Oct 28, 2011

Kerana hari ini hari jumaat dan aku dengar ceramah. ehem ehem

Hai.
bersua lagi kita ya. kalau ada yang nak bersua dengan aku la kan. aku tau, ada yang baca blog aku walau tak ramai. tapi korang jadi silent reader kan. kan kan? hehehe. giler perasan. thanx pada sesiapa yang sudi baca.blog aku ni bukan lah blog ilmiah ye. just blog personal. dan aku tulis ni pon sebab aku minat menulis. aku ada buat entri pasal minat menulis aku di sini kalau nak baca lah. terima kasih banyak-banyak *sambil peluk kamu yang muhrim sahaja*

so tadi aku dengar ceramah agama. itu memang kebiasaan bagi mana-mana jabatan/kementerian  bila hari jumaat kan. pengisian rohani namanya.

so tadi tajuknya adalah "membina keupayaan diri". banyak lah yang disampaikan oleh ustaz tu. nama ustaz tu Ismail Hashim bin Junaidi dari JAKIM.

well, orangnya kelaka. yela, ceramah ni kalau straight dan serius mengantuk kan. so, ustaz ni memang buat aku gelak je la kerjanya. tapi aku jenis tulis nota. sebab kalau tak, aku jadi bosan. aku kan cepat bosan.

antara kupasan (pergggh, ayat) yang aku berminat nak take note adalah mengenai apa yang dikehendaki oleh syariat/syariah atau in arabic nya "maqasid al-syariah". aku jot down dalam note aku ya. aku harap kau faham la. ni mengikut kefahaman aku daripada apa yang disampaikan ustaz tu.

1. Menjaga agama

ini yang paling utama. sebagai muslim kita adalah wajib memperkasakan (wah) keyakinan dan pegangan kita setiap hari. maknanya, kita tak boleh berada di takuk yang sama. sebagai Muslim, kita haruslah yakin dengan agama kita iaitu Islam. dan, kita haruslah bersyukur yang kita masih seorang yang Islam. bangun tidor tiap-tipa pagi, bersyukurlah yang kita masih seorang Islam. tapi janganlah hanya mengucapkan syukur dengan kata-kata. ucapkanlah syukur dengan perbuatan iaitu solat subuh dan membaca al-Quran. satu kata-kata ustaz yang buat aku tertarik dan tulis dalam nota adalah " saya bukanlah baik sangat, tapi dengan adanya Islam, saya bukanlah jahat sangat".

2. Menjaga aqal/akal

akal adalah kurniaan istimewa dari Allah kepada manusia. binatang dan tumbuhan tak di beri akal. that's why bila kita kejam, kita disamakan dengan binatang. contoh Abu curi duit Dollah then Dollah cakap "barbie betol Abu curi duit aku. memang dasar barbie". hey, kenapa barbie yang dipersalahkan sedangkan yang melakukan itu adalah manusia. kesian barbie tau. asyik-asyik barbie. patutlah barbie jalan menunduk malu sebab asyik dia kena tuduh. ok tak kelaka.

mari bercakap pasal orang gila. orang yang dah diisytiharkan gila oleh masyarakat mau pon doktor tidak mempunyai akal yang waras. betol tak? sebab tu dia gila. dia tak mampu nak uruskan diri dia sendiri dan hanya hidup dalam dunia dia je. orang gila tak wajib puasa dan solat kan? so, bayangkan kalau kita tak puasa dan solat. samakah kita dengan orang gila? ok, fikir sendiri.

3. Menjaga nyawa.

Kalau nyawa tak sihat, macamana akal mahu sihat? so adalah penting untuk kita menjaga kesihatan tubuh badan kita jangan sampai selalu jatuh sakit. kalau dah tau makan mi segera selalu tak bagus, kenapa mahu makan juga, reena? so, macam tu la. bila dah tau minum air yang terlebih gula tu tak menyihatkan, kenapa kita masih terus buat? sebab nafsu kan? so, nyawa dan aqal saling berkait. bila nyawa terjaga, aqal juga akan terjaga, maka, jadilah kita insan yang cemerlang (ikot slang Dato' Fadzilah kamsah).

4. Menjaga harta

pergunakanlah harta kita, i mean duit gaji kita (untuk skop yang lebih kecil) ke arah yang berfaedah. belilah vitamin atau suplemen kalau kita rasa ianya mampu memberi kesihatan yang baik pada kita. ada harta, hati senang betol tak. tapi ingat, tak semua orang berharta hatinya sentiasa senang. Allah bagi cara lain pulak untuk menguji dia.

bila tidor asyik teringat harta sebab takot kena rompak. so, dari situ hati dah jadi tak tenang. dan bila ada duit lebih, bersedekah lah. tau tak, rezeki akan bertambah bila kita bersedekah. tapi sedekah la ke arah kebaikan. ni pergi sedekah dekat rumah urut apekejadahnya. ok, no offence ya :-)

5. Menjaga keturunan

ni yang terakhir. bila dah terjaga agama, mesti akal jadi waras. bila akal dah waras, nyawa/kesihatan jugak akan terjaga dengan baik. bila kesihatan dah terbaik, mesti kita mampu menguruskan harta kita dengan sewajarnya. dan bila harta dan terjaga, jagalah pula keturunan kita supaya sama-sama merasa harta kita dengan cara yang dituntut Islam. jangan biarkan anak kita sewenang-wenangnya membiarkan anak kita membelanjakan harta kita ke arah maksiat. pantau la anak-anak kita sehingga dia tidak lagi menjadi tanggung jawab kita.

ok. itu lah saja yang dapat aku share kan. dah macam ustazah dah aku rasa. bukan lah ustazah. cuma aku mahu kongsi sedikit ilmu.

kita sama-sama beringat. betol tak?
nota tambahan: from my bestfriend----term muhrim tu adalah org yg pergi haji.

kalau utk bukan senasab dgn kita namanya mahram.

ada ustaz katalah.
sekian.

2 comments:

faizal mohd said...

nice sharing. aku pon silent reader ko. hehe :)

btw, term muhrim tu adalah org yg pergi haji.

kalau utk bukan senasab dgn kita namanya mahram.

ada ustaz katalah. :)

Reena Kamarudin said...

pejai: thanx bagitau aku. aku pon tak tau. orang selalu cakap muhrim kan. take note! hehehe