Nov 10, 2011

Kerana zaman remaja aku dah berlalu. bagi laluan dekat remaja lain pulak

dulu (zaman remaja umur dalam 18-21 tahun). sekarang (dah agak dewasa 26 tahun). perghhh 4 tahun lagi genap 30 tahun. sob sob sob

1. dulu, makan lolipop. kejap kejap pergi beli lolipop. ada sekali member belanja 1 plastik lolipop harga 10sen satu tu. pergi mana-mana makan lolipop. sekarang? cuba buat. kalau nak kena sumpah seranah dengan orang lain dah tua bangka besar gabak nak makan lolipop lagi. tampaq satgi nak, reena?

2. dulu, rambot macam-macam pesen. ye, dulu saya pakai tudung masa belajar je ye. ye, saya tau saya tak adil dengan rambot saya. dulu, suka tiru gaya rambot acha septriasa ada fringe kat depan pastu tiru heroin drama korea my girl ikat rambot tepi. giler hell macamkan lawa sangat muka tu kan. sekarang? sekarang saya dah bertudung :-)

3. dulu pantang jumpa lelaki hensem mula lah omaigod omaigod omaigod je kerjanya. dasarrrr kan. sekarang, dah terkawal dah perangai huduh tu.

4. dulu, merajuk kat menda-menda yang remeh sebab nak dapat coklat camior bitter free kan. sekarang cuba buat? merajuk la sensorang kau kat tepi tu, reena.

5. dulu, masuk berejam-jam dalam kedai aksesori nak tengok skaf, gelang etc. sebab suka benor beli skaf macam-macam pesen. sekarang? nak masuk pikir 5,6 kali walau kengkadang termasuk lah jugak sebab tak boleh tahan nafsu nak beli skaf rambot lelawa kan.

6. dulu, lepak dengan member nak tayang muka. ya Allah, memang sangat hell hokay aku takkan maafkan diriku ini. sekarang balik karak, just lepak dalam rumah sampai kengkadang orang dah lupa kewujudan aku di karak tu. ecehhhh.

7. dulu, pasang VCD ruffedge sambil melalak dengan adik-adik lagu-lagu Ruffedge then cop kau nyanyi bahagian ni aku nyanyi bahagian ni. sekarang, takpelah kau nyanyi la lepas kau kau kan. aku tak kesah dah.

8. dulu, kenal dengan orang ni lepas tu tak suka tinggal macam tu je. sekarang, adakah ini balasan untukku. oh, aku insaf T____T

9. dulu, tengok EPL semata-mata nak tengok footballer hensem. dulu Luke Chadwick (MU) pun aku rasa hensem. sekarang, aku rasa dia lah footballer paling tak hensem kan.

10. ok. ada lagi tapi malas nak fikir. ok "malas" dulu dengan sekarang tak berubah. tetap malas.

sekian

No comments: