Oct 17, 2011

Kerana bila dah hilang baru lah pandai kau nak menghargai




wooo.
nice song ni beb.
cer try dengar.
it's all about this guy, curang dengan girl dia then pergi pada girl yang lain. and end up dia, guy ni baru tau yang girl pertama tu adalah yang terbaik untuk dia.

klise kan? but itulah realiti. i mean, dalam hidup ni, bukan hanya berputar pada cinta sesama pakwe/makwe. boleh jadi cinta sesama ibu, sesama abah, sesama adik-adik dan orang sekeliling. apatah lagi cinta kepada Allah. cinta kepada Allah. masa senang, lupa pada Dia. bila dah susah, mula mengagau cari sejadah dan quran.

cinta pada ibubapa. bila dengan kengkawan lupa ibubapa di kampung. bila takde duit-sebab-tetibe-terbeli-handbag-terlebih bajet, pandai pulak call tanya kabar. ok, ni bukan aku. aku memang susah nak lupa ibu dan abah. bukan nak puji diri sendiri la. sebab aku kan anak sulung. tanggungjawab tu besar. kalau anak bongsu baru la aku lupa. ok tak kelaka.

manusia lebih menghargai apabila telah kehilangan. masa bercinta kau maki hamun dia, bila dia tak dapat penuhi permintaan kau. bila dia dah takde, menangis kau tak berlagu di sudut bilik sambil pegang gambar-kenangan-di tasik bera.

aku pernah mengalaminya ok. so, aku tau betapa pedihnya kehilangan dan menyesalinya. aku terkilan sepanjang abang aku sakit, aku rasa aku tak jaga dia sepenuh hati aku. yela, orang sakit ni kan banyak kerenah. kengkadang merungut juga dalam hati aku penat tu semua. aku masih ingat, dia meninggal hari sabtu. petang jumaat tu, suasana sangat sayu. sayu yang teramat sangat. aku dengan dia je kat rumah. yang lelain ke bazar ramadhan. dia mintak aku bersihkan badan dia, potongkan kuku dia dan letak bedak kat badan dia.

"abang nak wangi-wangi" kata dia. airmata aku ni macam nak keluar sangat dah. tapi aku tak mau menangis depan dia. so aku pergi masuk toilet, aku menangis sepuas hati aku. aku mohon pada Allah, jangan ambil nyawa dia. bila keluar, aku potongkan kuku dia. kau bayangkan, selama ni, dia yang jaga kami adik-beradik. dia yang gagah. dia yang selalu lindungi kami. dia yang bergaduh pertahankan kami. dia yang melibas adik aku, syera dengan getah paip sebab nakal sangat. dah puas libas, dia bagi ubat suruh aku sapu. hehehehe.

ok, tak mau cerita lagi. nanti aku mula menangis. so, itulah dia. masa dia hidup, aku rasa macam dah cukup ke jasa bakti aku pada dia. walaupon aku dah puas jaga dia, jadi adik yang terbaik untuk dia, but still aku rasa seolah-olah semua itu tak cukup.

jadi, dengan ibu dan abah, aku tak mau itu juga terjadi. jangan bila dah kehilangan baru nak menyesal. macam drama melayu tu la. bila dah mati mak nya, meraung la kau tepi kubur sambil pegang batu nisan. eh, kengkadang, drama melayu ni pon hover jugak kan. kalau sedih, sedih la sangat-sangat jalan ceritanya. kalau kejam, kejam lah sangat-sangat.

motifnya yang aku nak bagitau adalah yang macam lagu tu la. hargai mereka-mereka yang ada di sekeliling kita sebelum dia pergi meninggalkan kita.

sekian.

No comments: