Oct 14, 2011

Kerana malam tadi aku tidor macam di hempap hantu

Hai.
ambik kau. tajuk panjang berjela.
yup. malam tadi aku tidor macam ada something hempap. let say, makhluk tu scary giler. badan warna hitam dan hodoh giler. aku try menjerit tapi tak boleh. and bila aku baca ayatul kursi, lintang pukang bacaan aku. aku macam, takot giler. dalam 10 min jugak la aku bertarung dengan makhluk jahat tu. aku siap cakap "nyah kau dari sini" ok, tipu.

but then, aku tersedar around 3 am. bila bangun, aku rasa penat sangat-sangat as if aku pergi berjoging 80 km. then, aku teringat aku pernah baca sebenarnya, bila kejadian hempap2 ni semua bukan sebab kena hempap dengan hantu. tapi sebab ada simptom dalam sains yang dinamakan "sleep paralysis". aku baca kat blog saudara shaffik ni. nice kan. sebab apa kita pikir hantu yang hempap, sebab dari kecik kita dah di momokkan dengan hantu-hantu segala ni.

meh sini aku ambil sikit dari petikan tulisan saudara shaffik tu.

"Mengapa wujudnya sleep paralysis? Manusia yang normal akan tidor nyenyak dengan keadaan jantung sahaja yang berdenyut. otak juga akan berhenti bekerja seketika dan memberitahu badan dupaya berehat. proses ini dipanggil Recticular Activating System-RAS. sleep paralysis boleh berlaku dalam keadaan sedar atau tidak"

"Ketika RAS menjalankan prosesnya semula untuk menyampaikan signal kepada otak, kebiasaannya manusia berada dalam keadaan separuh sedar ketika ini. Jika signal elektrik tidak di aktifkan oleh otak ke badan manusia, itulah yang menyebabkan badan manusia menjadi lumpuh seketika. Ia boleh memakan masa beberapa minit sehingga otak mengaktifkan semula signal elektrik kepada badan manusia"

 en.wikipedia ni kata antara sebab-sebab berlakunya kelumpuhan tidor atau sleep paralysis adalah

1. tidor dalam keadaan terlentang.

(ok, sekarang aku tau kenapa Rasulullah tidor mengiring ke kanan dan tapak tangan di pipi. naifnya aku)

2. Stress yang tersangat stress

3. Perubahan keadaan keliling atau cara hidup

4. Alkohol

5. jadual tidor yang tak teratur

tapi sebenarnya, bukan melayu je yang percaya bila kita tidor dan di hempap tu, hantu yang hempap. orang cina juga percaya dan ianya dipanggil " gu ya chuang" yang bermaksud "ghost pressing on body". Jepun pun percaya jugak dan dipanggil kanashibari. in Korean culture, ianya dipanggil gawi nulim yang membawa maksud being pressed by a ghost.

fuhhh. lega aku bila tau semua ni. takde la aku pikir bukan-bukan lagi lepas ni.

mana tak nya, kalau 3 bulan tu mesti ada sekali kejadian kena tindih ni. tensen guwe tau.

sekian.

No comments: