Oct 27, 2011

Kerana Ti Amo Italy

Hai.
jum pergi itali nak. nak lah. nak lah. jum lah. amboi macam kan itali tu dekat macam singapore je kan. semenjak dua tiga menjak ni, aku memang suka betol itali. sebab ada valentino rossi, del piero dengan cannavaro kot. cewah. tetiba. dasarrrrr gatal.

"Itali ( /ˈɪtəli/; Itali: Italia [iˈtaːlja]), nama rasmi: Republik Itali (Itali: Repubblica italiana), ialah sebuah negara yang terletak di Eropah selatan tengah. Itali bersempadan dengan Perancis, Switzerland, Austria dan Slovenia sepanjang pergunungan Alps di utara; di selatan wilayahnya merangkumi seluruh Semenanjung Itali, Sicily, Sardinia – dua pulau terbesar di Laut Mediterranean – dan banyak lagi pulau kecil. Negara-negara berdaulat San Marino dan Kota Vatikan merupakan enklaf dalam wilayah Itali, manakala Campione d'Italia merupakan eksklaf Itali di Switzerland. Wilayah Itali berkeluasan 301,338 km2 (116,347 batu²) dan dipengaruhi oleh iklim sederhana bermusim. Dengan 60.4 juta orang penduduk, Itali merupakan negara keenam paling ramai penduduk di Eropah, dan ke-23 teramai di dunia". sumber dari sini korang sila klik sendiri takkan itupon aku nak ajar. hehehe

pada aku, semua pasal itali ni indah kecuali perdana menteri dia yang gatal meghela tu la kan. macamkan hensem sangat. heh!



perghh. kau bayangkan, pagi-pagi kita menghadap view ni sambil menghirup kopi-o. eh, latte la. apa barang minum kopi-o kat itali.(Cinque Terre Liguria)


malam-malam pulak kita candlelight dengan menghadap view ni. 


chanteknya kan????


eh, ni kat putrajaya pon ada ni.


errr, serrrrammmm niiiiih





Lake Garda, Malcesine. ni paling aku suka. tasik. i just love tasik. that's why aku pernah gigih ajak dia ke tasik bera. tapi hampes je. 


pepetang macam ni, sambil makan goreng pisang dok menghadap view ni. meleleh ohhh


sesejuk mata aku. kau tak terliur kah???


chantekkkkkkkkkkkkkk


ok. hi-tea dengan kau disini sambil gosip-gosip pasal Temah. sambil tu ada pakwe gagah lalu, dan aku menjeling kamu. awwww


gondola. ala, ni putrajaya pon ada. ah, tak kira, janji kat itali

i just love everything about italy. takde yang aku tak suka. fine, aku taksob kan. itali ada ferrari. itali ada rossi. football player itali hensem-hensem. view dia sangat indah. semualah.

so, marilah kita mula menyimpan duit untuk ke itali. dalam masa 2 tahun ni aku nak pastikan aku kesana.
err. honeymoon mungkin. kahkahkah. gatal.
p/s: all pics googled
sekian

4 comments:

Anonymous said...

luv 2 go.... jom3x

Reena Kamarudin said...

jom2 :-)

faizal mohd said...

kau pegi itali bawak makanan malaysia eh? goreng pisang, mee goreng bagai. cekodok nak makan kat view mana? hahaha :)

Reena Kamarudin said...

pejai: tekak melayu maaa. makan lepat naik gondola. hahaha