Nov 25, 2011

Kerana bila kita cuba berubah sebab pandangan orang lain.

Hai.
wuhuuuuuuuuuuu.
lagi berapa jam nak balik.
can't wait.
cuba korang klik link ni
ok sila tengok pic ni


pic di ambil di sini



so, apa korang rasa?
lawa ke?
kesian dia kan. takde lemak.
itu kekurangan dia yang Allah bagi. kita sibuk-sibuk sedut lemak, diet yoyo, makan pil kurus, bakar lemak sambil ke pasar malam, tapi dia? oh Tuhan.

insafnya aku.
itu bahagian dia. betul tak.
kau taknak ke ambik lemak aku sikit. ok tak kelaka.

sebenarnya nak cerita pasal sesetengah dari orang ni yang suka ambik peduli bila ada orang lain cakap pasal dia. maybe aku atau kau. tapi macam biasalah, aku ambik contoh diri aku lah. mungkin sama dengan korang.

adik aku cakap, aku ada sifat insecurity.
bila orang kata macam ni, aku akan dok la pikir sampai ke sudah.
ok let say Timah kata "weh, kau tak lawa la pakai tudung macam ni. nampak muka kau macam belon yang ditiup besar-besar tu" ok, penjelasan melampau ^___^
so, lepas tu, kau tengok lah, muka aku macam cakcibung.
asyik lah senyap dan hilang mood dan muka aku lagi masam dari asamboi kedai Lebam (ok, budak kampung aku ada nama Lebam ok. sebab apa entah orang panggil dia Lebam)

aku mudah rasa tak selesa dengan diri sendiri bila orang dah stat kata macam tu.
and yes, aku tak suka feeling tu.
ingat best ke rasa rendah diri tu.
tapi adakalanya rasa rendah diri tu la yang buat orang suka dengan kita kan.
sebab orang mudah selesa dengan orang camni.

so macamana kita nak overcome perasaan merendah diri yang melampau tu?
rendah diri ada dua maksud ok.
bila orang puji-puji kau melambung-lambung tapi kau still macam biasa, tak mendabik dada, tak menyombong, yes, itu rendah diri yang baik. teruskan lah.
tapi bila kau asyik lah duduk memerap kat rumah sebab malu jerawat seketul tumbuh dekat pipi, rambut terbakar separuh, badan naik sekilo, itu rendah diri yang memudaratkan. sampai bila nak rasa tak selamat dengan diri sendiri?

1. jangan terlalu memikir. ni la first thing yang berhasil untuk aku yang susah nak hilangkan moody after dikutuk. cuba buat macam takde apa yang berlaku. bila kita dok memikir, tu yang rendah diri menjadi-jadi. cuba alihkan perhatian kita pada sesuatu yang kelaka atau ingat kejadian kelaka yang pernah berlaku. it works ok.

2. cuba cari kelebihan diri. takkanlah kau loser sangat kan sampai satu keistimewaan pon takde dalam diri tu. kau ingat Oprah tu lawa ke? tapi sebab apa dia jadi inspirasi kebanyakkan wanita? sebab dia yakin dengan diri dia. dia pandai bercakap. so dia buat duit dengan kelebihan tu. dia pon ada pengalaman paling teruk dalam hidup dia kan. 

3. Fikir kekurangan orang lain. mesti ada punya lah. kau ingat yang sempurna tu selama-lamanya akan sempurna ke? mesti dia juga ada rasa rendah diri kat tempat lain. 

4. cuba bawak muhasabah diri. ni aku la ni. dulu aku kan, kalau orang macam tegur something yang buat aku sentap, aku akan menangis. tapi sekarang ni, orang kata la apa pon, aku relax je WALAU adakalanya sentap juga tapi tak seteruk zaman remaja dulu. sebab dah makin tua ni, aku dah malas nak pikir menda remeh temeh ni. tak matilah dengan kejian orang. bukan dorang bagi gaji kat aku pon.

5. terimalah diri kau seadanya. tu je la caranya nak bagi kita hepi dengan diri sendiri. kita tak dapat nak ubah pandangan orang. tapi kita boleh ubah pandangan kita pada diri kita sendiri. simple kan. ala, bukan susah. kau pergi depan cermin, belek muka, badan kau, dan kata dengan senyuman "don't hate me because i'm beautiful". cuba puji diri sendiri in a way of main-main. macam contoh "aku kan comel". "aku kan cantik" "eh tak sangka Kim Kardashian jugak aku ni ya". cer try. gerenti kau akan rasa hepi. lantak pi la kat dorang yang kata kau perahsan ke apa. 

ala, tak payah nak kecoh-kecoh kan. manusia ni dilahirkan sama je. yang membezakan cuma iman dan peribadi. kalau peribadi dah cantik, mesti terserlah di muka. kau tengok mendiang Amy Winehouse tu. tu kalau dia tak mabuk tak berdadah tak jadi sepupu setan tu, cantik tu (melampau). 

so, itulah dia poin yang aku nak bagitau. 
bersyukur dengan apa yang kita miliki.
wanita lagi best kan.
kita ada sesuatu yang lelaki takde.
so, jagalah ia sebaik mungkin.

sekian

1 comment:

ORLANDO AHMAD said...

siannya... gua penah jumpe orang gini dulu, serius tak sanggup nak pandang pasal kesian sangat2