga sporting sebenarnya.


ni anak-anak la ni suruh dia pakai spek hitam ni. dia pon layan kan je.


gambar macam dalam penjara ni bila dia baru balik dari mana entah. so kami memang akan kunci gril ni sebab yela, kita tak tau kan orang jahat ni macam mana. so, anak-anak dia tak bukak pintu. so, kami kata kat abah "abah, pura-pura macam abah terkurung, kami nak ambil pic ni". abah ikot kan je.





yang ni biasalah, pantang ada spek mata.

dalam sesebuah family mesti ada tukang buat lawak kan. takde dia mesti kita sunyi kan. so same goes to my family. dalam family aku, tukang badutnya adalah adik lelaki aku, faeez@adeq. 



ekceli ada banyak sangat pic gila-gila dia. tapi adik aku ni dah besar kan. dah 16 tahun. nanti dia malu pulak. dia baca blog aku ni. ada pic dia menyamar jadi mak bedah siap pakai tudung dengan henbeg. sebijik. itulah hiburan kami kalau kami bosan duduk rumah. ada je idea boddo dia nak bagi kami gelakkan dia. ada sekali dia rakam video jadi ustazah. nak upload macam tak sampai hati pulak kan. hahaha. nanti jatuh saham kan.

selain dia, arwah abang aku dan syera pon suka buat menda boddo jugak.


arwah abang and syera

elok-elok helmet tu, di cabotnya sponge kat dalam. so jadi la helmet cacat. hey, arwah pernah tau naik moto guna helmet tu. kengkawan dia pon pernah pakai. memang boddo. hahahaha


betol, family adalah penghibur dikala duka kan. tak sama dengan orang luar. walau terkadang tersentap, tersalah faham but still ikatan tu takkan kemana kan.



aku dan kaum kerabat.
so, family korang macamana?
sehat?
cewah, tetiba jadi baik.


sekian.

No comments: