Oct 28, 2011

Kerana bila dah kelam kabot semua benda jadi tunggang langgang

Hai.
salam jumaat.
jumaat yang kelam kabot. punya lah kelam kabot sampai purse tinggal di rumah. pas jabatan pon tertinggal kat rumah. sampai je di pintu masuk..

polis bantuan: cik, sila pakai pas ye
aku: eh, terlupa pulak.(pura-pura cari dalam beg)
aku: alamak encik, saya baru teringat, pas tertinggal kat opiz semalam
polis bantuan: cik kena jugak ambil pas di kaunter pengawal then, pulangkan semula bila dah dapat pas asal cik
aku: fine (sambil muka bosan)

kihkihkih. skema sangat oh. polis tu sebenarnya dah kenal aku. atenye aku hari-hari lalu dekat depan dia. dah tu pulak tu, duduk tegak je, muka tak berperasaan. tapi sebab ada Bos besar dia mengawal time tu, terpaksa la dia berpura-pura straight. yela, nak masuk JPM ni bukan senang. berlapis-lapis polis mengawal.

then bila nak beli breakfast, cari-cari purse takde. arghhhh tensen sekali lagi. purse tertinggal kat rumah. malam tadi pergi kedai tak letak dalam handbag terus. nasib godek-godek dalam beg kecik serbaguna (ala, beg yang letak lip ice, handphone, duit syiling bila nak pergi lunch tu) ada RM 10 campur syiling. ok la tu.

then bila sampai opiz, aku tersalah pulak beli nasi lemak untuk kak shida. kak shida ni suka sangat makan nasi lemak yang dijual di bawah rumah aku tu. instead of beli dua yang dia suruh, aku beli satu je. sedangkan dia nak makan banyak-banyak sebab berat dia turun mendadak 11kg dan doktor nasihatkan dia tambah berat badan. hoh! aku lagi nak turunkan berat badan, dia lagi mau naik. menangis aku dengar kenyataan dia.

tapi nampak lah dia loose weight sebab tak sihat. aku tak mau lah macam tu. aku nak turun dalam keadaan sihat. takpelah, semoga dia takde apa-apa. dia ni macam kakak aku dah. mungkin dia stress sangat kot. macamkan dia ni perdana menteri kan. heheheheh

ok la.
nak buat kerja dah.
sekian

No comments: