Oct 25, 2011

Kerana tak salah untuk menangis sekali sekala

Hai.
petang dah mendung.
tadi turun beli lunch hujan. semua orang pon jadi pelik.
semua cakap "eh, hujan la".
termasuk aku.
apekejakunnya aku ni hujan tetengahari pon jadi pelik.
memang pelik la kan.
kita dalam bangunan. tak nampak suasana luar. bila dah keluar, baru tau hujan. ok, cerita pasal hujan pon panjang kan. memang nampak sangat suka merepek.

sebenarnya nak relate kan hujan dengan perasaan. hujan ni macam airmata kan. selalu tak, baca status kat fb orang tulis "mendungnya cuaca semendung hatiku". ok, aku pernah la jugak tulis macam tu. tapi betol la kan. cuaca ni kengkadang macam tau-tau je hati kite sedang mendung. so, kita pon relate kan la.

for the past a few months, memang hidup ni kelam kabut sikit. bila datang masalah, bommmmm. datang sekaligus. bertalu-talu. tapi aku kan kuat (or,selalu pura-pura kuat). dan sekarang ni, aku dikelilingi mereka-mereka yang banyak masalah. tapi aku ok je kalau mereka nak luahkan pada ku. telinga aku ada dua kan. so, aku dengar dan take note la. best juga bila dengar pasal hidup orang lain. buat aku lagi sedar akan hakikat hidup ini. ayat novel sungguh.

baru ni balik Karak. memang seronok sangat-sangat. best dapat tengok DVD marathon dengan adik-adik. "adik, pasang cerita tu"
"adik, pasang cerita ni"
layan kan je. tapi serius memang seronok. layan ibu. layan abah. aduhai. macam-macam kerenah.

kawan-kawan ku sayang,
betol hidup ni banyak halangan. masalah.
masalah seperti....
kurang duit.
putus cinta.
masalah adik-beradik.
masalah family.
masalah di tempat kerja.
masalah jejaka pujaan buat tak tau.
jeles perempuan tu lagi cantik.
sakit hati Remy ishak kapel dengan tiz zaqyah.
tiket bola naik harga.
semua lah masalah kan.

satu je nak cakap. menangis lah. duduk dalam bilik dan menangis. menangis puas-puas. then stop. tarik nafas. jangan menangis lagi. luahkan masalah tu pada diri sendiri. then baru cari mereka yang kita percaya. carilah ibu kita. percaya tak, aku dengan hanya dengar suara ibu, boleh buat hati aku sejuk. ni kan pulak bila dapat menangis di riba dia.

dan jangan sesekali menyalahkan takdir ye kawan ku. itu semua ujian dari Allah untuk menguji kita. ada lagi yang susah dari kita. berhentilah mengeluh.
berhenti mengeluh tentang...
pakwe curang.
makwe ikot laki lain.
duit takde.
lelaki tu taknak kat kita.
perempuan tu nak yang hensem je.

ada lagi yang lebih besar dari masalah itu semua. sudah-sudahlah mengeluh tentang cinta yang bukan milik kita. sampai masa, ianya akan datang sendiri.

fikirlah manusia lain di bumi lain yang menderita sebab...
peperangan.
kebuluran.
kemarau.
pembunuhan.
bencana alam.

mereka tak sempat pon nak fikir semua ini. sebab mereka cuma fikir adakah mereka masih hidup untuk esok hari. adakah mereka akan makan esok hari.

ni peringatan untuk aku juga.
betol.
tiada manusia yang sempurna.
tapi kita boleh cuba untuk jadi sempurna.
walau tak sempurna dimata orang.
tapi sempurna di mata kita.

sekian

No comments: