Oct 24, 2011

Kerana macam-macamlah hal dunia sekarang

Hai.
Macamana pagi isnin? ok ke tak ok? malas? haip, jangan nak malas-malas. biar aku seorang je malas. ok, entri ni dah di draf dulu ok. satgi, ingat aku curi tulang pulak. hehehehe.

apa ye berita tergempar dunia sekarang? 



1. Muammar Gaddafi

bila jatuh je dia sebagai pemimpin Libya, aku dah dapat agak, dia mesti akan jadi macam Saddam Hussein, mati dalam keadaan menyedihkan. adakah masin mulut aku? yup. wah, kelas tak aku? ala, menda yang mudah nak diramalkan. aku memang suka mengikuti hal-hal beliau sebab dia pelik. pakaian dia pelik. perangai dia pelik. dan muka dia pelik. kalau aku terjumpa dia malam-malam, mesti aku lari. kahhhh. ok, tak baik. dulu aku pernah baca, dia cari pengawal keselamatan dari kaum wanita yang masih dara dan seksi. lepas tu, suka tidor dalam khemah.

dan akhirnya, dia mati dibunuh. dibunuh oleh remaja 17 tahun? dengarnya begitu. macam tu lah kan, lumrah negara-negara luar ni. mereka sanggup lakukan apa saja kalau dah tak suka pada satu-satu pemimpin. kononnya untuk membawa era baru dalam negara. tapi tengok iraq. dah guling saddam pon, ada perubahan tak? macam tu jugak kan. wallahualam. 

yang paling menyedihkan, mayat gaddafi masih lagi dipamerkan di sebuah pasaraya. ya Allah, kenapa lah kejam sangat manusia-manusia ni kan. kalau dia diktaktor sekalipon, bila dia mati, dia masih umat Islam dan perlu disempurnakan secepat yang mungkin. cukup-cukuplah dia terseksa semasa nyawanya nak dicabut.

how sad kan, pemimpin yang gah, yang berani (?), yang kaya, yang dikelilingi wanita chantek, akhirnya mati dalam keadaan yang begitu. Allah itu Maha Besar. Alfatihah.



2. Marco Simoncelli

aku tak lah kenal sangat pelumba motoGP ni kan. yang aku kenal Valentini Rossi, Michael Doohan. tapi dia mati sebab eksiden di Sepang. hmm. next



3. Kes cubaan merogol/rogol di Bentong

yang ni aku banyak tau melalui page Kami Penduduk Bentong di Fb. sangat gerun bila fikir. pengamal ilmu hitam kah? aku tak tau. yang aku harapkan, penjenayah itu dapat ditangkap supaya keamanan dikembalikan di Bentong dan Karak. sebab saya sayang Bentong dan Karak (sambil kelip-kelip mata)



4. Secret Recipe

nak tau tak, bentong dah ada SR. wah, kelas kan. yelah, bentong bukan bandar besar macam KL. bila ada perkara baru, macam menarik je kan. atleast, banyak lah tempat untuk dating, friends bonding, reunion dan lain-lain. tapi aku tak minat sangat SR. acane? mamak aku suka lah. ok, sesiapa nak dating dengan aku, bawa ke kedai mamak je ok. kahkahkahkah. suka lah sangat dekat abang bulu-bulu tu kan, reena?



5. ok, saja nak cukupkan lima.



sekian.

No comments: