Nov 3, 2011

Kerana kamu adikku dan aku kakak

Hai.
selamat pagi dunia. macamana dengan khamis? hebat? hope so la kan. dah sarapan? belum? pergi sarapan cepat. nanti masuk angin saya taknak tolong. huhuhu. macamkan korang hadap sangat kan dengan pertolongan saya. eh, sopan tak saya ganti aku kepada "saya". ingat nak guna saya la.

semalam kan macam kelam kabut sikit hidup saya. ke memang hari-hari saya kelam kabut. eh tak. kadang-kadang kan. sekali datang macam taufan katrina, memang tak dapat la nak bertahan. dan sebab kes tu, saya dengan adik saya yang macam perempuan sabahan tu (perempuan sabah kan putih-putih so adik saya kan putih so ada sekali kami pergi kem remaja, ada budak tanya dia "kamu dari sabah ya") macam panas sikit la kan. tentang sabahan tu, ni bukan pujian untuk adik saya. siapa nak puji dia? you wish!! (ayat kami adik beradik bila macam tak puas hati) 

saya dan adik saya si Farah tu panas semalam. tersentap hati kakak dia yang memang sedia lembut ni. kahhhhh. biasalah anak kedua kan sensitip terlebih. dan anak ketiga pulak kan macam hati keras sikit. macam takde perasaan kan. ok, sori anak ketiga. ni untuk adik saya je la. so dia macam cakap sesuatu yang buat saya sentap kan. so, fine, bergenang airmata saya di ofis. see, kakak kalah dengan adik. bukan kalah cuma mengalah.

memang itu lumrah adik-beradik kan. bergaduh baik bergaduh baik. hubungan tu takkan putus walau bergaduh bagai nak runtuh rumah. macam farah pulak selalu gaduh dengan adik selepas dia Syera. bergaduh pasal baju la. yang sorang pakai baju sorang lagi. then bergaduh mulut bermasam muka. then saya jadi mangsa mendengar aduan rakyat mereka. takpelah, sebab saya kakak. so saya dengar kan je la aduan kedua-duanya. saya takkan menyebelahi mana-mana.

macam kalau farah tak bagi syera pinjam baju dia. then nanti bila farah nak pinjam baju syera, syera pulak takkan bagi. tak baik la kan ada perasaan macam tu. tapi kejap je. bila masing-masing dah jatuh ego, tau pulak hulur baju bagi pinjam. baju saya taknak pulak pinjam kan. kahkahkahkah.

begitulah adik beradik. memang akan ada selisih faham semua tu. tapi pertalian darah takkan pernah terputus. ibu selalu cakap, bersyukur la ada adik beradik yang ramai (4 orang ramai la kan). sebab bila susah, boleh mintak tolong. bila ditakdirkan satu hari nanti ibu atau abah kurang sihat (bukan mintak), ada adik beradik yang akan bergilir-gilir menjaga. InsyAllah, saya tau adik-adik saya termasuk saya takkan lupa diri.

begitulah adik beradik. tempat saya bermanja. malah, saya pulak yang manja lebih dari mereka. mereka pulak kadang-kadang ikot je kerenah kakak mereka ni. begitulah adik beradik. bila ada masalah antara kami, kami akan bincang sama-sama. walau dalam bincang-bincang tu akan ada yang tersentap. itu normal kan. hahahaha.

begitulah adik beradik. sebab tu kalau ada antara adik-adik saya bermasam muka antara satu sama lain, saya sangat takut. takut masam muka itu berlanjutan sampi bila-bila.

dan semalam punya kes, saya rasa dah di tiup angin lalu kan. sebab bila malam, saya dan farah mesej macam biasa. well, kami kan profesional (laaa sangat). well, i love you la!

sekian

No comments: