Oct 14, 2011

Kerana bila jumaat.

hai.
hari ni turun makan kat cafe.
sebelum ni jarang turun makan kat cafe. cuma tapau je. tapi sekarang cafe kat sini dah agak kelllasss dah sebab dah banyak menda jual. kalau tak, asyik asyik jual nasi campur je. sekarang macam-macam ada. ok, bersyukur *______*

hari ni mood agak slow. segala menda slow. malas pon ye jugak. sebenarnya aku rindu. aku rindu aku yang dulu. aku rindu ibu.  aku rindu abah. aku rindu adik-adik aku yang nakal. rinduuuuuuuu. tapi minggu ni memang tak dapat balik lagi kot. minggu depan boleh balik sebab dah gaji then boleh enjoy. minggu ni bukan tak boleh balik. boleh. tapi u ol tau tak, baju i berlambak giler tak basuh. sebab apa? kan aku dah bagitau tadi yang aku malas. so, malas lah nak basuh  *___________________*

kalau aku balik Karak, bila masanya aku nak membasuh? ye tuan-tuan dan puan-puan, rumah bujang aku tiada mesin yang bernama mesin basuh. jadi aku cuma menggunakan tangan. nak hantar dobi aku malas. jimat katanya.

so esok, aku akan kemas bilik dan membasuh baju. saja je nak bagitau yang aku sebenarnya rajin. hari ni je malas.

lately, aku rasa kurang semangat la. macam takde apa yang menarik untuk aku jalani hari-hari. aku rasa hidup aku mendatar je. bangun seawal 6.30 pagi (awal ke tu makcikkkk), then pergi kerja, then balik kerja pukul 5. then bila cuaca ok, berjogging la aku di tasik di bawah (kalau boleh di panggil tasik la kan). malam pulak sama ada keluar dengan kengkawan lepak mamak atau makan di kedai atau berjimba di mana-mana. then tidor. sama je setiap hari. kalau hobi peribadi pulak, baca novel. bertimbun novel aku yang aku beli tapi tak baca lagi. sebab everytime aku beli novel, mesti tak sedap ceritanya. bila aku pinjam kat orang sedap pulak ceritanya.

ohya, rumah aku kat sini pon dah sunyi. dulu ada budak-budak bujang sebelah. memang memekak je la kerja diorang. ada je bunyi gitar la, bunyi lagu la. 24 jam memekak. bila masa dorang tidor aku pon tak tau. ada sekali aku sedang sidai baju, sorang tu tegur aku.

lelaki bujang: awak, awak ada kunyit serbuk tak. nak sikit boleh?
aku: hmmm, kejap. saya tengok.

then aku pergi tengok. tapi memang takde la kan. rumah aku mana ada bahan masakan. dalam hati aku, alamak malunya. macamane nak cakap ni.

aku: dah habis lah.
lelaki bujang: dah habis ke atau awak tak tau letak mana?
lelaki bujang dan kawan-kawannya: hahahahahahahah.kahkahkahkahkah.
aku: DAH HABIS!!!

kurang asam kan? nak pinjam barang aku tapi lepas tu ejek aku. dah la pinjam batu lesung aku tak pulang-pulang. dah nak berambus dari situ baru la pulang. eh, tapi serius, dorang memang hari-hari memasak. mesti dorang pelik kenapa lah dapur aku tak pernahnya berasap. eh, tapi aku ada juga masak ok. tapi takdelah sampai goreng ikan, masak kari kepala ikan semua tu. aku masak yang simple-simple je.

bila tiba dorang memekak time aku nak tidor, aku sound je dorang. lepas tu diam sekejap. tapi sekejap je la.
bila dorang main gitar nyanyi-nyanyi, aku pasang radio aku kuat-kuat. muahahaha. padan muka.

tapi bila dorang dah pindah ni, sunyi la pulak. hmmm. kehkehkeh.

kadang-kadang, bila tengok gelagat orang, hati kita akan terhibur kan? macam kalau aku ada masalah ke apa ke, aku suka lepak taman kat bawah rumah aku. then aku tengok gelagat orang. selalunya orang yang jogging kat taman tu la. ada yang jogging sambil pakai handsfree sebab bercakap dengan orang dalam henfon. kalau 15 pusingan dia jogging, selama tu lah dia tak stop bercakap. aku macam, eh, tak penat ke dia bercakap sambil berlari? tak mengah ke? tak panas ke telinga dia?

ada tu menangis. aku macam pelik la, apasal la minah ni tunduk je. rupa-rupanya dia menangis. aku yang terpandang ni terus rasa serba salah.

yup, aku mengaku, sebenarnya, hidup ni menyeronokkan. bila kita hargai hidup ni, tu yang jadi lagi bermakna. bila dah solo ni (wah, solo katanya), aku dapat konsentret pada diri aku sendiri. kalau tak sebelum ni asyik kena pikir perasaan pihak satu lagi. kalau dulu nak pergi mana-mana je kena bagitau. memang la kalau ikot kan tak payah bagitau sebab kau bukan suami aku lagi. tapi kena juga bagitau sebab malas nak bergaduh. then, tak boleh berdikari. pergi mana-mana kena bagitau dia then kena pergi dengan dia. tensen woo. ada sekali aku pergi alamanda sensorang tak bagitau dia.

dia: kenapa kita call tak dapat? lebih 10 kali kot kita call. kamu off hp kan?mesej kita kamu tak balas
aku: oh, kita tidor la. tak sedar. bateri kong
dia: tidor apa pukul 8 malam ni. kamu keluar ya, lepas tu telefon letak atas almari.
aku: mana ada. errr err err (kantoi, aku tak pandai menipu)

bila lambat balas mesej je, dia mesti ingat aku keluar lepas tu telefon letak atas almari. kenapa almari? kenapa tak kabinet ke, meja ke? cuma aku dan dia je tau. dia boleh buat friendfinder kat aku. hehehehe. sangat sweet la perangai kamu ni *mata ke atas*

tapi sekarang tidak lagi. aku boleh pergi kemana aku suka. hahahah *gelak jahat*

tiba-tiba terasa nak ke alamanda? pergi terussss
tiba-tiba rasa nak ke the mines? pergi terusss.

tak payah nak bagitau semua ni.

ok. panjang gila dah aku tulis. karangan pon tak panjang macam ni masa sekolah dedolu.

sekian.

No comments: