Oct 24, 2011

Kerana aku bahagia jika kamu bahagia

semalam.
sampai di plaza pekeliling dalam pukul 8 malam.
beli tiket LRT.
tunggu LRT ke sri petaling.
tiba-tiba dapat call dari dia. ya, dia. lelaki itu.

dia: kamu kat mana?
aku: tunggu LRT
dia: bukan ke saya suruh kamu tunggu di pekeliling. saya dah nak sampai ambil kamu
aku: bila masa kamu cakap macam tu??? (dah nak marah. aku dah lah penat. nak bergurau biarlah bertempat)
dia: saya mesej semalam kan, cakap saya nak ambil kamu sebab saya ada dekat KL tengok budak-budak buat kerja.
aku: whatevaaaaa
dia: tunggu. saya datang ambil. saya hantar kamu ke Putrajaya
aku: kita dah beli tiket la.
dia: tunggu la. kejap lagi saya sampai. (dengan suara yang pasrah. aku kan degil)
aku: terok la kamu ni. tensen!
dia: k bye.

then aku tunggu je dia. yelah, aku pon penat dah nak menapak naik LRT then naik transit. penat. sebab kepala aku pon sakit. bila dia kata nak ambil. aku lega lah jugak.
tunggu dalam 20 minit.
aku call dia semula.

aku: kamu kat mana?
dia: saya baru sampai genting sempah
aku: tadi kata dekat KL??? (bengang lagi. jangan main-main woo bila cakap dengan orang sakit kepala dan LAPAR. hehehe). tadi kamu call, kamu kat mana?
dia: baru dekat Karak. kalau saya cakap saya kat Karak lagi, nanti kamu terus degil. saya nak hantar kamu.
aku: whatevaaaa la!!

bengang  oh. tapi dalam hati suka sebab malas nak naik tren. tapi aku tak suka menunggu.
jahat lelaki ni.

dalam 30 min macam tu dia pon sampai.

dia: sori lambat
aku: hmmm
dia: tengok tu. marah?
aku: eh tak. kita suka sangattttt
dia: hehehehehe.

and yes. seperti kebiasaannya, aku akan bercakap tanpa henti bila dengan dia.
ada je menda yang aku nak ceritakan.
sebab begitulah aku selama ni dengan dia.
talkative.
hyper.
bising.
ceria.
moody.
merapu.
sensitif.

eh. terlebih pulak kan aku. apa motif entri ni sebenarnya?
untuk bagitau aku dah sembuh.
untuk bagitau aku dah kuat.
untuk bagitau aku dah ok.

dia: pakwe baru siapa?
aku: mana ada. takde pakwe.
dia: tak caya ah.
aku: talk to the hand.
dia: sentap je kejenya.

aku suka bila dia cerita tentang kerja dia. dari dulu dia akan mengadu itu ini dengan aku.

dia: sekarang Kasim (bukan nama sebenar) habis caras saya, kamu tau tak. takpe lah. sekarang hari dia
aku: biasalah kasim. redha je la. nanti adalah rezeki kamu kan. nanti rezeki lebih, belikan kita kereta ok. hehe
dia: mestilah. saya taknak dah kamu naik bus. saya dahlah tak dapat jaga kamu lagi. sebab saya busy sangat-sangat
aku: ya, kita tau. kita dah tak harap apa-apa dari kamu. hehehe
dia: apa yang ada dalam hati saya, hanya tuhan je yang tau.
aku: ya, kita tau
dia: saya still sayang kamu
aku: yang tu kita tak tau. hehehe
dia: cukuplah saya dan tuhan je yang tau. hehehe

aku bercerita segala-galanya pada dia. tentang dengan siapa aku berkawan. dengan siapa aku keluar. tentang segala-galanya.

dia: kamu dah matang sekarang
aku: mestilah. kita dah 26 kan.
dia: dulu tak matang macam ni. sopan je tengok kamu ni. macam janggal dengan saya
aku: it takes time ok. berapa lama kita tak jumpa? masa raya je yang last kan


adakah aku masih dibayangi kenangan silam? entahlah. nak kata aku teringat kat dia, takde lah pulak. sebab aku dah ok. semua orang mengalami fasa macam ni kan. takpelah, aku redha. aku dan dia memang tak ditakdirkan bersama. kami dah cuba perbaiki hubungan ni. tapi tak berjaya. dia dah banyak bagi peluang pada aku. macam aku yang salah kan? memang ye. dia busy. dia berbisnes. jadi masa dia tak menentu. aku pulak jenis yang susah nak faham. maka terjadilah pergaduhan selalu. mungkin perpisahan adalah jalan terbaik. tapi magik, aku dan dia still berkawan. cuma tak lah macam dulu.

wah. susah aku nak luahkan open macam ni. ni kan blog aku. kira macam jurnal aku la kan.

aku cuma harapkan dia bahagia dengan apa yang dia lakukan.

dia: kamu jaga diri baik-baik ya.
aku: mestilah. diri kita
dia: ingat lagu "baik-baik sayang" tu. anggap lah saya yang pesan dekat kamu.
aku: mana boleh lupa lagu kita tu. hehehe


macam kelaka. dulu-dulu bila ada lagu yang best yang macam kena dengan kitorang, mulalah cakap
"lagu ni saya tuju untuk kamu"
hehehehe.
pernah gaduh sangat-sangat sampai seminggu aku diam diri.
then bila dah baik.

dia: kamu tau tak, masa kita gaduh, saya asyik dengar lagu "hanya satu persinggahan" je tau. kenapa lah kamu buat saya macam ni?
aku: eiii. ntahapapantah.
dia: kamu lah. asyik mintak putus je
aku: hehehehehe.

aku dah taknak sakitkan hati dia. biarlah kami stay macam ni. dulu bila gaduh je aku la yang asyik mintak putus. hehehe.
bila gaduh je, aku mesti cakap kat ibu
"kakngah dan dia dah takde apa-apa"
mula-mula ibu kisah jugak. sedih la jugak orang tua tu. lama-lama bila aku cakap "kakngah dan dia takde apa-apa"
adik-adik dan ibu aku dah buat tak peduli sebab dah tau, memang akan berbaik semula. hehehe
sekarang ambil kau. memang putus betol-betol.
heyyyy, tapi aku dah move on ok.
bila aku taip di sini bukan bermakna aku mengungkit.
cuma aku teringat.

bersambung.........

sekian.

2 comments:

faizal mohd said...

macam novel plak. :)

Reena Kamarudin said...

hahahaha. ada-ada je la ko ni.