Nov 10, 2011

Kerana ceria, Anugerah Skrin dan Ruffedge

Hai.
ceria tak khamis korang? khamis aku ceria dengan senda tawa gurau murau rakan seopiz. terhibur aku oh dengan perangai diorang. sayang kamu ketat-ketat. cewah. tetiba.

pagi aku dimulakan dengan perjalanan datang ke opiz dimana aku terserempak dengan pak polisi tengah menurunkan banner haram di jambatan. eh, terlepas jugak eh banner haram di Putrajaya ni. tak sempat nak tengok apa banner tu tulis. kalau nampak, mesti aku bagitau korang kan. 

siapa tengok Anugerah Skrin? aku tengok (dengan muka berlagak). sebab apa aku tengok? sebab ada Adi Putra dengan Remy Ishak la. bila Adi Putra naik pentas jadi penyampai trofi, aku dah menggeletis dah ni. hey, apasal kau kacak sangat ni??? kenapa??? hahahhahahaha. cair aku tau. amboi, beria betol kau ni reena. 

then, Remy Ishak menang pelakon film terbaik. aku macam whattttt? ok aku suka dia sangat-sangat tapi kalau bab lakonan aku lagi suka kalau Adiputra menang tak pon Aaron Aziz (eeuuuwwww). hahahahah.
takpelah, rezeki dia kan. tahniah Abang Adi. terus panggil abang kau.

takde la yang menarik perhatian aku kecuali jejaka dua orang tu je. akan tetahhpppiiiii, perangai menggeletis aku semakin menjadi-jadi bila Zain Ruffedge buat persembahan. ok, sekarang aku dah tak suka dia. tapi dedolu aku sangat sukakan dia dan kumpulan Ruffedge. bila dia buat persembahan masa anugerah tu, teringat zaman dia dengan Ruffedge. dan teringat kepoyoan aku minat ruffedge (RE) dulu-dulu. aku dulu minat extreme ok dengan RE.

masa belajar dulu RE ni glamer dengan lagu-lagu dia yang aku minat. beli kaset, kumpul poster. oh, macam loser rasanya. 

ada sekali RE buat show kecik je kat Sungai Buluh. aku dan Tqah (minah ni minat RE jugak) pergi tengok. masa tu la 1st time tengok RE. perasaan jumpa RE masa tu tak tergambar kot. hepy sangat la konon. kalau ingat semula, rasa macam nak sumpah seranah diri sendiri hell sangat perangai zaman remaja. huhuhuhu.

then 2nd time jumpa RE masa dorang buat rumah terbuka hari raya di Wangsa Maju. MMU kalau tak silap. pon pergi. gigih ni pergi dengan Tqah then naik teksi hantar sampai depan kolej tu betul then nampak Amer dengan Cat tengah merokok kat luar terus rasa nak pengsan. dan bila kat dalam, dapat duduk semeja dengan Zain, ambil otograf pon rasa nak pengsan. but too bad, kitorang pergi tak bawa kamera, kalau tak aku dah masukkan dalam blog aku ni. masa tu asyik berbisik kat Tqah "OMG hensemnya zain. hensemnya dia"sebab zain pakai baju melayu kaler pink. tapi zain asyik berkepit dengan awek dia yang dulu. tapi tak kawen dengan awek dia tu kan. aku pon tak tau kenapa aku dulu aku gedik sangat. 

beli kaset then dengar lagu "Bila Rindu" berulang kali sebab lagu tu sangat best. tapi sekarang, sebelah telinga pon aku tak lalu dah nak dengar. sebab dah dewasa kot (ceh,taknak tulis dah tua kan). then masa tu kan ada forum-forum dalam internet. so selalu lah aku layan forum tu semua, chatting dengan bebudak yang minat RE jugak. masa tu kan ada Frenster je. so, layan Frenster kawan dengan bebudak yang sekali minat RE. oh Tuhan, sebenarnya sweet memory bila diingat kan. zaman remaja yang takkan boleh diulang lagi.



mode,azan,amer,zain,cat


zain yang paling aku suka. tapi sejak dia dah berlakon dan muka dia dah bersepah dekat tv, aku jadi tak minat pulak. dah tak ekslusif macam dulu kan. cat pon? alahai,sedih aku tengok dia berlakon bawa watak entah apa-apa kengkadang.

tapi azan, mode dan amer dah ada grup ala-ala nasyid kan. al-mawlid. see, dorang dah berubah kan. takde lagi tipah tertipu tertipu tipu tertipah dengan marilah bergoyanggggg.





walaupepon, zaman remaja aku yang sweet tu telah berakhir.
marilah kita kontrol jiwa, jangan nak memberontak lagi dan muhasabah diri. sob sob sob.


sekian

No comments: