Nov 17, 2011

Kerana mulut badan binasa

Hai.
ok dalam dunia ni ada pelbagai jenis manusia kan. ya, aku bercakap tentang manusia hari ni. bosan la tu nak baca kan. ah, tak kira, baca jugak sampai habis.
fizikal; manusia ada gemuk (sentap tulis gemuk), kurus, tinggi, hensem, hodoh etc.
sikap; ok2 ada macang-macang la (tetiba nak tulis bahasa ganu)

pernah tak alami situasi dimana orang terang-terang kutuk/keji/kondem apa yang kita suka dan buat? fine, fine. aku bukan orang yang berfikiran tertutup. but macam ni situasi dia.

1. kau tengah makan nasi goreng.

datang Limah belakang kau dan cakap."eiiiii (efek panjang sikit), macam tak sedap je".
apa kau nak buat? kau rasa nak muntah atas muka dia ke? ok, jangan jadi keji. sila balas macam ni.
"aku tengah makan ni ok. sila respek". done.
satu lagi, pernah tak kau makan then sesiapa je la, akan cakap macam ni "eii, sedap ke tu" sambil buat muka macam jijik benor rasanya makanan tu. eiii, lempang nak?

2. kau dengar lagu rock jiwang.

seribu tahun takkan mungkin bisa....lalalala. then datang Bedah "euwwwwww (dengan muncung), apakejadahnya kau dengar lagu ni wey. tak mantap sial. jiwang apakebenda ni".
kau rasa nak buat apa? aku ada a few members yang suka kondem apa yang member lain suka. bila kita cerita tentang filem melayu ke, lagu melayu ke then dia akan cakap "euwwww aku tak minat filem,drama,lagu melayu. they're suxxxx". habis kau apa? batak? kau tak suka takpe. tapi tolong tutup mulut kau.


takpe takpe. jangan marah-marah. benda boleh bawak bincang boleh kawtim. nak marah buat benda reena. relaks je. 

tak salah kan kalau nak kondem orang tapi jangan la kejam sangat kan. aku ok je. no hal. aku ni hati kering la jugak. walau sebenarnya balik rumah lari-lari masuk bilik hempas badan atas tilam nangis tekup muka dengan bantal la jugak kengkadang. takpe. aku hati waja maa.

eh, situasi pertama tu terjadi kat aku.
situasi kedua pon kat aku.
eh, tak boleh ke buat ayat majmuk terus, reena.
kedua-dua situasi berlaku pada aku. ha kan betol. penat je cikgu rosnah ajar BM dulu.
kau pernah kena?
untunglaaa kalau tak pernah.

sekian.

4 comments:

Unknown said...

dik.. situasi 1st... cm kenal je makhluk tu.... :D

wos said...

pernah je.

contoh:
"tlg ambikkan gambar aku jap"
dia kata "ok"
pastu dia sambung lg berkata-kata
"apa ni? kamera jenama apa kau beli nih? patut la gambar blur.."

iskk..
hempuk dgn kamera baru tau.

tima kasih follow blog akak.
salam kenal (:

Reena Kamarudin said...

unknown: kenal ke? hehehehe

Reena Kamarudin said...

kak wos: saya suka baca blog akak. kelaka. u made my day :-)