Nov 4, 2011

Kerana aku rindu nak ada kucing kesayangan.

Hai.
sudah la. tak mau guna saya dah. macam tak mesra pulak guna saya. so, back to normal. bertukar!!!

ni nak cerita pasal kucing. alolololo kucing sangat comel. gerrrrrammmm dengan kucing dan sayang dengan kucing. aku adalah pencinta kucing. wah.

so aku start ada kucing sendiri masa form 4. nama kucing 1st aku adalah SEVEN. tak mudah nama kucing aku kan. sebab aku minat Beckham time tu, so aku namakan seven sempena dengan no.jersi mamat tu lah. takkan nak letak becks pulak kan. macam panggil kambing pulak. eh, terkutuk beckham pulak.

tapi manusia durjana lagi kejam telah menyembelih seven aku kat leher lalu di campak ke dalam longkang. maka, meraung la aku time tu. so seven dah takde.

then datang UMMA dalam hidup aku. umma warna putih ada tompok hitam sesikit. umma sangat manja dan baik. dia kucing jantan. aku sayang giler dekat umma. satu hari, umma balik dalam keadaan berdarah dan lemah. mulut keluar darah, mata berdarah dan tak lama lepas tu, dia macam nyawa-nyawa ikan. kau tau aku buat apa? aku telefon ibu sambil menangis. ibu kerja time tu. aku cakap dekat ibu, umma macam kena pukul dan mata dia macam kena korek dengan menda tajam. aku menangis bagai nak gila. macam perempuan meroyan la kan. aku rasa aku form5 kot. ni malaun mana yang pukul umma ni memang habis aku maki time tu. sambil aku riba umma sambil aku nangis. then aku ambil kain dan lap semua darah-darah dia. then , abah letak minyak gamat dekat luka-luka umma. dan dalam seminggu macam tu, umma recovered. tapi bukan sehat macam kucing biasa tau.

nak tau apa jadi dekat umma. mata sebelah dia buta, then kaki sebelah dia tempang, dan selepas pada tu, kami dah tak dapat dengar suara umma lagi. sebab dia macam fobia ke takot ke aku tak tau la kan. dia jadi kucing bisu. ataupon kucing kurang upaya. tapi aku tetap sayang umma. sebab dia istimewa dan tak banyak kerenah.

tapi makin hari, kesihatan umma makin teruk after 4 tahun dia duduk dengan kami. and satu hari tu, waktu maghrib, umma hilang. aku puas la mencari satu kawasan perumahan aku cari. memang dia hilang la kan. esoknya, dia muncul semula. bulan puasa tak silap aku. then, tak lama lepas tu, satu pagi nak bangun sahur, umma macam dah nyawa-nyawa ikan. dan kami semua sempat tengok dia putus nafas. then......umma pon dah takde. bergenang airmata aku taip ni sekarang. uhuk uhuk uhuk. umma kucing yang baik. kucing yang manja. dan satu family sayang dia. aku yang bagi nama UMMA tu sebab apa entah. jumpa dia tepi jalan then aku terus panggil dia UMMA. sebab dia takde suara nak mengiau, so, bila dia nak makan, dia akan cuit-cuit kita je sambil mata dia yang ada sebelah tu je, pandang-pandang kita. eiii, comeynye. gerrram aku. aku menangis teruk giler tapi aku puas sebab dapat jaga dia sampai dia mati.

kucing ketiga aku adalah KITTY. kucing betina. dia pon warna putih dan tompok-tompok hitam sikit. ni pon sama, manja sangat-sangat. suka dibelai dan diriba. tapi KITTY mati kena langgar dengan kereta depan rumah. yela, nak salahkan kereta pon tak boleh kan sebab kawasan perumahan. tapi kalau dah bangsa bawa laju macam dekat highway tu apa kes. aku tau KITTY mati adik aku mesej. masa tu aku kerja kat ofis swasta. kau tau tahap aku meroyan macamana? aku menangis sampai bengkak-bengkak mata aku. macam hilang laki kau tau tak. hilang laki tak macam tu kan. asyik teringat kat kitty je pastu. sunyi je takde kitty. muka aku dengan adik-adik aku memang tak boleh blah la kan lepas kitty takde. muka macam kalah judi. hakhakhak. sedih yang teramat sangat.

kucing seterusnya NOTY. kenapa nama noty sebab nakal ya amat. pon warna putih dengan tompok hitam. sebiji macam kitty. so, dapatlah mengubat hati sedih atas kehilangan kitty. sama manja dengan kitty tapi noty tak suka diriba. dia suka bebas. tapi kitorang suka peluk dia satgi dia meronta-ronta nak bebas. noty pon mati sebab kena langgar. ok, cerita yang sama dengan kitty kan. dan aku pon masih tetap sama. macam perempuan meroyan.

kucing selepas noty adalah MIMO. adik aku bagi nama tu. aku dah dekat putrajaya dah masa kami bela mimo. sama juga macam umma,kitty dan noty. mimo pon warna putih dan ada sikit tompok hitam. comel giler. mimo kan jenis duk umah je kan. tapi entah macamana malam tu dia asyik main dekat luar. bila adik aku bawa masuk dan peluk dia, dia macam nak lari. tiba-tiba bila adik aku lepaskan dia, banggggggg. dengar kucing mengiau then, bila adik aku tengok, mimo dah berdarah. kena langgar dengan moto yang kurang ajar bawa laju lepas langgar taknak berhenti. masa tu aku kat putrajaya. hari jumaat. aku dah terbayang-bayang balik Karak malam tu nak cium-cium mimo. kebetulan aku dengan dia nak tengok wayang sebelum balik karak. terus tak jadi dan aku menangis time beratur nak beli tiket dekat Brem Mall Kepong. boleh??? so, tak jadi wayang, terus balik rumah.

and finally MOJU. nama dipilih adik aku sempena memperingati MIMO. pon sama kaler dengan yang sebelum ni. MO singkatan untuk mimo. dan JU singkatan untuk junior. kecik je masa kitorang stat bela. puasa tahun ni la, sampai je rumah lagi 2 hari nak raya kan. aku terus main-main dengan dia. siap ambil video lagi. dia tengah main dengan karpet. pukul 8 pagi masa tu. giler hepy tengok keletah dia. lepas tu dia naik atas badan aku (aku baring) dan tidor. yela, empuk kan. kihkkihhh. lepas tu entah raya keberapa la aku tak ingat, moju tetibe je keras dan mati. aku syak dia termakan racun la. sedih nak mati rasanya.

and after that, terus aku down nak bela kucing sebab tak sanggup nak hadapi saat kehilangan tu. hingga saat ni, aku takde lagi kucing kesayangan. kebanyakan kucing aku semua yang terbiar dan bawa balik rumah mandi wangi-wangi bagi makan makanan kucing dan terus bulu dia jadi lawa dan cantik.

selain kucing aku juga suka bela ikan. 1st ikan yang aku bela nama HELENA. warna purple. masa tu aku kat uia. ikan tu nantilah aku cerita. ikan kedua ada sepasang. satu NARUTI and satu NARUTO. naruti warna pink yang mana aku anggap betina. naruto warna biru yang mana aku anggap jantan. dia lah siap belikan aku akuarium warna pink siapa da lampu dan ada little mermaid dan istana dalam dia. beli dekat kedai ikan sebaris dengan watson kat bentong. hehehehe. sekarang akuarium tu ada lagi tapi dah takde ikan.

so, berbalik kepada kucing tadi. kan dalam fb orang post pic orang seksa kucing kan. korang tau tak, everytime aku baca atau tengok, mesti aku rasa nak nangis. kejam kan manusia ni. eh, dan bodoh sekali.

ohya, ibu pon sama. kalau kucing mati tahap dia menangis lagi teruk dari aku tau. peace ibu. huhuhuhu

sekian.

2 comments:

Azlan Strider said...

dulu pernah bela kucing skali..memang sayang sgt kat dia tapi pas dia mati da jadi fobis nak bela kucing..hehehe..takut the same feeling datang blk..hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

tau takpe. hilang kucing memang menyedihkan. memang terasa bila dia mati. huwaaaaaaaaa.