Oct 31, 2011

Kerana randomly Reena #2

1. sabtu aku nak goreng telur (ok, telur je la yang cepat dimasak. alasan selamat). dah kacau telur dalam mangkuk tetiba bila nak ambil kuali tengok kuali takde. eh, mana perginya. puas aku cari. then baru aku teringat, kuali tu housemate aku punya dan dia baru je pindah keluar. ok, dia bawa kuali sekali. cara lain, aku gunakan periuk nasi letrik. petang tu jugak pergi beli kuali baru ^____^

2. malam tadi dalam pukul 10 malam turun bawah untuk beli air. tiba-tiba teringat filem al-hijjab. dah la koridor gelap. tergopoh-gopoh bukak pintu tapi tak jumpa kunci mana satu sebab banyak sangat kunci. demmmm.

3. beli aiskrim mat kool dan makan sambil melintas jalan. tiba-tiba kereta lalu. terkejut aku dan mat kool pon jatuh ke bumi. lesson: jangan makan sambil berjalan. buruk benor perangai. nasib mat kool. kalau magnum?

4. sekarang aku tengah moody. sebab sakit kepala. dan kepala ingat nak baring je. tapi ok, kerja banyak. pagi tadi, suara jahat aku hampir membuatkan aku EL tapi suara baik mengatasi suara jahat. well done.

5. aku teringin nak masuk estet selepas baca KOSMO tentang estet elmina.

6. tiba-tiba alergik menyerang. habis badan gatal-gatal, mata gatal. padahal aku tak makan udang atau belacan ataupon seafood yang lain. tiba-tiba tengok kat ingredient mee goreng segera. ok, perencah dia adalah udang. no wonder T____T. menangis di situ. seksa jiwa raga.

7. aku tak faham bos kecik aku ni lalu lalang depan aku sekarang. kepala pening jadi lagi pening.

8. aku sangat marah dekat dia. marah sangat-sangat. demmmm.

9. aku nak pergi toilet tapi malas. kahkahkahkah.

10. aku puasa hari ni. sekian terima kasih.


sekian.

2 comments:

Azlan Strider said...

tips untuk hilangkan rasa takut ialah igtkan benda2 yang kelakar..hehe..ia menjadi kat saya..hehehe

Regards,
-Strider-

Reena Kamarudin said...

heheeheh. masa tu dah tak dapat bayangkan apa yang kelaka. sebab feel takot tu kan datang tiba-tiba. tapi akan dicuba. hehehe