Oct 31, 2011

Kerana pemandu bas yang patut dihempuk dan isnin yang...biasalah isnin kan

Hai.
malam tadi kunci jam pukul 5.45 pagi. biasa lah, time kunci jam, perasaan riak dan yakin pada diri sendiri tu kena ada. tapi bila dah berbunyi jam tu, asyik la aku snooze kan. sehingga la kringggggggggggg. 6.32 pagi. ok, tak payah nak kelam kabot sebab baju dan tudung aku dah gosok malam tadi. eh, beria cerita macamkan orang nak ambil tau kisah hidup kau kan, reena T_________T

aku kalau naik bas, aku suka duduk depan sebab view dia lagi luas kan. tapi hari ni aku macam menyesal duduk depan. mana taknya, drebar bas tu memang layak kena hempuk dengan henbeg aku tauuuuu. aku tak tau la dalam bas tu ada awek dia ke apa, asyik la dia dok usha belakang. kejap kejap dia pandai belakang. pastu satgi dia jeling-jeling aku. dah aku perasan aku lawa hari ni kan. yela, dok jeling-jeling aku kan. lempang kang tau la.

dalam dia dok jeling-jeling, teleng-teleng, pandang-pandang tu la, dia tak sedar yang dia dah bawa laju bas tu then dia tak sedar yang kat depan tu tengah jem kan. kereta depan stop tapi dia still tekan minyak. apa lagi, sikit lagi nak langgar myvi depan tu kan. cepat-cepat dia elak ke kiri. nasib kat kiri takde kereta. kalau ada? makan kaki la kau kan. aku rasa myvi tu dah takot dah apehal bas ni macam nak hentam kereta dia kan.

bila dah jadi macam tu, dia sengih kat aku. aku jeling dia 360 darjah. macam nak juling jugak la mata aku jeling kat dia kan. tapi peduli apa aku. hey hello aku tak kawen lagi ok. aku nak anak ok. nanti siapa nak mewarisi harta-harta aku? lempang kang tau la.

tu lah dia drebar bas kat putrajaya ni. kalau yang bawa slow tu, slow la sangat. kalau yang bawa laju tu, laju la sangat. tak faham aku.

eh, marah? hehehe. gerrrram je.

dah la isnin ok. isnin.

tapi aku tak faham kenapa aku tak suka isnin.
kesian isnin.
sebenarnya takdelah aku tak suka isnin.
cuma mindset ni kan. padahal isnin best apa (sedapkan hati)

ok lah. itu saja luahan hati hari isnin.

sekian

3 comments:

faizal mohd said...

mulakan hari isnin anda dengan ceria. :)
hempuk jek pemandu tu. mentang-mentang bas besaq, sume nak lutu. *Eh tau tak maksud lutu? :)

Reena Kamarudin said...

hahahahahahahhahaha. lutu tu macam langgar kan? based on ur ayat la kan.

faizal mohd said...

yep. langgar ikut dan jek. macam rempuh pon ok jugak. :)