Nov 18, 2011

Kerana aku tertipu tertipu tertipu lagi.

Hai.
tumpang lalu para jelitas dan kacaks (sambil jalan tunduk)
selamat pagi jumaat. bukan ucap selamat pagi kepada orang yang bernama jumaat ya.
macamana perasaan selepas bola menang malam tadi. relax jangan hepy sangat. belum menang pingat lagi. ingat, kekonfidenan kita boleh buat kita kecewa ok.

apa-apa pon, tak sia-sia aku berjaga kejap tidor, bila jaga semula tengok player kita dah nak jaringkan gol dan terus mata aku segar semula. then, bila dah hepi sepam dua, tutop mata semula. ohmy, nafsu tu nak tidor tapi ghairah nak tengok bola tu membuak-buak. maka jadi lah acara menonton tipu-tipu. ehem ehem, Wan Zaharul Nizam ada main ke tak eh malam tadi? tetiba.

tiba-tiba terasa tak boleh tidor dah. terus turun bawah ke kedai cari air mineral.
depan 7e ada budak perempuan tegor aku. mari kita buat dialog ya. Budak perempuan (BP) dan aku.

BP: kak, mintak maaf ya. saya nak pinjam duit RM 10 je. (amboi 10 "je" ye. kau ingat 10sen ke)

aku: nak buat apa?

BP: saya lapar kak. pastu saya nak buat tambang balik kajang. tolongla kak (muka sedih tak boleh bla)

aku: adik ni dari mana sebenarnya? buat apa sini? sensorang ke? (amacam kool tak aku tanya soklan)

BP: saya datang sini nak jumpa kawan. tapi dia dah tipu saya. dia tak datang pon. pinjam la kak. saya takot (suara macam nak nangis)

aku: kawan? siapa? pakwe ke? adik tau tak sekarang ni macam-macam kes berlaku, rogol lah, bunuh la. ni mak ayah tau tak ni?

BP: tau. tapi saya tak bawa henfon.

aku: dah tau nak berjalan, bawa lah henfon. berani betol adik ni jalan sampai ke sini sensorang.

BP: kak, pinjam la kak. saya lapar.(ya, ya. aku pon lapar. tak menyempat-nyempat)

aku: akak kalau 10 takde la sebab akak pon bawa 10 je ni. nak beli barang lagi. 5 boleh la. tapi bak sini no mak. biar akak call. nanti takdelah dia risau.

BP: saya tak ingat no mak saya.

aku: pulakkkkk. adik jangan nak menipu akak. tuhan tau. 

(masa ni otak aku dah ligat dah pikir ni. yelah, aku teringat Linda pon pernah kena kan dengan budak lelaki.kat putrajaya ni la. tapi dia mintak RM 5. tapi Linda tak bagi sampai sudah. lepas tu memekak kat telinga aku kata menyesal tak bagi sebab mungkin budak tu betol-betol susah. aih, nak tolong kang takot dia menipu. tak tolong kang, kot-kot betol dia perlu sangat duit tu kan. alahai)

aku: ok, akak bagi sebab akak rasa adik betol-betol susah sekarang ni. kalau adik menipu, tu antara adik dengan Allah. balasannya hanya Allah yang mampu bagi.
(sambil keluarkan duit dari kocek)

BP: terima kasih akak. terima kasih. hanya Tuhan je dapat balas jasa akak (sambil tersenyum dan berlalu)

aku: eh jap. ni nak balik kajang macamana?

BP: tunggu bas kat putrajaya sentral kak. ok kak, saya kena cepat nanti bas takde.

then aku pon masuk dalam 7e. bila aku keluar kau tau apa aku nampak? aku nampak budak tu baru je nak naik kereta Exora sambil tersenyum-senyum dekat orang laki yang drive tu. muda lagi budak laki tu. kau tau apa keluar dari mulut aku time tu jugak "OH SHIT" dengan kuatnya. orang kiri kanan pandang aku. aku buat bodoh.

ya, aku rasa aku dah tertipu. aku rasa tu pakwe dia. mungkin mintak duit sebab apa aku tak pastilah. tapi aku tetap nak bersangka baik sebab nak bagi hati aku cool. mungkin tiba-tiba lelaki tu terjumpa dia kat situ masa aku dalam 7e kan. eh tapi still shitnya tetap ada disitu. 

aku pernah kena juga sebelum ni. kat pekeliling. kakak tu pakai tudung labuh datang kat aku

kakakcinabeng: dik, boleh pinjam henfon tak. akak nak call suami akak. dia dalam bas sekarang ni. henfon akak takde bateri la dik (sambil pegang tangan aku. macam sopan sangat la kan)

akuyangteraniaya: boleh boleh

kakakcinabeng: adik cabot je simkad adik. pakai simkad akak. tak payah la pakai kredit adik kan

akuyangteraniaya: boleh kak. jap ye (dengan bodohnya aku bukak henfon aku dan ambil simkad aku dan bagi pada kakak tu)

then sekelip mata kakak tu hilang. ohya, masa tu aku dengan adik aku syera. bila dah dalam 10 min macam tu baru la aku tersedar yang aku dah buat menda bodoh kan. apa lagi menangis la aku kan. tapi nak beria menangis pon tak guna kan. sebab menda dah nak jadi.

then bila kengkawan aku tau, semua cakap aku sedekah henfon kat kakak tu. haktuuii. tak kena kat diri sendiri berlagak korang ya.

aku pelik dengan mereka yang ada otak macam ni. tak rasa bersalah ke ambil hak orang dengan cara menipu. lepas tu tiap kali dia nak guna henfon tu dia tak rasa macam teruk ke guna hak orang. kak, kau guna henfon ku dengan gembira di atas airmata ku. henfon tu bukan henfon cikai ok. kira time tu, dah hebat la dapat pakai henfon sony yang ada kamera dan ada MP3 kan. kak, kau kejam kak. kau kejam.

yang si syera pon satu. senyap je tak halang aku. yela, dia kata dia pon macam tak sedar apa. 

berbalik pada budak perempuan yang mintak duit tu, aku rasa kalau dia goreng 10 orang macam aku dan dapat RM5 tiap 10 orang tu, berapa dia dapat eh? hebat kau dik.hebat.
eh, bersangka baik ok. ok (muka baik). 


aku teringat dulu punya kejadian. masa tu aku, ibu abahh dan farah ke temerloh. masa tu abang aku baru je beberapa hari meninggal dunia. pergi temerloh sebab nak setelkan hal-hal yang sepatutnya la. sedang kitorang jalan kaki dalam keadaan orang yang ramai ni, tiba-tiba datang makcik tua dengan anak perempuan dia kat abah dan cakap "bang, tolong bang. nak 10 ringgit. 10 lagi tak cukup ni. tuhan je yang akan balas jasa abang"
kau bayangkan, dalam reramai umat tu, dia pilih abah untuk mintak duit.
so apa tanda tu?
tandanya Allah nak uji kita kan. 
abah pon bagi je la tanpa tanya apa-apa.
sebab prinsip abah, kalau orang mintak atau nak pinjam duit maknanya dia memang tengah sempit duit. takkanlah orang yang tengah banyak duit nak pinjam duit lagi kan. unless dia penipu.
so, jangan la ditanya nak buat apa.
tapi betol, dalam pada abah dan ibu tengah bersedih sebab baru hilang anak, ada orang yang tak dikenali mintak duit. so bukan Allah nak uji lagi ke tu?
bestnya kalau ada pemikiran macam abah.



sekian.

6 comments:

al-lavendari said...

terima kasih kerana sudi follow .. dulu saya pernah duduk Presint 8, Putrajaya.

Reena Kamarudin said...

mesti dulu government jugak kan :-)

Cik Rai @SeriGala said...

wallawey ... kalau aku, dah lama blah x layan itu budak perempuan

Reena Kamarudin said...

farah; aku tak sampai hati sebab dia perempuan ok. kalau lelaki lantak kau la. hehehe

Suara Kalbu said...

Salam Reena,

Dulu-dulu akak pun macam Reena juga. Tak sampai hati. Mesti nak kasi, last-last kena tipu rupanya. Sekarang ni, akak memang keras hati sikit sebab dah banyak kes macam ni. Nampak macam kejam sebab mana lah tahu kalau-kalau orang tu memang betul dalam kesempitan tapi kita tak tolong sebab takut ditipu. Macam Renna cakaplah, kalau sorang dia dapat collect RM5 pun , darablah dengan berapa orang dia dapat pau. Huhuhu.. silap haribulan pendapatan dia melebihi kita yang kerja tungkus lumus ni.

Last-last hubby akak kata, sedekah je la semampu yang kita ada dengan niat nak membantu mereka. Kalau mereka tipu, biarlah mereka tanggung dosa menipu tu sebab yang penting kita dah menjalankan tugas kita membantu sesama manusia.

Huhuhuhuhu...tetiba akak pun nak fikir mcm Reena.. "bestkan punya pemikiran mcm hubby akak tu"

Reena Kamarudin said...

tau takpe kak. serba salah kita dibuatnya. kita ni risau la kot-kot dia beli menda bukan-bukan kan. macam rokok ke apa ke. tapi risau juga kot- kot dia betol2 susah. serba salah dibuatnya.

betol cakapa hubby akak tu. niat sedekah je. dia menipu itu antara dia dengan Allah kan. yang penting, hati kita tenang lepas tu sebab dapat tolong.
huhuhuhu