Oct 27, 2011

Kerana lelaki kelakar disenangi wanita eh?




serius la. waktu aku tengok vid ni aku macam tertanya-tanya, apa motif dia buat klip ni. sekadar untuk enjoy atau perli penyanyi asal. but then, aku gelak. hahahahah. serius kelaka mereka-mereka yang terlibat dalam vc ni. macamana weh korang buat lawak macam ni? memang lawak. sesiapa yang rasa tak lawak, boleh blah.

memang cool habis kan. i mean, lelaki yang buat lawak ni memang takkan control macho kan. tak macam allyiskandar dengan halimothmansayaputarhalim. ok no offence. hehehe.

sekarang pon aku tengok, ramai perempuan lagi tertarik pada lelaki yang ada sifat humor. taklah keras kejung bila berborak. macam contoh, salleh yaakob bini nombor empatnya cun woo. ok, nabil RL dapat bini pon cun. zizan RL tu, bukannya hensem mana pon, tapi kalau artis yang kena gusip dengan dia, bukan main lagi. siapa lagi ya. hmmm, ok sathia tu. eh, yang tu no komen.

bukan lah maksud aku, kaum lelaki kena buat lawak 24 jam untuk pikat perempuan. gelak banyak pon tak boleh. nanti ilmu cepat lupa. ingat lagi zaman study dulu-dulu, bila sorang buat lawak, gelak mengalahkan pontianak. then bila sorang tegur "jangan gelak woo nanti apa yang dibaca tadi lupa". terus cakap "ok,ok sedut balik ilmu tadi" sambil buat gaya sedut. ok, bengong. aku tau T_______T

so back to the topic. memang betol lah kan. orang kelaka ni lagi mudah nak didekati. cer nye kau buat muka serius je, ada tak yang nak datang dekat kau? takde kan. tapi must remember, lawak tu mestilah lawak yang bijak dan bertempat. dan jangan buat lawak double meaning. aku paling benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lelaki yang buat lawak double meaning. sangat loser.

dan tak semestinya perempuan nak dengar lelaki melawak 24-7 kan. ada masa serius, kau serius lah. contohlah si isteri call ada emergency kan
"abang,abang kat mana ni?" sambil cemas
"abang ada kat hati anje". hahahaha. ni dialog bini-biniku gangster ni. soooo sweet je si sam tu kan.

aku ada seorang abang angkat la kan (perggghh tua-tua ada abang angkat lagi). dah lama aku kenal dia. tapi dengan tengok muka dia je aku dah gelak. sebab muka dia macam muka sudin bujang lapok tu. tapi bila time dia serius dan marah, errrr, takot jugak la aku.

ok lah, nak cari tukang lawak di hati ini.

sekian

4 comments:

Azlan Strider said...

Salam Kenal,

Secara teorinya betul laa tu sebab lelaki yang kelakar akan membuatkan hati gembira..tapi kelakar 24jam tak leh gak..nanti buatnya datang dugaan dia dok cakap cobaan..hahaha

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

salam kenalan.
hahaha. tau takpe. so kena seimbang la kan :-)

faizal mohd said...

salam berkenalan juga. Eh ni bukan lawak yek. :)

kalau lawak 24jam, mau kejung muka orang yg asek dok gelak tu. huhu.

Reena Kamarudin said...

pejai: hahahahah. tau takpe. bosan jugak kalo 24jam buat lawak.